Kalendar 2022



Kosmetologi atau Estetika.

Apabila anda berfikir tentang menghadiri Kursus Kecantikan, kemungkinan kosmetologi dan estetika adalah dua program pertama yang terlintas dalam fikiran. Ada sebab yang baik untuk anda berfikir begitu! Menurut Biro Statistik Tenaga Kerja, kerjaya dalam bidang kosmetologi dan estetika telah berkembang merata lebih cepat sejak tahun 2018. Ramai pelajar/peserta kami yang berpotensi tertanya-tanya apa perbezaan antara kosmetologi dan estetika. Walaupun terdapat beberapa persamaan antara apa yang dilakukan oleh ahli kosmetik dan apa yang dilakukan oleh pakar kecantikan, bidang ini sebenarnya sangat berbeza. Tetapkan diri anda sebagai pakar kosmetologi atau pakar estetika bagi menonjolkan kecantikan untuk orang lain. Tenaga pengajar yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun di D'Village Spa Beauty Academy sedia membantu anda mengasah teknik anda dan belajar bagaimana mengubah minat anda menjadi sumber pencarian yang bermanfaat. Temui pelbagai keistimewaan akademi kecantikan kami di Taman Cheng, Baru Melaka, Malaysia hari ini. MELANGKAUI PERMULAAN DENGAN ASAS Lihat apa yang boleh anda lakukan dengan mengikuti kursus kecantikan dari D'Village Spa Beauty Academy. Sama ada matlamat anda adalah memiliki salun atau melakukan rawatan spa di resort, mencari kerjaya dalam bidang kecantikan yang anda gemari semuanya bermula dengan program yang lengkap. Bekerja dengan spa berkualiti tinggi atau produk salun, pelajar perlu memperoleh kemahiran teknikal dan Sijil Pencapaian untuk menjadi seorang profesional berlesen. Anda akan mengikuti kursus di kelas, bekerja pada pelanggan dan banyak lagi. Sekiranya anda tidak pasti program mana yang harus diikuti, teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perbezaannya! Sila baca mengenai KOSMETOLOGI dan ESTETIKA
Hetalia: Axis Powers - Taiwan

Bahagian 3. Usahawanan


Cara Nak Bersaing Cara Sihat Dalam Bisnes
Kecanggihan gadget tidak dipersiakan apabila ramai individu termasuk pelajar dan suri rumah, tak kurang juga mereka yang mempunyai kerjaya menfaatkan setiap media sosial sebagai medium mempromosikan perniagaan online mereka. Pelbagai produk dari hujung rambut ke hujung kaki termasuk makanan, namakan saja pasti ada. Ada yang memulakan perniagaan online untuk mencari duit poket, untuk menambah pendapatan dan ada juga yang mengambil risiko untuk berhenti kerja demi melakukan perniagaan sepenuh masa. Tetapi dengan lambakan perniagaan online ini, dapatkah mereka bersaing?

STRATEGI PERMASARAN YANG EFEKTIF
Jika anda menjual pakaian, tudung dan beg tangan sudah tentu perniagaan ini sudah berlambak tumbuh bak cendawan selepas hujan tapi dengan cara permasaran yang efektif akan membuat anda memperoleh potential buyers yang banyak seperti bertukar review di Instagram atau membayar selebriti untuk mempromosi akaun Instagram perniagaan anda. Ramai sebenarnya artis yang melakukan service ini dan ianya ternyata berkesan kerana selebriti mempunyai peminat dan pengaruh mereka yang tersendiri. Selain itu, pemilik salon rambut dan kecantikan banyak juga akaun perniagaan ini turut membuat jualan murah apabila tiba musim perayaan bagi menaikan peratusan jualan mereka. Bagi yang terlibat dalam perniagan berkaitan fesyen ini mereka juga perlu peka dengan trend terkini kerana pembeli sememangnya mengikuti perkembangan fesyen dan ingin kekal up-to-date.

IDEA YANG SEGAR
Sebagai pembeli dan peniaga sendiri, anda sudah tentu mahukan sesuatu yang berbeza maka tak hairan lah kalau ada yang menjual makanan laut segar seperti udang karang atau lobster melalui Facebook seperti Lubuk Lobster yang turut mendapat liputan meluas dari program tv kerana kelainannya. Lobster segar diimport dari Australia dan mereka juga melakukan service penghantaran untuk menjamin lobster yang dihantar kepada pelanggan adalah segar. Selain itu juga terdapat peniaga yang mengusahakan perniagaan aiskrim di Instagram dikenali sebagai Pops Malaya. Kelainan yang ditampilkan dari Pops Malaya juga turut menarik pihak media untuk membuat liputan. Dihasil mengunakan jus buah buahan segar, pelbagai perisa, kurang manis dan tanpa pengawet sudah tentu sekali berita baik bagi peminat aiskrim. Kini Pops Malaya juga menjadi vendor di pelbagai butik online untuk meluaskan lagi perniagaan mereka.

KUALITI SERVICE YANG MESRA DAN TELUS
Walaupun barangan yang dijual adalah trendy, bilangan followers yang ramai juga tak menjamin kenaikkan jualan yang jika penjual online ini tak memberikan layanan hanya memastikan beberapa perkara sebelum urusan jual beli dibuat. Tak kurang ada juga peniaga yang memarahi pelanggan kerana bertanyakan soalan. Mungkin perkara begini nampak remeh tetapi pembeli yang mendapat layanan mesra mungkin saja menjadi pelanggan setia anda dan menyebarkan mutu perkhidmatan anda yang baik kepada kawan kawan mereka. Kita faham, ada kalanya peniaga mungkin penat melayan kerenah pembeli yang mengajukan pelbagai soalan tapi ingat lah peniagaan ini adalah pintu rezeki dan pembeli anda itu lah punca rezeki anda jadi tak salah sekiranya mereka mendapat layanan yang baik, yang mesra kepada pembeli mereka. Ada juga pembeli yang berang apabila diberi layanan dingin oleh peniaga.


Sertailah bersama kami dalam program 'REZEKI' melalui 'KECANTIKAN'

Bahagian 1. Usahawanan Kecantikan


Idea Bisnes
Dunia perniagaan pada hari ini penuh dengan kepelbagaian produk serta barangan yang menarik seperti produk kecantikan, produk makanan, produk percetakan dan sebagainya.
Malah budaya berniaga ini amat ditekankan oleh Nabi Muhammad SAW sebagai pintu rezeki yang utama. Ini selaras dengan sebuah hadis riwayat at-Tirmizi yang bermaksud; “Sembilan daripada persepuluh rezeki datang daripada perniagaan” Penekanan budaya berniaga dalam Islam turut menekankan nilai-nilai baik yang perlu diamalkan menepati prinsip dan matlamat syariah.
Tapi perlu ingat, untuk memulakan sebuah perniagaan kita perlu arif tentang produk yang ingin kita mulakan. Ciri-ciri yang harus di titikberatkan sama ada ingin lakukan untuk sepenuh masa, separuh masa ataupun secara franchise dan yang paling penting ialah modal kos permulaan yang harus kita sediakan.

Tips Memulakan Perkhidmatan Salon Kecantikan
Perniagaan yang berkaitan dengan minat kaum wanita memang tidak pernah membosankan. Selain fesyen, kecantikan merupakan salah satu perniagaan yang berpotensi. Untuk tampil cantik, biasanya kaum wanita tidak akan berkira berbelanja banyak.
Anda sebagai calon usahawan boleh memanfaatkan peluang ini untuk membuka perkhidmatan salon kecantikan. Kelebihan membuka salon kecantikan ialah sentiasa ada, diatas permintaan ramai kerana semua orang perlu menjaga penampilan agar segak dan kemas.
Kelebihan lainnya adalah anda mampu meraih pendapatan daripada pelanggan yang setia. Akan tetapi anda perlu berhati-hati, kerana perniagaan ini tergolong dalam bentuk perkhidmatan, di mana kepuasan pelanggan menjadi KEUTAMAAN.

Ada beberapa hal yang perlu anda tahu sebelum memulai perniagaan salon kecantikan ini, antara lain:

Dalami bidang yang ingin anda ceburi
Anda perlu terlebih dahulu berminat mempelajari tentang kecantikan; adakah anda biasa berdandan? Walaupun anda seorang pemilik perniagaan, anda perlu mempunyai visi yang jelas tentang matlamat perniagaan.

Kaji selidik tentang persaingan dalam perniagaan
Kaji selidik amat penting untuk menentukan kelebihan salon anda berbanding dengan salon-salon yang lain. Kaji apa saja kelebihan dan kekurangan salon di sekitar tempat anda merancang untuk membuka perniagaan. Ini perlu dibuat supaya perniagaan anda unik daripada salon-salon lain.

Kenali pelanggan salon anda
Anda perlu mengetahui keperluan pelanggan anda, daripada jenis rawatan salon yang mereka perlukan dan harga yang bersesuaian dengan perkhidmatan yang ditawarkan.

Pelajari setiap hal yang berkaitan dengan kecantikan
Meskipun anda meminati bidang kecantikan, bukan bererti anda harus terburu-buru untuk membuka perniagaan ini tanpa pengetahuan yang cukup. Anda boleh belajar di tempat kursus kecantikan yang sesuai dengan jadual anda dan mengikut kemampuan. Carilah informasi dari sumber lain, seperti bahan bacaan dan seminar. Dan yang tak kurang pentingnya, meskipun anda hanya ingin berada di balik tabir perniagaan, anda juga harus memiliki pengetahuan asas dan pengetahuan dalam pengurusan salon. Anda amat digalakkan untuk mendapatkan pengiktirafan atas kemahiran yang dimiliki melalui proses pensijilan kerana dengan demikian, secara lansung kemampuan anda diakui dan di iktiraf.

Banyakkan Berlatih
Kerana perniagaan ini mengutamakan kemahiran, maka anda harus banyak berlatih. Anda boleh bekerja dahulu di salon lain, atau mengikuti kursus dan latihan salon kecantikan.

Salon yang bersih dan selesa untuk pelanggan
Bagi sesetengah orang, lawatan ke salon bukan sekadar untuk merawat diri tetapi juga untuk bersantai dan melepaskan kepenatan. Salon yang selesa dan bersih sangat penting untuk memastikan keperluan tersebut.

Promosi
Jika anda membuka perusahaan dalam bidang apa pun, satu daripada perkara utama ialah melakukan promosi. Jika hanya menunggu pelanggan datang dan mewar-warkan perniagaan anda, alamatnya mungkin gulung tikar tidak lama lagi. Promosi boleh dilakukan dengan banyak cara, seperti: mulut ke mulut (word of mouth), iklan di suratkhabar, pengedaran risalah, atau promosi online.

Beri nama yang unik
Nama salon kecantikan anda sebaiknya ringkas atau sesuaikan dengan nama persekitaran perniagaan anda. Selain itu, pilihlah nama salon yang unik dan mudah diingat.

Variasikan perkhidmatan
Perkhidmatan seboleh-bolehnya divariasikan, lebih dari satu jenis, supaya dapat menarik lebih banyak pelanggan. Misalnya mulakan dengan perkhidmatan gunting rambut, rebonding, smoothing dan sebagainya.

Gunakan produk dan peralatan yang baik
Anda harus selalu menggunakan peralatan dan bahan-bahan kecantikan sesuai dengan standard; jangan gunakan bahan dan alat yang berbahaya, kerana ini akan mempengaruhi nama baik anda dan salon anda.

Sentiasa Sabar dan Tekun
Dalam apa usaha sekalipun anda harus mempunyai kesabaran dan ketekunan. Hal inilah yang akan membuat anda semakin matang dalam perniagaan.
Demikianlah beberapa tips dan cara memulai perniagaan salon kecantikan. Semoga berguna dan memberikan inspirasi untuk kejayaan perkhidmatan salon kecantikan anda.


Sertailah bersama kami dalam program 'REZEKI' melalui 'KECANTIKAN'

Bahagian 2. Usahawan Kecantikan


Level Usahawan Yang Anda Perlu Tempuh
Sebut mengenai usahawan, pasti kita terbayangkan peniaga yang mempunyai kereta besar dan bisnes yang stabil, sudah mempunyai banyak cawangan dan berjaya. Tetapi sebenarnya banyak tahap yang perlu ditempuhi sebelum usahawan mencapai tahap itu. Berikut adalah stage atau tahap usahawan yang perlu lalui:

1) BEGINNER_Permulaaan
Biasanya beginner adalah orang yang masih bekerja dan mahu menjana pendapatan sampingan. Level ini agak mencabar keimanan seseorang usahawan kerana perlu membahagi kepada dua komitmen.
Dengan ilmu yang tidak mencukupi dan semangat mudah luntur, banyak usahawan tersungkur dijalan ini. Bak kata pepatah, hangat-hangat tahi ayam.
Ada yang mulakan dengan menjadi agen dropship atau bekerja dibawah orang lain. Tengok dan perhatikan cara orang lain bekerja, ianya pengalaman yang sangat berharga dan berguna. Terdapat juga yang masih tercari-cari pekerjaan atau yang mengisi masa menganggur dengan berniaga. Level beginner inilah masa untuk mendapatkan kaedah pemasaran, strategi bisnes, cara mendekati pelanggan dan networking. Cara inilah lebih berkesan untuk menimba ilmu, melalui pengalaman bekerja dengan orang lain atau persendirian.

2) PEMILIK TUNGGAL
Tahap seterusnya adalah pemilik pensendirian. Selepas melepasi tahap beginner, usahawan mula mahu mendaftar nama syarikat sendiri secara sah dan kini mula mahu serius, bukan main-main dan memberikan komitmen sepenuhnya. Semua benda dibuat sendiri daripada memikirkan barang yang mahu dijual, cara marketing dan berhubung dengan pelanggan semua dilakukan berseorangan.

3) BOS
Seterusnya setelah bisnes semakin baik, usahawan mula mahukan pembantu kerana tidak menang tangan. Pembantu akan mengikut arahan bos tetapi bos tidak mencurahkan sepenuh kepercayaan kepada pekerjanya. Semuanya akan dipantau oleh si bos. Tanggungjawab bos kini bertambah, perlu memikirkan hal ehwal pekerja, pengurusan pekerja dan seimbangkan antara sales dengan production.
Bos perlulah menjadi leader yang bagus dan tunjukkan role model yang boleh dicontohi.

4) CEO
Di level ini CEO mula menyerahkan tugas-tugas dan kepercayaan kepada orang bawahannya. Meeting biasanya dilakukan seminggu sekali atau sebulan sekali bagi memantau. Mereka kini tidak lagi secara direct menjalankan perniagaan, tetapi memikirkan cara untuk menambah francais dan cawangan bagi mengembangkan perniagaan. Mereka memikirkan risiko mendatang, melakukan pelaburan dalam bisnes lain dan perancangan masa hadapan syarikat.

5) KORPORAT
Ini tahap tertinggi untuk CEO atau president syarikat akan ambil peluang dan melakukan pelaburan yang tinggi. Mereka tidak lagi memikirkan hal-hal yang kecil tetapi merangka masa depan syarikat bertahun-tahun kehadapan. Peluang yang ada untuk akan diambil walau risikonya besar. Menjual dan membeli bisnes bukan lagi asing bagi tahap korporat.





Sertailah bersama kami dalam program 'REZEKI' melalui 'KECANTIKAN'



Segala yang tercatat diatas adalah Hak Milik D'Village Spa N Beauty Academy