Kalendar 2022



Kosmetologi atau Estetika.

Apabila anda berfikir tentang menghadiri Kursus Kecantikan, kemungkinan kosmetologi dan estetika adalah dua program pertama yang terlintas dalam fikiran. Ada sebab yang baik untuk anda berfikir begitu! Menurut Biro Statistik Tenaga Kerja, kerjaya dalam bidang kosmetologi dan estetika telah berkembang merata lebih cepat sejak tahun 2018. Ramai pelajar/peserta kami yang berpotensi tertanya-tanya apa perbezaan antara kosmetologi dan estetika. Walaupun terdapat beberapa persamaan antara apa yang dilakukan oleh ahli kosmetik dan apa yang dilakukan oleh pakar kecantikan, bidang ini sebenarnya sangat berbeza. Tetapkan diri anda sebagai pakar kosmetologi atau pakar estetika bagi menonjolkan kecantikan untuk orang lain. Tenaga pengajar yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun di D'Village Spa Beauty Academy sedia membantu anda mengasah teknik anda dan belajar bagaimana mengubah minat anda menjadi sumber pencarian yang bermanfaat. Temui pelbagai keistimewaan akademi kecantikan kami di Taman Cheng, Baru Melaka, Malaysia hari ini. MELANGKAUI PERMULAAN DENGAN ASAS Lihat apa yang boleh anda lakukan dengan mengikuti kursus kecantikan dari D'Village Spa Beauty Academy. Sama ada matlamat anda adalah memiliki salun atau melakukan rawatan spa di resort, mencari kerjaya dalam bidang kecantikan yang anda gemari semuanya bermula dengan program yang lengkap. Bekerja dengan spa berkualiti tinggi atau produk salun, pelajar perlu memperoleh kemahiran teknikal dan Sijil Pencapaian untuk menjadi seorang profesional berlesen. Anda akan mengikuti kursus di kelas, bekerja pada pelanggan dan banyak lagi. Sekiranya anda tidak pasti program mana yang harus diikuti, teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perbezaannya! Sila baca mengenai KOSMETOLOGI dan ESTETIKA
Hetalia: Axis Powers - Taiwan

Sebelum Anda Memulakan Perniagaan Kecantikan



Terdapat 20 perkara yang Saya inginkan.. | Saya Mulakan Perniagaan Kecantikan Kecil Saya Hanya Dari Rumah

Saya ingin membantu dan memberi anda maklumat yang anda perlukan untuk membolehkan perniagaan kecil anda beroperasi, berjalan dengan baik dan berkembang maju. Ini adalah pengalaman yang pernah saya lalui.

”Saya harap saya mengetahuinya sebelum memulakan perniagaan kecil secara bebas” tetapi..

Memulakan perniagaan kecil-kecilan ini adakalanya sukar. Terdapat banyak salah tanggapan dengan perkara yang mungkin kita tidak sedar, namun harapan saya akan dapat menjelaskan beberapa perkara untuk anda.

Saya harap saya boleh mengatasi perkara ini sebelum bermula, tetapi, sejujurnya, cara terbaik untuk mempelajari sesuatu perkara adalah dengan 'melompat terlebih dahulu kedalamnya dan membiarkan kaki anda dibasahi dan rasai samada kehangatan atau kedinginan.'

Anda akan memenangi beberapa perkara dan anda juga kehilangan beberapa perkara dan terdapat beberapa perkara yang anda perlu belajar dengan cara yang sukar, tetapi kadang-kadang cara yang sukar itulah cara yang lebih baik.

1. Anda tidak akan pernah bersedia.
Saya memulakan perniagaan saya apabila saya mempunyai lebihan wang. Saya tunggu untuk mendapatkan sedikit masa dalam jadual saya dan kemudian saya akan melakukannya lagi. Itulah cara pemikiran saya ketika mula berniaga. Malahan, setiap orang memiliki pemikiran seperti itu.

Tetapi anda fikir apa? Tidak ada yang bersedia... Akan sentiasa ada satu perkara lagi yang akan menghalang anda.

Jika ada beberapa peristiwa besar dalam hidup sedang berlaku dan anda benar-benar tidak mempunyai wang atau masa, saya benar-benar memahaminya tetapi jika anda tidak mengalami situasi seperti itu atau anda tidak pernah berasa bersedia untuk mengambil risiko, maka anda sudah bersedia!

Dari situ, anda boleh membaca setiap buku dan merancang keseluruhan strategi anda tetapi sehingga anda benar-benar memahami dan merasainya seperti anda membasahi kaki. Anda tidak akan maju jika tidak mengembangkan perniagaan anda.

Sama ada masa, wang, kemahiran atau pengetahuan yang anda rasa kurang anda akan memperolehinya semasa anda pergi tanpa menoleh kebelakang dan bergerak kehadapan.

Jangan terlalu memikirkannya!

2. Anda memerlukan pelan misi.
Memulakan perniagaan dan memasuki dunia bebas adalah sukar. Anda akan banyak meragui diri sendiri dan lupa mengapa anda melakukan apa yang anda lakukan. Kadang yakin, kadang tidak.

Dan itulah sebabnya anda memerlukan pelan misi. Sebelum anda mula, anda perlu menentukan arah tujuan anda, prestasi dan memikirkan langkah yang perlu anda ambil untuk sampai ke tahap yang anda inginkan.

Tuliskannya kedalam nota dan apabila anda meragui diri sendiri, lihat ke belakang dan ingat mengapa anda perlu mulakan dan lakukan.

3. Ia suatu proses yang perlahan.
Semua yang terbaik bermula di mana anda berada. Memulakan perniagaan terasa menjadi glamor apabila melihat dir anda dari luar ke dalam tetapi apabila anda benar-benar sudah bersedia. Anda akan menyedari bahawa anda sebenarnya bermula dari segi empat tepat dan tiada siapa yang tahu siapa anda. Sukar, terutamanya pada tahap permulaan, tetapi percayalah bahawa semua orang bermula pada tahap tersebut. Masih ramai yang sebegitu.

Dan ramai yang berputus asa sekiranya impian mereka tidak tercapai. Tolong lah, jangan jadi salah seorang daripada mereka! Jika sesuatu perkara yang anda lakukan tidak berjaya, maka ubahnya, sesuaikan, belajar daripadanya, dan kembangkannya. Cuma jangan berhenti!

Ingatlah.. terutama kepada usahawan beragama Islam, Allah SWT sentiasa permudahkan segala urusan hambanya. Yang perlu anda lakukan solat 5 waktu dan berdoa kepada Tuhan.

4. Ketahui Nilai Diri Anda.
Ramai usahawan (termasuk saya sendiri) memulai sebagai 'chronic underchargers'

Ianya nampak sukar dan pastikan terdapat garis panduan. Apabila anda menjual perkhidmatan anda, anda tahu bahawa anda boleh memberikan nilai daripada kemahiran anda tetapi pelanggan masih belum mengetahuinya. Mereka hanya mahukan yang berkualiti, harga mampu milik dan kelihatan vouge macam artis.

Pernah terjadi, hingga saya mendapatkan harga perkhidmatan 'paras di bawah ikat pinggang saya', dimana tarif saya cukup rendah namun saya tidak kecewa tentang hal itu. Itu adalah suatu pengalaman yang membolehkan saya belajar selok belok tentang harga perkhidmatan, mendapatkan testimonial, cara mengendalikan ragam pelanggan dan kesabaran. Kerana dengan sedikit pendapatan yang saya terima boleh membantu saya kembangkan bisnes untuk keesokkan harinya.

Jadi, apa yang perlu anda lakukan, Ketahui kadar harga dalam industri kecantikan dan mula dari harga sebenar dan turunkan sedikit tetapi jangan sampai merendahkan harga ibarat kemahiran anda tidak berkualiti. Ketahui keupayaan anda dan pasarkan kemahiran anda dengan sewajarnya.

"Kualiti Kemahiran Amat Berharga"

5. Tetapkan diri anda sebagai pakar, walaupun anda belum lagi
Secara umum, salah tanggapan tentang 'bagaimana memulakan perniagaan' ialah anda perlu menjadi pakar terlebih dahulu.

Jawapan anda, pastinya tidak. Selagi anda menambah nilai diri dan jujur ​​dalam perkhidmatan dan keupayaan anda, jangan takut untuk memulakan.

6. Jangan cemburu dengan mereka yang telah berjaya
Ramai yang berkata, Belajar lah daripada mereka yang telah berjaya.

"Jika anda adalah orang yang paling bijak di dalam bilik itu, maka anda berada di bilik yang salah."

Saya suka dengan petikan diatas dan ini adalah peringatan yang baik bahawa kita harus sentiasa berusaha untuk belajar daripada orang lain. Kadang-kadang saya melihat orang lain yang sama bidang dengan saya dapat melakukannya dengan lebih baik daripada saya, tetapi kemudian saya mengingatkan diri saya bahawa mereka bertahun-tahun lebih jauh berpengalaman daripada saya.

Dan kemudian saya melihat apa yang mereka lakukan. Saya menggunakan tapak web mereka sabagai inspirasi, mencipta hadiah percuma serta ikut e-mel yang serupa dan melihat aktiviti atau info yang mereka siarkan di media sosial untuk mendapatkan idea yang lebih baik tentang aktiviti perniagaan yang perlu saya siarkan. Saya mengikuti kursus-kursus yang berkaitan bagi menambah ilmu pengetahuan. secara langsung saya mendapat rangkaian baru.

Ketahui lah, semakin banyak ilmu yang kita dapat, semakin banyak juga kita tidak tahu. Jadi, jangan sesekali anda memikirkan anda paling bijak, walhal anda juga berada dalam bilik yang sama. Sebaiknya sentiasa bersikap positif dalam berkongsi idea, cadangan dan pengalaman.
Jangan rasa irihati dan jangan cuba meniru 100% kreativiti mereka. Lihat sahaja apa yang mereka lakukan dan cuba belajar daripada mereka

7. Anda perlu melabur dalam diri anda dan perniagaan anda
Untuk benar-benar mengembangkan perniagaan anda, anda perlu membelanjakan sedikit wang sebagai modal perniagaan. Belajar untuk mengenali bila anda perlu membelanjakan wang untuk keperluan dan sentiasa lakukan penyelidikan terlebih dahulu untuk memastikan keuntungan.

Jika anda telah melaburkan wang anda dengan betul, harapan anda ialah anda akan memperolehinya semula sepuluh kali ganda daripada apa yang anda modalkan sebelum itu.

Tetapi, jangan takut untuk membelanjakan sedikit wang untuk mendapatkan lebih banyak masa dalam kehidupan anda kerana bidang yang anda lakukan akan bertambah baik.

8. Jadilah Diri Sendiri dan Profesional
Terdapat garis panduan di sini. Anda mahu kelihatan santai dengan penampilan yang menarik tetapi anda juga mahu kelihatan profesional. Anda perlu memikirkan keseimbangan diri.

Bagi diri saya, baru-baru ini saya memutuskan untuk menukar gambar profil Instagram/FB kepada diri saya dan bukannya logo saya dan saya menambahkan nama serta nama perniagaan pada profile saya.

Jangan takut untuk menunjukkan wajah anda. Orang ramai akan membayar anda berdua kerana mereka tahu mereka memerlukan anda dan kerana mereka menyukai anda.

Kerana, terdapat sesuatu mengenai diri anda akan menarik perhatian mereka. Bahkan teringat sesuatu pada diri anda akan mengimbaukan mereka. Kerana mereka tahu anda adalah orang yang sebenar untuk berurusan dan sebab itulah mereka terus mendapatkan perkhidmatan anda.

9. Jangan pernah berhenti belajar!
Saya telah menyentuh perkara ini sedikit lebih awal, tetapi sebenarnya anda layak mendapat bahagian sendiri

Jangan berhenti belajar! Berazam pada diri anda untuk mempelajari semua yang anda boleh lakukan tentang bagaimana menjalankan perniagaan anda dan kembangkan bidang anda.

Orang ramai menyukai seseorang yang bersemangat tentang apa yang mereka lakukan dan itu merupakan faktor besar mendapatkan seseorang untuk mengupah anda.

Teruja tentang perniagaan anda dan jangan takut untuk memberitahu orang ramai!

Dan lebih dari segalanya, teruskan belajar. Ketahui cara melakukan kerja anda dengan lebih baik, pelajari cara mengembangkan perniagaan anda dan jangan sesekali berhenti

10. Wang = masalah + penyelesaian.
Anda benar-benar rasa mendidih apabila sesetengah orang membayar anda tidak mengikut harga yang telah ditetapkan kerana mereka menghadapi masalah dan sebaliknya anda menawarkan penyelesaian kepada mereka (Pro & Cons). Sebaik sahaja anda memahami perkara itu dan memasarkan penyelesaian anda dengan berkesan dan itu tandanya anda akan berada dalam perjalanan menuju perniagaan yang berkembang maju.

11. Laman web profesional adalah WAJIB.
Cadangan terbesar saya untuk menunjukkan kepada usahawan betapa pekanya anda dan sejauh mana anda mengambil berat tentang perniagaan anda melalui tapak web profesional.

12. Ia memerlukan banyak masa.
Mungkin rasanya memulakan perniagaan anda untuk waktu berkerja 9–5 dan akhirnya mendapat lebih banyak masa dalam hidup anda, itu adalah tidak benar.

Apabila anda bekerja 9–5, anda akan dibayar mengikut jam, projek, dsb. Tetapi apabila anda bekerja secara bebas, anda dibayar hanya berdasarkan prestasi anda. Anda yang menentukan masa kerja, cipta suasana kerja yang ideal.

Selebihnya, anda perlu makan, tidur dan bernafas dalam perniagaan ini jika anda ingin berjaya dan capai status kebebasan kewangan

18. Dokumen dan rekod simpanan
Mempunyai rekod simpanan kewangan wang anda, database pelanggan anda dan semua perkara lain yang mungkin anda fikirkan.

Anda tidak akan tahu bila anda memerlukannya.

19. Bina Rangkaian dan hubungan!
Pelanggan baru anda yang terbaik ialah pelanggan lama anda. Maksudnya walaupun mereka pelanggan lama sama ada masih kenal atau tidak, pelanggan tetap, dan apatah lagi pelanggan yang baru anda baru kenal, mereka tetap 'Pelanggan Baru' anda. Harus memberikan layanan VVIP.

Saya telah membina beberapa hubungan persahabatan yang berkekalan dengan rakan-rakan, pekerja lama dan beberapa pelanggan terdahulu (dan kini masih menjadi pelanggan saya!). Dengan berkawan dengan orang lain di landasan yang sama ia akan menjadi lebih mudah berbanding sebaliknya.

Selain itu, berusaha untuk membina hubungan dengan pelanggan anda. Jadilah profesional dan bersikap mesra.

”Pelanggan terbaik anda adalah yang selalu membeli dan mendapatkan perkhidmatan di tempat anda. Kekal berhubung dan terus menceriakan mereka!"

20. Jangan takut untuk belajar daripada kesilapan anda.
Adakalanya anda akan rasa meracau. Buat apa pun, semuanya tidak sempurna. Ketahui apa yang anda boleh lakukan dan teruskan. Teruskan.. terus berkembang dan jangan berhenti.

Saya tahu anda boleh melakukannya!

bonus on your Sosial Media 20 HASHTAGS for small businesses
#ShopLocal+ Your City
#SmallBusiness + Your City
#SmallAndMightyBusiness #SmallBusinessLove
#SmallBusinessSaturday
#ShopSmall Business
#ShopSmall
#CommunityOverCompetition
#Success Mindset
#Business Growth
#Entrepreneur Spirit
#EntrepreneurLifestyle
#Create YourHappy
#BeYourOwnBoss
#BuildYourEmpire
#CalledToCreate
#Online Business
#Business Owners
#BusinessPassion
#EntrepreneursOfInstagram

SALMIE RAZALI
Public Figure | Pengasas | Moderator | Cekgu Usahawan Kecantikan
Hakcipta terpelihara D'Village Spa & Beauty Academy Melaka

Sertailah bersama kami dalam program 'REZEKI' melalui 'KECANTIKAN'

10 Tips Membangunkan Perniagaan Salun


10 Tips Perniagaan Salun 

1. Jika anda tidak mempunyai minat dalam seni dan perniagaan dandanan rambut, maka anda hanyalah seorang penggunting rambut sahaja

Setiap kali mengendalikan kelas Kecantikan kepada peserta, seringkali  saya berkata, "kunci nombor satu kejayaan untuk Penggaya Rambut dan Pengusaha Salun, adalah semangat.

💪Semangat dan keghairahan dalam kerja yang kita cintai. 
💪Semangat untuk kesenian.  
💪Semangat dalam bidang rambut. 
💪Semangat untuk membuat orang berasa selesa tentang diri mereka sendiri. Dan semestinya Semangat itu harus berakar di suatu tempat!

Jika anda atau orang yang anda ambil untuk bekerja kurang semangat, maka anda akan 'kehilangan' komponen utama untuk memacu salun ke arah yang positif dan memberikannya kehidupan yang berterusan.
Peserta daripada Terengganu

2. Anda adalah pelajar rambut sepanjang hayat, tidak kira tahap pengalaman anda.
Pendidikan tidak berakhir selepas sekolah kosmetologi kerana anda adalah pelajar seni kraf sepanjang hayat.

Aliran dan teknik sentiasa berubah dan berkembang ikut trend semasa, dan ini adalah sebahagian daripada huraian kerja anda untuk sentiasa dikemas kini.

Saya sentiasa mengikuti trend dengan menghadiri pertunjukan rambut, melanggan majalah perdagangan, membaca dan menjalin persahabatan dengan usahawan, pengedar dan pengilang. 

Di samping itu, anda harus mencabar diri anda beberapa kali setahun (sekurang-kurangnya) dengan menyertai acara pertandingan rambut dan kelas-kelas rambut

Jenis acara ini membuatkan kami sentiasa berdiri teguh – saya tahu, kami sentiasa bersedia – tetapi acara ini membantu membina pasukan yang lebih baik, menjadikan kami Penggaya Rambut yang lebih baik dan secara keseluruhannya, memudahkan perniagaan berjalan dengan lebih baik.

Selain itu, tiada keseronokan yang lebih hebat daripada bila-bila masa, apabila sekumpulan profesional kecantikan yang bersemangat dapat berkumpul. Percayalah dengan apa yang kami rasai

Peserta daripada Johor


3. Cipta kenangan dan pengalaman agar pelanggan sentiasa berulang
Sebagai Pengusaha Salun anda harus mempunyai Motto/Slogan, sebagai contoh :-

“Kami adalah apa yang kami lakukan berulang kali; oleh itu, kecemerlangan adalah satu kebiasaan.”

Di akademi kami pula menggunakan :-
"Sertailah bersama kami dalam program rezeki melalui Kecantikan" atau "Kejayaan anda adalah kebanggaan kami" (yang anda akan atau pernah lihat di borang kami, letter head, sijil serta di flyers kami)

Jadi, untuk mencipta pengalaman terbaik untuk pelanggan anda, anda harus kekal stabil dan kelihatan unik sebaik mungkin. 

Jangan risau, kestabilan tidak semestinya mahal.

Sebagai contoh, di akademi kami mempunyai 'mini pantry' dimana terdapat mesin kopi dan bancuhan 3 dalam 1 untuk 'tea/coffee/coklat' termasuk Biskut, Cookie dengan khidmat layan diri serta mempunyai mangkuk gula-gula di meja penyambut tetamu untuk pelanggan kami secara percuma.

Setiap kali mula kelas atau tamat kelas, mereka akan membuat kopi/teh sambil sembang dan berkongsi idea, pendapat dan pengalaman lalu. Bahkan daripada tidak mengenali diantara satu sama lain, akhirnya menjadi rapat.

Begitu juga dengan anda, sebagai Pengusaha Salun, letakkan semangkuk gula² atau hidangan Teh Cina kepada pelanggan anda. Walaupun ia hanya hidangan kecil tapi itu adalah pengalaman mereka ketempat anda. Kemudian pelanggan telah mula seronok dan mengharapkan tambahan gula-gula selepas perkhidmatan mereka.

Saya menyenaraikan 'perhatian terhadap perincian' sebagai salah satu kunci pentingnya untuk berjaya, dengan PERHATIAN khusus diberikan kepada pengalaman pelanggan.

Secara jujurnya, Saya mahu anda berfikir selain meletakkan kotak gula-gula apalagi idea yang boleh menjadikan lebih kreatif!

Sebagai peringatan:
Jadi unik, konsisten & kekal setia kepada diri sendiri dan salun tersebut.

4. Kepimpinan yang luar biasa adalah kunci kepada kejayaan dalam organisasi salun.
Kesilapan utama yang dilihat ialah kekurangan kepimpinan dan akauntabiliti dalam salun. Seperti didalam akademi kecantikan, saya akan sentiasa menyokong untuk memimpin melalui teladan serta mempunyai dasar dan prosedur yang adil tetapi tegas.

Saya menekankan bahawa dasar dan prosedur harus dipastikan ringkas dan tepat dan tidak seharusnya membebankan kakitangan dengan kata-kata yang tidak dapat difahami dan sering membebel.

Saya juga mencadangkan agar mematuhi setiap peraturan di salun samada peraturan dalam bilik rehat atau pejabat, berserta tandatangan setiap ahli pasukan mengesahkan mereka telah membaca dan memahami setiap peraturan.

Kaedah ini dapat membantu menetapkan piawaian di salun anda dan setiap orang akan memahami serta melaksanakan tugas mereka dengan lebih baik dari yang dijangkakan.

5. Fokus pada pengambilan pekerja, bekerja dengan pasukan Penggaya Rambut dan mempunyai pekerja terbaik.
Pemilik salun dan penyewa gerai (booth), boleh mendapat manfaat daripada tip perniagaan salun ini :-

Kebanyakkan salun yang paling berjaya mempunyai pasukan penggaya rambut dan pekerja tetap berada di belakang mereka yang sentiasa berkongsi misi yang sama dan yang paling penting, menghargai di antara satu sama lain.

Sebagai pekerja atau penyewa gerai (booth), jika anda rasa diri tidak dihargai, seringkali ada saja yang  mengambil kesempatan atau anda 'tidak rapat dengan pasukan anda', anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk mencari pekerjaan di tempat lain. Tahukah anda, Ibarat anda menginap di salun yang menyeret anda ke bawah setiap hari adalah tidak baik untuk pembangunan peribadi dan profesional anda atau dalam bidang salun ini.

Bagi pemilik salun pula, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk mengupah orang yang boleh bekerjasama dengan baik dan yang paling penting, mewujudkan persekitaran kerja yang memberi inspirasi dan memupuk kerja berpasukan dengan bagus.

6. Memiliki peranan sebagai seorang pemimpin yang memperkasakan dan boleh dipercayai bagi komuniti setempat anda.
“Seperti ahli terapi… pendandan rambut perlu berada dalam kedudukan yang dipercayai. Kami mengubah bukan sahaja penampilan seseorang tetapi perasaan mereka." 

Lihatlah, betapa hebatnya kedudukan untuk tanggungjawab dan amanah ini?

Pada tahun 2008, kajian ini mendedahkan bahawa pesanan yang disampaikan oleh pendandan rambut mengenai kesihatan kanser payudara meningkatkan kemungkinan wanita mengambil langkah pencegahan terhadapnya sebanyak 70%.

Moral of the Story : Salun rambut juga mempunyai pengaruh yang serius terhadap kesihatan dan kehidupan terhadap pelanggan

Jika Penggaya Rambut boleh memberikan inspirasi sedemikian kepada orang ramai untuk mula memikirkan kesihatan mereka dengan keberkesanan, bolehkah anda bayangkan implikasi yang lebih besar untuk komuniti anda?

Anda mungkin menggunakan kuasa pengaruh anda untuk mengatur dan mengetuai pembersihan taman, pengumpulan dana dan mengadakan acara-acara yang boleh memperkasa dan membantu komuniti anda.

Dan percayalah, peranan dan tugas komuniti anda, Penggaya Rambut,
tidak akan ke mana-mana kerana Salun anda akan sentiasa disenangi oleh Komuniti anda.

Malah, Biro Buruh & Perangkaan Malaysia telah mendedahkan bahawa pekerjaan Dandanan Rambut dijangka meningkat sebanyak 20% dari tahun 2012-2022. Bilangan penganggur terus menurun pada Januari 2022, menjadikan kadar pengangguran di negara ini berada pada 4.2 peratus.

Dengan kuasa dan pengaruh anda yang semakin meningkat, anda sepatutnya memacu terus tindakan yang lebih positif di salun anda. Sebaik sahaja anda memutuskan untuk mula membina kepercayaan dalam komuniti anda, anda mengubah diri anda daripada pemilik perniagaan tempatan kepada pemimpin perniagaan tempatan (ada perbezaannya), dan orang ramai akan mengambil perhatian.

7. Bekerja di salon boleh menjadi huru-hara, tetapi JANGAN kehilangan profesionalisme anda.
Walaupun apa pun, yang difikirkan oleh 'Forbes' tentang pendandan rambut sebagai salah satu 'pekerjaan yang paling tidak memberi tekanan,' MAJORITI daripada kita tidak bersetuju.

Jadi, apabila anda sedang mempunyai pelanggan untuk mengeringkan rambut, sedang memotong rambut, dan terdapat temujanji pelanggan yang seterusnya tiba 15 minit lebih awal maka, anda telah berjaya mengekalkan diri anda gunakan penyembur pada rambut dan hidangan secawan kopi. 

Ingat pesanan ini :-
Jangan hilangkan profesionalisme anda!

Profesionalisme adalah satu lagi kunci penting untuk berjaya dan jika semakin kekurangan akhirnya hak perniagaan itu akan musnah 

Itu bukan bermakna untuk mempunyai profesionalisme, anda mesti tegas dan formal - kekal sebagai manusia - tetapi terdapat amalan profesional asas yang harus kekal sebagai teras setiap perniagaan.

8. Sentiasa mencari strategi pemasaran terkini dan meletakkan perhatian dalam kerja anda
Salun dan penggaya rambut individu harus mencari strategi pemasaran bagi mengekalkan fokus pada kerja anda.

Apabila ditanya, "bagaimana cara saya menambah pelanggan di akademi saya?" Saya mencadangkan penggunaan Blog atau media sosial.

Tapak media sosial seperti TikTok,  Facebook, Instagram dan Pinterest ialah paparan visual dan menarik kerja anda yang hebat ibarat pintu rezeki sentiasa terbuka untuk pelanggan baru dan sedia ada untuk melihat budaya salun anda dan akan bertanya soalan. 

Walaupun terdapat golongan yang tidak menyukai TikTok... ada juga golongan yang tidak menyukai Facebook kerana 90% pengguna Facebook adalah golongan 'senior remaja' yang berkisahkan hal rumah tangga, cucu cicit, kehidupan peribadi, politik dan macam-macam perkara yang tidak masuk akal. NAMUN TerKini 100% golongan usahawan menggunakan platform TikTok, Instagram, Blog dan Pinterest. Seperti saya yang tergolong dalam golongan 'Junior Remaja' akan menggunakan platform TikTok, Instagram, Blog dan Pinterest 😘😁😘.

Bukan itu sahaja, ada banyak lagi platform seperti Google Business, WhatsApp Business, Youtube yang boleh anda gunakan secara percuma untuk mengembangkan jaringan perniagaan anda

9. Berikan harga caj perkhidmatan anda yang bernilai dan jangan rasa bersalah tentangnya
Kos perkhidmatan adalah berbeza-beza bergantung pada faktor seperti lokasi, bahan, alatan dan pengalaman anda, tetapi kesilapan besar yang masih dilakukan oleh ramai usahawn salun ialah mengenakan bayaran yang kurang untuk tahap perkhidmatan mereka.

Ada yang berasa bersalah kerana mengenakan bayaran lebih (walaupun mereka mendapat lebih banyak pengalaman) dan ada yang membuat keputusan berdasarkan kebimbangan bahawa mereka akan kehilangan pendapatan tersebut.

"Berhenti melakukan hal ini terhadap diri sendiri”

Berikut ialah beberapa garis panduan dalam menentukan harga perkhidmatan anda:-
1) Berapa ramai yang anda mahu buat satu jam (jadi realistik)
2) Kiraan jam dalam perkhidmatan 'chemical service'
3) Ketahui purata harga perkhidmatan di kawasan anda
4) Lihat kos produk anda

Jika anda seorang pemilik salun, anda perlu mempertimbangkan gambaran yang lebih besar, seperti jumlah overhead (kos sewa, utiliti, gaji pekerja, dll) yang anda ada dan matlamat hasil suku tahunan dan tahunan perkiraan anda.

10. Istilah Bayar Dulu!
Penting dalam kehidupan dan penting dalam perniagaan, membayar terlebih dahulu adalah salah satu perkara terbaik yang boleh anda lakukan untuk diri sendiri dan orang lain.

Contohnya, jika anda seorang jurugaya kanan di salun, tawarkan seorang Pembantu Baru untuk mentor anda. "Adalah penting untuk memberi kembali apa yg anda terima sebelum ini dan kongsikan semula ilmu pengetahuan anda," dan “Ingatlah dari mana kamu datang.”

SALMIE RAZALI
Public Figure | Pengasas | Moderator | Cekgu Usahawan Kecantikan
Hakcipta terpelihara D'Village Spa & Beauty Academy Melaka

Sertailah bersama kami dalam program 'REZEKI' melalui 'KECANTIKAN'

Apakah itu Juruterapi Bidan

Jururawat Bidan, Juruterapi Bidan, Juru Terapi Kecantikan, Juru Terapi Spa
Apakah peranan mereka?

Apakah itu Jururawat Bidan? 
Jururawat Bidan dirujuk sebagai jururawat ibu-bayi, pakar dalam menangani keperluan kesihatan fizikal dan emosi pesakit wanita bersama-sama dengan bayi mereka yang baru lahir selepas proses bersalin selesai. Jururawat ini bertanggungjawab memastikan ibu dan bayinya dijaga dengan baik sehingga mereka keluar dari hospital. Jururawat selepas bersalin yang terbaik adalah tidak menghakimi, belas kasihan, sabar, dan memahami. Selain menjaga kesihatan fizikal dan emosi pesakit mereka, sebahagian besar daripada tugas jururawat selepas bersalin adalah untuk mengajar ibu bapa baharu kemahiran penting, seperti menukar lampin, memberi makan bayi dan banyak lagi. 

Apakah Tugas Jururawat Bidan? 
Beberapa tugas yang akan dilakukan oleh Jururawat Bidan termasuk: 
🤱Memantau tanda-tanda vital ibu dan bayi baru lahir 
🤱Selalu menilai ibu dan bayi baru lahir untuk tanda-tanda simptom yang boleh menunjukkan komplikasi seperti pendarahan selepas bersalin, kemurungan selepas bersalin, atau kegagalan untuk berkembang maju 
🤱Bersihkan bayi yang baru lahir 
🤱Memberikan antibiotik dan/atau ubat sakit mengikut keperluan 
🤱Mendidik ibu bapa baru tentang cara menjaga bayi yang baru lahir selepas mereka meninggalkan hospital 
🤱Membantu ibu menjalinkan hubungan penyusuan susu ibu 
🤱Bekerjasama dengan doktor dan kakitangan kejururawatan lain untuk memastikan pelan penjagaan dipatuhi 
🤱Keluarkan 'urinary catheters' selepas bersalin yang berjaya 
🤱Bantu ibu baru dengan aspek emosi pemulihan selepas bersalin 
🤱Sokong ibu baru dalam membuat keputusan 
🤱Memperkukuh keupayaan dan kebolehan ibu baru dalam menjaga bayinya 
🤱Rujuk ibu bapa kepada sumber tambahan seperti kumpulan sokongan 
🤱Periksa hirisan caesarian jika perlu 

Di mana Jururawat Bidan Bekerja? 
Tanggungjawab dan cara kerja sebagai Jururawat selepas bersalin amat berat untuk memastikan pemulihan dan keselamatan ibu baru dan bayi mereka. 

Jawatan Jururawat Bidan boleh didapati dalam mana-mana tempat bersalin bertauliah termasuk: 
🤱Unit bersalin di hospital 
🤱Pusat bersalin 
🤱Institusi akademik 
🤱Klinik 
🤱Amalan persendirian 
 
Bagaimanakah Cara Menjadi Jururawat Bidan? 
Sebelum anda memulakan kerjaya anda sebagai jururawat Bidan, anda perlu mempelajari asas kejururawatan dalam teori dan amalan semasa Ijazah Bersekutu dalam Kejururawatan (ADN) atau Sarjana Muda Sains dalam Kejururawatan (BSN) dari kolej atau universiti yang bertauliah. Pada tahun-tahun tersebut (mengikut semester), anda akan memperoleh pengetahuan dan kemahiran teori yang penting yang akan menjadi asas penting yang akan dibina di atas kerjaya anda sebagai Jururawat Bidan. 

Pelajar yang merupakan bakal jururawat selepas bersalin dinasihatkan untuk mendaftar dalam kursus yang khusus untuk penjagaan neonatal, kesihatan ibu dan obstetrik. Pengalaman di wad bersalin dan bersalin atau amalan OBGYN juga berguna. 

Apakah perbezaan jawatan 'Jururawat Bidan' dengan 'Terapi Bidan' atau 'Terapi Spa'? 
Jururawat Bidan adalah juru profesional perubatan yang menjaga ibu dan bayi baru lahir pada hari-hari selepas kelahiran. Mereka mempunyai kemahiran profesional untuk memberikan sokongan fizikal dan emosi kepada ibu semasa tempoh pemulihan mereka 

Apakah Sijil/Diploma/ ijazah yang diperlukan untuk menjadi Jururawat Bidan? 
Jururawat Bidan dikehendaki memiliki lesen RN dari negeri di mana dia akan mengamalkan kejururawatan. 
 📌Earn an Associate's Degree in Nursing (ADN) or a Bachelor's of Science in Nursing (BSN) from an accredited college or university 
📌Pass the NCLEX-RN prelicensure exam 
📌Hold an active and unrestricted RN license 

Berapakah pendapatan jururawat bidan dan terapi bidan sebulan? 
    a. Jururawat Bidan RM5K (berpandukan gred) + -+Allow 
    b. Terapi Bidan RM5K-RM15K *STATUS PUSAT PENJAGAAN IBU BERPANTANG* 

"Oleh itu, semua pengamal penjagaan ibu berpantang sama ada bidan, jururawat ataupun pengamal urutan tradisional perlu berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di bawah Akta 775. Ia bagi menjamin kualiti perkhidmatan pengamal postnatal kepada pelanggan di samping dapat melindungi hak, menjaga keselamatan dan kesejahteraan kedua-dua pihak"

Daftar kursus Juruterapi Bidan di D'Village Spa & Beauty Academy bagi melengkapkan Sijil Kemahiran anda sebagai Terapi Bidan bertauliah. 

Sila klik pautan : Pakej Kursus MamaCare

Pelajar yang mengikuti Kursus Juru Terapi Bidan Tahap 3








SALMIE- Cekgu Kemahiran Kecantikan
Public Figure | Pengasas | Instructor  | Entrepreneurs
Hakcipta terpelihara D'Village Spa & Beauty Academy Melaka

#beautyacademymelaka
#akademikecantikanmelaka
#sijilskm
#SKM
#DKM
#DLKM
#sijilkemahiranmalaysia
#thebestacademy
#topranking
#kursusguntingrambutmelaka
#guntinganrambutmelaka
#kursusguntingrambutlelaki
#kursusguntinganrambutwanita
#kursusmuslimahsalun
#kursusunisexsalun
#kursusspa
#teknikbalayage
#teknikombre
#teknikguntingrambutbob
#teknikrebonding
#teknikperm
#haircuteducation
#haircuttingeducation
#haircolor
#hairdye
#kursuswarnarambut
#kursusrebondingrambut
#kursuskerintingrambut
#kursusrawatanrambut
#sijilguntingrambut
#ilmukemahiranrambut
#kursusbarbersalun
#kursusbarber
#usahawansalun
#trending
#branding
#kursusmamacare
#kursusjuruterapibidan
#kursuspostnatal
#kursusberpantang
#kursushamil
#kursusurutibuberpantang
#kursusibubersalinmelaka
#postpartumnurse 
#terapibidanmelaka
#perkhidmatanberpantang
#DuniaKecantikan
#UsahawanKecantikan
#MengenaiSalunKecantikan
#MengenaiSpaKecantikan
#AkademiSalunKecantikan
#AkademiSpaKecantikan

Sertailah bersama kami dalam program 'REZEKI' melalui 'KECANTIKAN'



Segala yang tercatat diatas adalah Hak Milik D'Village Spa N Beauty Academy