Di kalangan masyarakat setempat, ia lebih popular sebagai resdung dan sangat biasa terjadi di kalangan rakyat negara ini.
Resdung atau sinusitis adalah masalah ketidakselesaan kawasan hidung dan sekitarnya dengan SIMPTOM berikut:
a) HIDUNG_sering tersumbat, berkahak, gatal, berhingus, berair, sakit dan merah di pangkal hidung, kurang deria bau, kerap bersin terutama waktu pagi dan selsema berpanjangan.
b) MUKA_gatal, sakit & merah di pipi, kelihatan bengkak, sakit bahagian kening, sakit kepala dan jerawat terutama jerawat batu.
c) MATA_gatal, bengkak, merah dan berair.
d) BADAN_sering keletihan, lelah, rasa kurang sihat, batuk kronik, banyak kahak, ruam di belakang badan dan kuku hitam.
e) KEPALA_sakit, rambut gugur, kebotakan dan berkelemumur.
f) MULUT_nafas berbau, sakit gigi.
Kata Pakar Telinga, Hidung dan Tekak, Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur, Dr. Amir Izwan Mohamed Dahan :-
- Ringkasnya, resdung menghasilkan pelbagai gejala hidung dan tidak ketinggalan boleh juga memberikan kesan terhadap tekak, peti suara serta telinga tengah.
- Salah satu punca resdung adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga di sekelilingnya yang dipanggil sinus.
- Sinus sebenarnya adalah rongga-rongga di dalam tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil.
- Sinus terletak pada bahagian muka - pipi di bawah mata, di antara dua mata, hanya sedikit di belakang hidung dan turut meliputi bahagian dahi seseorang.
- Ia terbahagi kepada empat; masing-masingnya dikenali sebagai sinus frontal, sinus maksila, sinus etmoid dan sinus sfenoid.
- Fungsi sebenar sinus tidak diketahui dengan tepat tetapi ada antara teori mengatakan sinus berfungsi meringankan tengkorak selain turut memainkan peranan dalam degungan suara.
- Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa dan disalirkan ke dalam hidung. Jika saluran daripada sinus ini tersumbat, lendir akan terkumpul dan rongga sinus menjadi tempat pembiakan yang baik bagi kuman bakteria.
Gejala resdung:-
* Hidung tersumbat
* Lendir daripada hidung dan tekak
* Muka berasa sakit dan berat terutamanya pada bahagian antara mata
* Sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang
* Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan akibat gejala di atas
* Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.
Punca resdung:-
* Susunan tulang dalaman hidung yang sempit
* Hidung bengkok
* Mandi dan terjun di dalam air yang kotor
* Jangkitan gigi atas
* Ketumbuhan di dalam hidung
* Objek dimasukkan ke dalam hidung, contohnya putik kapas, maik dan kertas
* Tisu belakang hidung yang bengkak terutamanya kanak-kanak.
Tip menguruskan masaalah resdung:-
* Bagi pesakit yang mempunyai alahan hidung disarankan agar tidak menyapu rumah tetapi menggunakan vakum atau mop.
* Elakkan makanan yang boleh menyebabkan alahan. Setiap individu alah kepada makanan yang berlainan terutamanya ramai orang yang tidak boleh memakan makanan laut yang kaya protein atau belacan.
* Banyakkan berehat. Berbaringlah menggunakan bahagian badan yang membuatkan anda bernafas dengan lebih baik kerana ia berupaya melegakan resdung.
* Hirup sup atau cecair yang panas dan minum banyak air.
* Lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam ataupun melakukan pernafasan wap.
* Jangan menggunakan semburan hidung Dekongestan lebih dari tujuh hari. Jika tidak, bengkak di dalam sinus akan menjadi lebih teruk selepas anda memberhentikan penggunaannya.
* Lakukan rawatan resdung.
Anatomi kawasan serangan resdung |
2. CORONG BEKAM ASAP
- Ia adalah rawatan tradisi yang telah diamalkan berkurun lamanya di mana kain kapas berkualiti tinggi dimasukkan ke dalam rebusan akar-akar kayu seperti akar mengkunyit, daun pinang dan kulit kayu manis, dikeringkan lalu digulung panjang untuk dijadikan corong bekam asap. Corong herba yang dibakar di hujung atas ini akan mengeluarkan asap di bahagian bawah.
- Asap tadi akan dihalakan di seluruh bahagian muka terutama hidung dan khasiat herba yang terkandung di dalam corong ini dipercayai dapat membantu untuk mengurangi atau membunuh kuman atau hama yang menyebabkan terjadinya alahan resdung. Selain dari mengurangi masalah resdung dan alahan di bahagian wajah, penggunaan corong bekam asap ini juga dapat merawati jerawat, memudarkan parut dan menjadikan wajah lebih cerah dan bersih.
- Pengguna yang mempunyai masalah resdung dan jerawat yang teruk boleh melakukan bekam asap ini seminggu sekali, manakala untuk rawatan kulit normal memadai 1 hingga 2 kali sebulan.
- Setiap kali selepas menggunakan corong bekam asap, ianya akan diikuti dengan membuat rawatan muka (facial) resdung.
3. CARA PENGGUNAAN PRODUK
- Halakan corong sebelah besar ke bahagian atas dan corong sebelah kecil ke bawah.
- Nyalakan api pada hujung sebelah besar corong di atas dan tunggu sehingga asap keluar pada hujung sebelah kecil di bawah.
- Letakkan bucu sebelah bawah pada dahi, biarkan asap keseluruhan muka selama satu minit, kemudian ubah ke atas hidung, pipi kanan dan kiri, dagu, telinga kanan dan kiri (seperti gambar di bawah).(Semasa rawatan pastikan bara di bucu bahagian atas dipotong supaya serpihan bara tidak jatuh ke muka)
- Apabila siap proses rawatan, cuci muka dengan Treatment Cleanser dan bilas bersih. Kemudian sapukan muka dengan Treatment Toner/Powder dan biarkan ia kering selama 30 minit atau sepanjang hari.
Cara Penggunaan Corong Resdung |
Corong Resdung |
No comments :
Post a Comment