~Penuhi kehendak orang lain dengan Bisnes Kecantikan~


~Penuhi kehendak orang lain dengan Bisnes Kecantikan~
Assalammualaikum. Salam hormat dan salam penuh kasih sayang buat kalian yang sudi menjengah blog ini. Bukan mudah untuk menceburkan diri dalam perniagaan kecantikan dan spa. Selain ilmu dan kemahiran, seseorang itu juga perlu bijak menerajui perniagaan agar terus berkembang maju. Hakikat ini diakui kerana meski Nampak mudah REALITInya hanya segelintir sahaja usahawan Bumiputera yang mampu bertahan. Cetek ilmu dan kurang pengalaman dalam bidang kecantikan serta spa dan juga selok belok perniagaan adalah punca kegagalan golongan tersebut.

Dalam proses untuk menimba ilmu kecantikan, anda telah berusaha dengan gigih dari segi meluangkan masa keemasan anda untuk menghadiri pelbagai Kursus Kecantikan serta melaburkan wang ringgit untuk menghadiri apa jua kursus yang kami anjurkan demi mempertingkatkan kemahiran serta memantapkan lagi ekonomi anda. Tidak kurang juga, dengan membeli pelbagai jenis produk-produk kecantikan yang lengkap untuk gunakan dalam sesi praktikal. Kami berasa bangga kerana anda telah menunjukkan sikap ingin belajar untuk memperbaiki diri anda. Kami percaya sikap murni ini merupakan titik permulaan kepada pencapaian yang lebih tinggi jika anda tidak jemu mencari ilmu. Kini tibalah masa anda menggunakan ilmu yang telah anda pelajari untuk memperkembangkan perniagaan anda. Oleh itu, kami berharap anda telah bersedia dengan sebaik-baiknya untuk merancang strategi dan aktiviti anda didalam bidang kecantikan.

Biarkan impian anda menjadi kenyataan...

Yakin Boleh!! Anda Pasti BOLEH!!!


Peluang Menceburi Bidang Kecantikan (Kursus serta bengkel) yang disampaikan secara teori dan lebih kepada aspek praktikal ini terbuka kepada :-

- Pelajar lepasan sekolah
Pelajar yang kurang bernasib baik dalam keputusan peperiksaan masih ada peluang bagi menimba ilmu dalam bidang kemahiran dan mengikut sector kerja. Banyak bengkel jangka pendek dan janka panjang yang boleh disertai salah satunya bengkel kecantikan.

- Pelajar lepasan diploma atau ijazah
Walaupun sudah mempunyai diploma dan ijazah, ia bukan menjadi ukuran kita sudah layak mendapat pekerjaan. Bagi mereka yang bertuah, mungkin dikira bernasib baik kerana tidak sempat menjadi penggangur. Lepasan diploma dan ijazah yang masih tercari-cari peluang, sertai mana-mana kursus atau bengkel yang dirasakan sesuai dengan minat dan mahu bina kredibiliti diri dalam dunia perniagaan.

- Usahawan dan bakal pengusaha salun kecantikan
Usahawan yang mewarisi perniagaan keluarga biasanya mempelajari selok belok perniagaan dengan ahli keluarga terdahulu. Bagi mempertajamkan lagi kemahiran yang ada kursus atau bengkel diperingkat Sijil, Diploma serta lanjutan adalah sesuai bagi membuat persediaan dan menambah pengetahuan dalam industri kecantikan dan kesihatan.

- Suri rumah atau Ibu tungal
Suri rumah yang ingin menambah pendapatan boleh mencuba peuang dengan menyertai bengkel kemahiran asas sebagai permulaan. Antara usaha permulaan yang sesuai ialah menjual produk kecantikan secara sambilan, menawarkan perkhidmatan untuk wanita berpantang dan rawatan muka.

- Kakitangan kerajaan dalam skim pencen
Bagi kakitangan kerajaan yang menamatkan perkhidmatan dan masih mahu melakukan perkara-perkara yang boleh mengisi masa terluang, boleh menyertai bengkel kecantikan. Ianya boleh dilakukan secara sambilan. Tetapi sekiranya ingin serius, peluang memulakan perniagaan kecantikan sentiasa terbuka.

-Wanita yang ingin bertukar kerjaya
Bagi mereka yang ingin keluar dari zon makan gaji, memulakan usaha sendiri dalam bidang perniagaan kecantikan ini juga adalah salah satu pilihan. Kita tidak statik dengan hanya bekerja dengan majikan, sekiranya ingin mencuba sesuatu yang baru, industri ini banyak memberi peluang yang luas tidak kira lelaki mahupun wanita.

BUKAN ITU SAHAJA, malah :-
- Pekerja kilang (warga asing)
- Penganggur
- Pertubuhan Bukan Kerajaan
- Warga Emas
- Orang Kurang Upaya


'Salam sayang'
Wanita Semanis Kurma




Kalendar 2015



Kursus Lengkap Spa & Terapi Kecantikan, Melaka

PROMOSI BAGI TAHUN 2017 (Pendaftaran kini dibuka.)

Hair ~ Spa ~ Beauty ~ Health Academy, Melaka

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera. Pertama sekali, TERIMA KASIH YA ALLAH... kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli keluarga, saudara mara, sahabat handai, ahli kelab jelitawan, para peserta, rakan blogger, rakan alam maya dan sesiapa sahaja yang masih setia menyokong serta kepercayaan kepada kami untuk membimbing anda menjadi usahawan yang berjaya. Dengan ilmu pengetahuan yang kami perolehi akan kami sentiasa berkongsi kepada anda diluar sana. Dengan itu, kami sekali lagi memberikan promosi PAKEJ SATU BULAN KURSUS kepada anda yang berminat dan bersedia untuk menambahkan lagi ilmu kemahiran dan pengetahuan yang sedia ada. Apa yang diinginkan dan diimpikan oleh tenaga pengajar adalah peserta lebih BERKEYAKINAN DIRI, SENTIASA MENUJU KEHADAPAN serta MENCAPAI IMPIAN mereka menjadi kenyataan selepas menamatkan sesi pembelajaran dalam bidang spa dan kecantikan dari D’Village Spa & Beauty Academy. Usah di tangguh lagi, dapatkan BORANG PENDAFTARAN di Akademi kami untuk tarikh seterusnya.

KURSUS SPA DAN TERAPI KECANTIKAN

PAKEJ SATU BULAN KURSUS

Kursus Lengkap Spa dan Kecantikan
PAKEJ STK001/Kursus Rawatan Muka
Promosi : RM700.00
Deposit : RM200.00 (bayaran penuh semasa sesi pendaftaran)
MODUL :-
Produk akan disediakan - Aturcara penjualan - Cara pengurusan - Penggunaan mesin facial - Amalan kebersihan salun - Langkah-langkah keselamatan - Pengetahuan produk rawatan kulit - Pengetahuan mengenai kulit - Kenal pasti masalah kulit - Pengetahuan penjagaan wajah – Praktikal rawatan muka - Mempelajari teknik urutan muka dan urutan mata, Mempelajari teknik urutan tangan, dada, bahu dan tengkuk.

PAKEJ STK002/Kursus Rawatan Resdung
Promosi : RM700.00
Deposit : RM200.00 (bayaran penuh semasa sesi pendaftaran)
MODUL :-
Produk akan disediakan - Aturcara penjualan - Cara pengurusan - Penggunaan mesin facial - Amalan kebersihan salun - Langkah-langkah keselamatan - Pengetahuan produk rawatan kulit - Pengetahuan mengenai kulit - Kenal pasti masalah kulit - Pengetahuan penjagaan wajah – Praktikal rawatan resdung - Mempelajari teknik urutan muka dan urutan mata, Mempelajari teknik urutan tangan, dada, bahu dan tengkuk.

PAKEJ STK003/Kursus Solekan
Promosi : RM500.00
Deposit : RM200.00 (bayaran penuh semasa sesi pendaftaran)
MODUL :-
Produk akan disediakan - Aturcara penjualan - Cara pengurusan - Amalan kebersihan - Langkah-langkah keselamatan - Pengetahuan alat solekan - Mempelajari teknik solekan diri, solekan bertunang, solekan andaman, solekan kepejabat, solekan malam dan siang - Mempelajari teknik shading - Mempelajari pelbagai teknik solekan eyeshadow - Mempelajari teknik merapi dan membentuk bulu kening - Mempelajari teknik membentuk bibir – Kelas Imej dan penampilan diri

PAKEJ STK004/Kursus Mandian Aromaterapi
Promosi : RM650.00
Deposit : RM200.00 (bayaran penuh semasa sesi pendaftaran)
MODUL :-
Produk akan disediakan - Aturcara penjualan - Cara pengurusan - Penggunaan dan pengetahuan peralatan - Amalan kebersihan salun - Langkah-langkah keselamatan - Pengetahuan produk – Rendaman dan melulur kaki – Mempelajari teknik urutan tapak kaki (foot spa) - Mempelajari asas mengenai mandian bunga, mandian susu, mandian aura, mandian aromaterapi - Mempelajari cara melulur badan dan memupur badan - Sauna.

PAKEJ STK005/Kursus Urutan Aromaterapi
Promosi : RM800.00
Deposit : RM200.00 (bayaran penuh semasa sesi pendaftaran)
MODUL :-
Produk akan disediakan - Aturcara penjualan - Cara pengurusan - Penggunaan dan pengetahuan peralatan - Amalan kebersihan salun - Langkah-langkah keselamatan - Pengetahuan produk - Teknik asas urutan [effleurage, petrissage, friction, tapotement] – Praktikal_teknik urutan keseluruhan badan; urutan tapak kaki, urutan kaki, urutan badan merangkumi tulang belakang dan bahagian perut, urutan tangan, urutan bahu, dada dan leher, urutan tengkuk, urutan kepala, Mempelajari teknik urutan muka merangkumi bahagian dahi, pipi dan dagu.

Pakej STK006/Kursus MamaCare
(Penjagaan wanita hamil dan berpantang)
Promosi : RM900.00
Deposit : RM200.00 (bayaran penuh semasa sesi pendaftaran) MODUL :-
Produk akan disediakan - Aturcara penjualan - Cara pengurusan - Penggunaan dan pengetahuan peralatan - Amalan kebersihan salun - Langkah-langkah keselamatan - Pengetahuan produk – Mempelajari mengenai mandian herba/dedaun/rempah – Bertangas – Bertungku (ibu dan bayi) – Bertasak - 1. Teknik berurut IBU berpantang, 2. Teknik mengurut BAYI mungkin urutan sedikit berbeza, keseluruhan badan; urutan tapak kaki, urutan kaki, urutan badan merangkumi tulang belakang dan bahagian perut, urutan tangan, urutan bahu, urutan tengkuk, urutan kepala dan urutan muka merangkumi bahagian dahi, pipi, dagu dan leher - 3. Teknik urutan wanita hamil.
*Dapat mempelajari teknik mengurut secara keseluruhan bermula dari wanita hamil, ibu dalam berpantang dan bayi.

Jadual kursus diadakan dari ISNIN hingga AHAD
Masa (09:00 pagi - 03:00 petang)
Sesi pagi (09:00 pagi – 12:00 tengahari)
Sesi petang (12:00 tengahari – 15:00 petang)

Nota : Latihan 100% AMALI. Pembelajaran yang mudah difahami. Sijil Penyertaan akan disediakan selepas tamat kursus. Jadual kursus mengikut masa yang sesuai bagi anda. Walaubagaimanapun, kedatangan adalah WAJIB.


SERTAI lah bersama kami dalam program ‘REZEKI’ melalui KECANTIKAN

Sertailah bersama kami dalam program 'REZEKI' melalui 'KECANTIKAN'

Kursus Asas Spa dan Terapi Kecantikan, Melaka


KURSUS ASAS SPA DAN TERAPI KECANTIKAN 2017



Hair ~ Spa ~ Beauty ~ Health Academy, Melaka

Pakej 1 HARI KURSUS Spa dan Kecantikan
RAWATAN MUKA
Bayaran           :           RM150.00
Deposit            :           RM50.00 (bayaran penuh perlu dijelaskan semasa sesi pendaftaran)
MODUL :-
Produk akan disediakan - Penggunaan mesin facial - Amalan kebersihan salun - Langkah-langkah keselamatan - Pengetahuan produk rawatan kulit - Pengetahuan mengenai kulit - Kenal pasti masalah kulit - Pengetahuan penjagaan wajah – Praktikal asas rawatan muka - Mempelajari teknik asas urutan muka dan urutan mata, Mempelajari teknik asas urutan tangan dan pergelangan tangan.

Pakej 3 HARI KURSUS Spa dan Kecantikan
RAWATAN MUKA & RESDUNG
Bayaran           :           RM300.00
Deposit            :           RM150.00 (bayaran penuh perlu dijelaskan semasa sesi pendaftaran)
MODUL :-
Produk akan disediakan - Penggunaan mesin facial - Amalan kebersihan salun - Langkah-langkah keselamatan - Pengetahuan produk rawatan kulit - Pengetahuan mengenai kulit - Kenal pasti masalah kulit - Pengetahuan penjagaan wajah – Praktikal rawatan muka – Praktikal rawatan resdung - Mempelajari teknik urutan muka dan urutan mata, Mempelajari teknik urutan dada, bahu dan tengkuk.

Pakej 1 HARI KURSUS Spa dan Kecantikan
ASAS URUTAN AROMATERAPI
Bayaran           :           RM190.00
Deposit            :           RM50.00 (bayaran penuh perlu dijelaskan semasa sesi pendaftaran)
MODUL :-
Produk akan disediakan - Pengetahuan asas peralatan - Pengetahuan asas produk, Praktikal_ [teknik asas urutan keseluruhan badan; urutan tapak kaki, urutan kaki, urutan badan merangkumi tulang belakang dan bahagian perut, urutan tangan, bahu dan tengkuk, urutan kepala, Mempelajari teknik urutan muka merangkumi bahagian dahi, pipi, dan dagu]

Pakej 4 HARI KURSUS Spa dan Kecantikan
ASAS URUTAN AROMATERAPII
Bayaran           :           RM380.00
Deposit            :           RM150.00 (bayaran penuh perlu dijelaskan semasa sesi pendaftaran)
MODUL :-
Produk akan disediakan - Pengetahuan asas peralatan - Pengetahuan asas produk, Praktikal_ [teknik urutan keseluruhan badan; urutan tapak kaki, urutan kaki, urutan badan merangkumi tulang belakang dan bahagian perut, urutan tangan, bahu dan tengkuk, urutan kepala, Mempelajari teknik urutan muka merangkumi bahagian dahi, pipi, dan dagu]

Nota : Latihan 100% AMALI. Pembelajaran yang mudah difahami. Sijil Penyertaan akan disediakan selepas tamat kursus. Jadual kursus mengikut masa yang sesuai bagi anda. Walaubagaimanapun, kedatangan adalah WAJIB.

Jadual kursus diadakan dari ISNIN hingga AHAD
Masa               (09:00 pagi - 03:00 petang)
Sesi pagi          (09:00 pagi – 12:00 tengahari)
Sesi petang      (12:00 tengahari – 15:00 petang)



SERTAI lah bersama kami dalam program ‘REZEKI’ melalui KECANTIKAN

Sertailah bersama kami dalam program 'REZEKI' melalui 'KECANTIKAN'

Kursus Guntingan Dan Dandanan Rambut, Melaka


KURSUS GUNTINGAN DAN DANDANAN RAMBUT 2017

Hair ~ Spa ~ Beauty ~ Health Academy, Melaka

Belajar sampai pandai dari ZERO to PRO...Teknik Pembelajaran yang MUDAH difahami.


PAKEJ SGR001
8 hari Kursus ASAS Guntingan Rambut Wanita
Bayaran : RM300.00
Deposit : RM200.00 (bayaran penuh semasa sesi pendaftaran)
MODUL :-
Peralatan dan bahan akan disediakan – Teknik memegang gunting – Guntingan lurus – Guntingan Bulat – Guntingan U – Guntingan V – Teknik Blow In rambut.

PAKEJ SGR002
8 hari Kursus ASAS Guntingan Rambut Lelaki
Bayaran : RM300.00
Deposit : RM200.00 (bayaran penuh semasa sesi pendaftaran)
MODUL :-
Peralatan dan bahan akan disediakan – Teknik memegang gunting – Guntingan Selaising – Guntingan  rambut lelaki (undercut) – Guntingan rambut kanak-kanak – Cara menggunakan mesin rambut.

PAKEJ SGR003
8 hari Kursus Guntingan Rambut Wanita
Bayaran : RM450.00
Deposit : RM200.00 (bayaran penuh semasa sesi pendaftaran)
MODUL :-
Peralatan dan bahan akan disediakan – Teknik memegang gunting – Guntingan lurus – Guntingan Bulat – Guntingan V – Layerd – Shaggy – Teknik mengeringkan rambut (Blow In & Blow Curl)

PAKEJ SGR004
15 hari Kursus Guntingan Rambut Wanita
Bayaran : RM500.00
Deposit : RM200.00 (bayaran penuh semasa sesi pendaftaran)
MODUL :-
Peralatan dan bahan akan disediakan – Teknik memegang gunting – Guntingan lurus – Guntingan Bulat – Guntingan U – Guntingan V – Guntingan Layerd – Guntingan Shaggy – Guntingan Selaising – Guntingan Concave – Guntingan Bob – Guntingan Vertical – Guntingan Point Cut – Cara menggunakan peralatan elektrik rambut.

PAKEJ SGR005
15 hari Kursus Guntingan Rambut Lelaki
Bayaran : RM500.00
Deposit : RM200.00 (bayaran penuh semasa sesi pendaftaran)
MODUL :-

Peralatan dan bahan akan disediakan – Teknik memegang gunting – Guntingan Selaising – Under Cut – Quiff Cut – Pompadour Cut – Crew Cut  – Buzz Cut – Sidepart Cut – Tousled Cut – Layered Cut – Fade Cut – Bald Head Cut – Cara menggunakan mesin rambut.

PAKEJ SDR001
6 hari Kursus Rebonding dan Kerinting Rambut
Bayaran : RM380.00
Deposit : RM100.00 (bayaran penuh semasa sesi pendaftaran)
MODUL :-
A.            Peralatan dan bahan akan disediakan – Teknik membuat pembahagian rambut untuk rebonding – Teknik Relaxing Rebonding – Teknik Rebonding – Cara meyukat Straightener cream dan Neutralizing cream – Teknik menyapu krim rebonding.
B.             Teknik membuat pembahagian rambut untuk Kerinting (Normal, Half Curl, Spiral Curl) – Cara menyukat Perm Lotion dan Neutralizer – Cara mencuci rambut – Cara mengeringkan rambut.

PAKEJ SDR002
4 hari Kursus Mewarna Rambut
Bayaran : RM300.00
Deposit : RM100.00 (bayaran penuh semasa sesi pendaftaran)
MODUL :-
Peralatan dan bahan akan disediakan – Cara menyukat pewarna rambut (sukatan Cream Developer [Peroxide 6%/9%/12%] + Bleaching cream atau powder) – Teknik mewarna rambut – Pewarnaan rambut ‘root re-touch’ dan rambut beruban – Highlite rambut – Cara mencuci rambut – Cara mengeringkan rambut.

PAKEJ SDR003
2 hari Kursus Rawatan Rambut
Bayaran : RM150.00
Deposit : RM50.00 (bayaran penuh semasa sesi pendaftaran)
MODUL :-
Peralatan dan bahan akan disediakan – Cara analisa jenis rambut - Teknik mensyampu rambut – Teknik rawatan rambut (biasa, kering, bermasalah) – Teknik menggunakan bahan (cream treatment, mask treatment, scalp treatment, hair tonic, hair serum) –  Teknik rawatan kulit kepala – Teknik Urutan kulit kepala – Teknik blow rambut.

PAKEJ SDR007_ 1  Bulan Kursus Guntingan dan Dandanan Rambut
Bayaran : RM800.00
Deposit : RM200.00 (bayaran penuh semasa sesi pendaftaran)
MODUL :-
Peralatan dan bahan akan disediakan – Amalan kebersihan salun – Langkah-langkah keselamatan – Pengetahuan peralatan dan bahan – Teknik memegang gunting – Cara menggunakan peralatan elektrik dan mesin rambut – Guntingan rambut wanita – Guntingan rambut lelaki – Teknik mensyampu dan merapi rambut – Teknik rawatan rambut – Teknik mewarna dan highlite rambut – Teknik relaxing dan rebonding rambut – Teknik kerinting rambut (biasa,half curl, spiral curl) – Teknik blow rambut (blow, blow in, blow curl) – Teknik iron rambut (iron, curling iron, crimper, hot roller, iron curl) – Teknik analisa jenis rambut – Panduan membuka perniagaan salon. 


Nota : Latihan 100% AMALI. Pembelajaran yang mudah difahami. Sijil Penyertaan akan disediakan selepas tamat kursus. Jadual kursus mengikut masa yang sesuai bagi anda. 
Walaubagaimanapun, kedatangan adalah WAJIB.

Jadual kursus diadakan dari ISNIN hingga AHAD
Sesi pagi          (09:00 pagi – 12:00 tengahari)
Sesi petang      (12:00 tengahari – 15:00 petang)


SERTAI lah bersama kami dalam program ‘REZEKI’ melalui KECANTIKAN

Sertailah bersama kami dalam program 'REZEKI' melalui 'KECANTIKAN'

Kursus Urutan dan Terapi Kecantikan, Melaka


Mari Mengisi Masa Lapang anda Dengan Kemahiran Kecantikan




Hair ~ Spa ~ Beauty ~ Health Academy, Melaka

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Untuk makluman semua, kami ingin meningkatkan mutu kemahiran anda dengan menambah beberapa pakej PROMOSI 2017 urutan. Dengan mempelajari serta menambah ilmu kemahiran ini, ianya dapat membantu anda menambahkan lagi pendapatan.  Usah di tangguh lagi, dapatkan BORANG PENDAFTARAN di Akademi kami untuk tarikh seterusnya.

PESERTA WANITA SAHAJA
Jadual setiap SABTU dan AHAD.
Sesi pagi : 09:00 pagi - 12:00 tengahari
Sesi petang : 12:00 tengahari - 15:00 petang

Antara lain-lain Kursus URUTAN yang disediakan :-
1. Urutan Warga Emas RM120.00 sahaja
2. Urutan Semasa (Instant Masaage) RM120.00 sahaja
3. Urutan Suami Isteri (The Sensual Touch) RM120.00 sahaja

Promosi TIGA HARI kursus diatas merangkumi :-
Urutan Warga Emas, Urutan Semasa, Urutam Suami Isteri adalah RM240.00 sahaja

1. Kursus Urutan Warga Emas
- Seperti yang kita sedari, semakin berusia kita akan mengalami pelbagai kesakitan seperti kekakuan sendi, sakit sendi dan lain-lain tanda haus dan lusuh hingga menjadikan ianya terlalu biasa pada anggapan kita. Terdapat banyak cara untuk mengurangkan rasa tidak selesa yang membawa kepada proses penuaan ini. Bengkel urutan ini akan memberikan beberapa teknik dan langkah urutan. Urutan ini mampu mengurangkan kesakitan dan mengurangkan kekakuan. Malah uturan ini dapat meningkatkan peredaran darah serta dengan perlahan melepaskan kekakuan yang tidak fleksibel.
- Selepas tamat sesi ini, anda perlu mempraktikan dahulu kepada ahli keluarga yang terdekat. Kemudian dapatkan pula maklum balas atau kritikan dari mereka. Sekiranya anda berjaya dan mahir dengan teknik ini, maka anda boleh teruskan urutan ini dalam perniagaan anda. Semuga rezeki anda bertambah.

2. Kursus Urutan Semasa (Instant Massage)
kadangkala, banyak berfikir atau tekanan akan menyebabkan ketegangan di bahu dan leher amat memerlukan sedidkit urutan. Ketegangan ini yang membuatkan kita untuk mencari rakan yang pandai melakukan urutan. Jika terdapat peningkatan serta minat dalam pembelajaran bagaimana untuk melakukan urutan bahu dengan urutan yang minima, terutamanya di pejabat-pejabat. Di rumah pun, ada kalanya tiada apa yang lebih baik jika seseorang dapat memberikan anda sepuluh minit untuk melakukan urutan pada bahu dan leher anda. Bengkel ini juga akan memberikan anda beberapa teknik serta langkah urutan.
- Selepas tamat sesi ini, anda perlu mempraktikan dahulu kepada ahli keluarga yang terdekat. Kemudian dapatkan pula maklum balas atau kritikan dari mereka. Sekiranya anda berjaya dan mahir dengan teknik ini, maka anda boleh kongsikan kemahiran ini bersama rakan-rakan anda ditempat kerja. Jgn lupa!!! Lepas memberikan khidmat urutan ini minta lah bayaran daripada rakan anda yer. Semuga rezeki anda bertambah.

3. Kursus Urutan Suami Isteri (The Sensual Touch)
- Gerak hati atau naluri kita akan memainkan peranan yang lebih besar ketika melakukan urutan sensual. Didalam bengkel ini, anda akan mempelajari teknik menemui kawasan yang mempunyai kesan deria yang kuat pada pasangan anda. Urutan Sensual ini atau lebih dikenali sebagai Urutan Sentuhan Berahi ini bukan sahaja pada zon erogenous dan yang paling jelas urutan ini membawa keseronokkan pada pasangan anda.
- Bengkel ini terbuka kepada WANITA sahaja. Selepas tamat sesi ini anda boleh mempraktikkan kepada suami anda. Bila anda sudah mahir, sila kongsikan teknik ini kepada suami anda. Kini, tiba masanya sang suami perlu mengurut sang isteri. Urutan secara bergilir, mampu mengembalikan keintiman dan kebahagiaan anda suami isteri. Amin ya rabbal alamin.

Nota : Latihan 100% AMALI. Pembelajaran yang mudah difahami. Sijil Penyertaan akan disediakan selepas tamat kursus. Jadual kursus mengikut masa yang sesuai bagi anda. Walaubagaimanapun, kedatangan adalah WAJIB.

SERTAI lah bersama kami dalam program ‘REZEKI’ melalui KECANTIKAN

Sertailah bersama kami dalam program 'REZEKI' melalui 'KECANTIKAN'

Update New Version: Pakej Bengkel Spa dan Kecantikan [Secara Berkumpulan]


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Terbuka kepada kepada usahawan Multi Level Marketing, Persatuan, Industri awam dan swasta yang ingin memajukan diri di dalam bidang kecantikan. Anda harus berfikir secara berpanjangkan bahawa bukan setakat penjualan produk syarikat semata-mata, malah dengan mengambil langkah bijak untuk mempelajari kursus kecantikan ini, ianya dapat memantapkan lagi ekonomi anda. Dengan adanya penjualan produk dan digabungkan perkhidmatan kemahiran anda, insha allah.. pelanggan atau downline anda semakin berkembang. Mereka sudahhh... anda bila lagi? Jommm mendaftar.... 

1 HARI KURSUS Spa dan Kecantikan
PAKEJ BERKUMPULAN
ASAS RAWATAN MUKA
Bayaran         : RM100.00 setiap peserta
Deposit          : RM50.00 (bayaran penuh perlu dijelaskan semasa sesi pendaftaran)
Peserta          : 10 peserta setiap sesi


MODUL :-
Produk akan disediakan - Pengetahuan asas mengenai kulit – Teknik asas penjagaan wajah - Praktikal rawatan muka - Mempelajari teknik asas urutan muka dan urutan mata – Sijil akan diberikan kepada setiap peserta selepas tamat kursus.

-          Peserta dibenarkan membawa produk sendiri ketika kursus dijalankan (jika ada)
-          Peserta dikehendaki membawa besen muka, sponge muka, skarf rambut, cermin muka dan tuala ‘good morning’

1 HARI KURSUS Spa dan Kecantikan
PAKEJ BERKUMPULAN
ASAS SOLEKAN
Bayaran         : RM80.00 setiap peserta
Deposit          :  RM50.00 (bayaran penuh perlu dijelaskan semasa sesi pendaftaran)
Peserta          : 10 peserta setiap sesi

MODUL :-

Produk akan disediakan - Pengetahuan asas alatan solekan – Mempelajari teknik asas solekan diri, solekan siang, dan malam – Mempelajari teknik shading – Mempelajari teknik merapi serta membentuk bulu kening dan teknik membentuk bibir – Sijil akan diberikan kepada setiap peserta selepas tamat kursus.

-          Peserta dibenarkan membawa produk sendiri ketika kursus dijalankan (jika ada)
-          Peserta dikehendaki membawa skarf rambut dan cermin muka

Latihan 100% AMALI

Jadual kursus diadakan setiap SABTU atau AHAD

Masa kursus : 9.00 pagi – 1.00 petang



SERTAI lah bersama kami dalam program ‘REZEKI’ melalui KECANTIKAN



Sertailah bersama kami dalam program 'REZEKI' melalui 'KECANTIKAN'

GALERI_Kemahiran_Guntingan dan Dandanan Rambut

Bersama 18 para pelajar Kolej Komuniti Kota, Melaka dalam Kursus Guntingan Dan Dandanan Rambut pengambilan Julai, 2016 selama 20 bulan (4 semester) 

Bersama Puan Haslinda, Pengarah KKKM

Minggu Suai Kenal bersama pelajar baru



Antara salah satu aktiviti daripada para pelajar








 






Sertailah bersama kami dalam program 'REZEKI' melalui 'KECANTIKAN'

GALERI_Kemahiran_Guntingan Rambut

Khas buat anda yang ingin mengusaha Home Salun, Mobile Salun atau Hair Salun kami mengalu alukan kedatangan anda untuk merebut peluang ini bersama-sama membangunkan diri menjadi usahawan yang berjaya. Pelbagai teknik yang akan anda ketahui melalui pembelajaran dari kami. Bagi suri rumah pula, peluang ini terbuka luas. Tidak perlu bersusah payah mencari modal yang besar untuk menyewa lokasi. RUMAH dapat dijadikan sebagai tempat operasi PERMULAAN. Anda boleh pergi jauh dalam bidang ini kerana kemahiran ini adalah kemahiran JANGKA MASA yang panjang. Jommm.... “Zero to PRO” belajar sampai pandai.

 

 


Sertailah bersama kami dalam program 'REZEKI' melalui 'KECANTIKAN'

GALERI_Siti Mahiza_Sebulan Kursus MamaCare

30 hari Kursus MamaCare_Penjagaan Wanita Dalam Berpantang yang disertai oleh Puan Siti Mahiza Binti Abdul Wahid daripada Port Dickson, Negeri Sembilan yang kini mengambil kursus lengkap MamaCare. Puan Mahiza yang pernah bekerja dalam bidang Sales & Marketing mengambil langkah menukar kerjaya dalam bidang kecantikan yang lebih memguntungkan.

Kami berasa bangga kerana peserta telah menunjukkan sikap ingin belajar untuk memajukan diri.





                 
Hari Pertama

                   
 







 


   
Hari kedua




Sertailah bersama kami dalam program 'REZEKI' melalui 'KECANTIKAN'

GALERI_Siti Aisyah_Sebulan Kursus Rawatan Muka

30 hari Kursus Rawatan Muka yang disertai oleh Puan Siti Aisyah Bt Mahayuddin daripada Bukit Rambai, Melaka yang kini mengambil kursus lengkap rawatan muka. Puan Aisyah mengambil sesi pagi kerana peserta bekerja. Peserta memasarkan produk Primadona iaitu produk Dato Sarimah

Kami berasa bangga kerana peserta telah menunjukkan sikap ingin belajar untuk memajukan diri.

Hari pertama 
 



 

Hari kedua
 


 

 

Hari ketiga





Sertailah bersama kami dalam program 'REZEKI' melalui 'KECANTIKAN'

Hetalia: Axis Powers - Taiwan


Segala yang tercatat diatas adalah Hak Milik D'Village Spa N Beauty Academy