Kalendar 2024



Kosmetologi atau Estetika.

Apabila anda berfikir tentang menghadiri Kursus Kecantikan, kemungkinan kosmetologi dan estetika adalah dua program pertama yang terlintas dalam fikiran. Ada sebab yang baik untuk anda berfikir begitu! Menurut Biro Statistik Tenaga Kerja, kerjaya dalam bidang kosmetologi dan estetika telah berkembang merata lebih cepat sejak tahun 2018. Ramai pelajar/peserta kami yang berpotensi tertanya-tanya apa perbezaan antara kosmetologi dan estetika. Walaupun terdapat beberapa persamaan antara apa yang dilakukan oleh ahli kosmetik dan apa yang dilakukan oleh pakar kecantikan, bidang ini sebenarnya sangat berbeza. Tetapkan diri anda sebagai pakar kosmetologi atau pakar estetika bagi menonjolkan kecantikan untuk orang lain. Tenaga pengajar yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun di D'Village Spa Beauty Academy sedia membantu anda mengasah teknik anda dan belajar bagaimana mengubah minat anda menjadi sumber pencarian yang bermanfaat. Temui pelbagai keistimewaan akademi kecantikan kami di Taman Cheng, Baru Melaka, Malaysia hari ini. MELANGKAUI PERMULAAN DENGAN ASAS Lihat apa yang boleh anda lakukan dengan mengikuti kursus kecantikan dari D'Village Spa Beauty Academy. Sama ada matlamat anda adalah memiliki salun atau melakukan rawatan spa di resort, mencari kerjaya dalam bidang kecantikan yang anda gemari semuanya bermula dengan program yang lengkap. Bekerja dengan spa berkualiti tinggi atau produk salun, pelajar perlu memperoleh kemahiran teknikal dan Sijil Pencapaian untuk menjadi seorang profesional berlesen. Anda akan mengikuti kursus di kelas, bekerja pada pelanggan dan banyak lagi. Sekiranya anda tidak pasti program mana yang harus diikuti, teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perbezaannya! Sila baca mengenai KOSMETOLOGI dan ESTETIKA
Hetalia: Axis Powers - Taiwan

Carta_Pengadunan Minyak Untuk Masalah Biasa


Di sini, kami ingin kongsikan kepada anda sebahagian daripada ciri-ciri terapeutik minyak pati popular yang boleh anda praktikkan.
Praktikkan kepada ahli keluarga atau pelanggan anda. Mungkin juga anda tertanya tanya bagaimana untuk mendapatkan jenis herba di bawah. Usah risau yer..

Anda boleh cari apa jenis herba yang terdapat didalam dapur atau diluar rumah anda. Bagi saya, amat mudah membeli yang kering atau boleh menanam herba tersebut.
Sedia maklum, saya memang jarang menggunakan minyak pati yang dijual dipasaran atau herba yang dijual dipasaran.

Seperti Basil, Bay, Daun Lemon, Daun Pudina, Rosemary, Parsely, Jasmine serta herba yang lain sentiasa berada di dapur tingkap rumah bagi memudahkan saya memetik untuk kegunaan sendiri.
Kadangkala, jika terasa untuk minum tea, saya akan memetik sendiri Daun Pudina + Daun Lemon dan masukkan kedalam minuman teh cina. Amat sedap dan menyegarkan.
Jika terasa kaki lenguh lenguh, tumit sakit (heel spurs) yang sering saya alami, saya akan membuat minyak terapeutik sendiri dengan mengunakan hasil tanaman saya.

Sesetengah minyak pula mempunyai lebih dari salah satu daripada ciri-ciri ini yang amat cenderung bagi mengimbangi serta memulihkan emosi dan sistem badan.
Jadi apa yang anda tunggu lagi, jom kita amalkan resepi aramoterapi yang turun temurun ini pasti memikat dan memuaskan hati anda. Walaubagaimanapun, tidak semua campuran minyak aromaterapi ini akan sesuai bagi semua orang.

Kebanyakkan lelaki tidak suka jenis aroma bunga bungaan, tetapi ini boleh digabungkan dengan limau atau minyak berkayu untuk membuat tema yang boleh diterima.


Sila AMBIL PERHATIAN!!!
Carta ini adalah panduan umum sahaja. Jika terdapat masalah yang berterusan selepas rawatan, sila dapatkan nasihat daripada aromatherapist yang berkelayakan.
Kepada yang mempunyai keadaan yang kronik sebelum atau selepas, perlu merujuk kepada pengamal perubatan.
Sentiasa memeriksa keselamatan minyak yang anda gunakan, terutamanya jika orang yang mengalami keadaan yang kronik seperti tekanan darah tinggi atau wanita mengandung.
Sekiranya anda menggunakan produk minyak pati (essential oil) seperti jenis herba diatas, JANGAN campurkan lebih daripada tiga minyak bagi setiap rawatan akan menyebabkan kurang berkesan malah kesan sinergi kurang diramal.
Jangan melebihi titisan minyak pati (essential oil), rujuk seperti yang dicadangkan

Minyak berikut tidak boleh digunakan semasa hamil: -
Bay - Basil - Clary Sage - Comfrey - Fennel - Hyssop - Juniper - Marjoram - Melissa - Myrrh - Rosemary - Sage - Thyme
Sertailah bersama kami dalam program 'REZEKI' melalui 'KECANTIKAN'

No comments :



Segala yang tercatat diatas adalah Hak Milik D'Village Spa N Beauty Academy