Kalendar 2024



Kosmetologi atau Estetika.

Apabila anda berfikir tentang menghadiri Kursus Kecantikan, kemungkinan kosmetologi dan estetika adalah dua program pertama yang terlintas dalam fikiran. Ada sebab yang baik untuk anda berfikir begitu! Menurut Biro Statistik Tenaga Kerja, kerjaya dalam bidang kosmetologi dan estetika telah berkembang merata lebih cepat sejak tahun 2018. Ramai pelajar/peserta kami yang berpotensi tertanya-tanya apa perbezaan antara kosmetologi dan estetika. Walaupun terdapat beberapa persamaan antara apa yang dilakukan oleh ahli kosmetik dan apa yang dilakukan oleh pakar kecantikan, bidang ini sebenarnya sangat berbeza. Tetapkan diri anda sebagai pakar kosmetologi atau pakar estetika bagi menonjolkan kecantikan untuk orang lain. Tenaga pengajar yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun di D'Village Spa Beauty Academy sedia membantu anda mengasah teknik anda dan belajar bagaimana mengubah minat anda menjadi sumber pencarian yang bermanfaat. Temui pelbagai keistimewaan akademi kecantikan kami di Taman Cheng, Baru Melaka, Malaysia hari ini. MELANGKAUI PERMULAAN DENGAN ASAS Lihat apa yang boleh anda lakukan dengan mengikuti kursus kecantikan dari D'Village Spa Beauty Academy. Sama ada matlamat anda adalah memiliki salun atau melakukan rawatan spa di resort, mencari kerjaya dalam bidang kecantikan yang anda gemari semuanya bermula dengan program yang lengkap. Bekerja dengan spa berkualiti tinggi atau produk salun, pelajar perlu memperoleh kemahiran teknikal dan Sijil Pencapaian untuk menjadi seorang profesional berlesen. Anda akan mengikuti kursus di kelas, bekerja pada pelanggan dan banyak lagi. Sekiranya anda tidak pasti program mana yang harus diikuti, teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perbezaannya! Sila baca mengenai KOSMETOLOGI dan ESTETIKA
Hetalia: Axis Powers - Taiwan

Program Usahawan Kecantikan


Assalammualaikum. Salam hormat dan salam penuh kasih sayang buat kalian yang sudi menjengah blog ini. Terbuka kepada usahawan MLM yang berminat untuk menambah kemahiran dalam bidang kecantikan.

Adakah kemahiran 'PENAJAAN' anda LULUS?
Adakah kemahiran 'PENJUALAN' anda LULUS?
tetapi adakah Kemahiran dari segi 'KHIDMAT PELANGGAN' (customer service) anda BERJAYA?
Bagi yang berjaya, saya ingin mengucapkan TAHNIAH kepada anda,
tetapi kepada mereka yang masih 'tidak berjaya', anda boleh dapatkan kemahiran anda bersama dengan kami.

Sebagai contoh, anda menjadi ahli dlm bidang MLM untuk menjual produk kesihatan dan kecantikan. Mana-mana syarikat sekarang ini sudah bijak dimana setiap produk kesihatan yang mereka pasarkan mesti dimuatkan dengan produk kecantikan seperti skin care atau solekan.

TAHUKAH anda, syarikat yang memperbanyakkan produk mereka membuatkan anda menerima lebih banyak pendapatan. Tapi bagaimana YA? Sampai bila anda ingin buat penajaan? Sampai bila anda ingin membuat penjualan produk? Sampai bila anda ingin menjual produk dari rumah ke rumah? Sampai bila produk perlu ada di dalam kereta anda? Sampai bila-bila la kannnnn.... sebabnya anda adalah usahawan MLM dan ingin berjaya.

Cuma di dalam program ini, saya ingin berkongsi pengalaman dan teknik yang pernah saya lalui dahulu dan telah saya praktikkan sehingga hari ini. Kini, tiba masa untuk anda mencari alternatif lain dimana anda boleh berjaya dengan menambah satu lagi kemahiran. Kami akan sedia melatih usahawan MLM dalam kemahiran kecantikan.

Tujuan kemahiran ini dibuka supaya usahawan MLM dapat menguasai pendapatan 'perkhidmatan' dengan melakukan rawatan muka serta solekan kepada prospek anda. Bukan setakat Bonus semata-mata yang syarikat tersebut berikan, malahan anda mendapat pendapatan perkhidmatan harian. Tanpa di sedari anda dapat mengembangkan Keahlian anda, mengembangkan kualiti perkhidmatan anda kepada prospek atau pelanggan anda dan dapat mengembangkan kualiti pemasaran anda. Latih diri anda terlebih dahulu dan kemudiannya latihlah downline anda. Cipta kelainan dalam pemasaran anda. Anda mampu mengubahnya.

Rujuk pakej bengkel --> Pakej Kursus


Sertailah bersama kami dalam program 'REZEKI' melalui 'KECANTIKAN'

1 comment :

Anonymous said...

Lau Ade 3.5 yumi nk join bengkel sis.sila msg yumi@wassap 0145442102.details n lokasi.nk Sgt join



Segala yang tercatat diatas adalah Hak Milik D'Village Spa N Beauty Academy