Kalendar 2022



Kosmetologi atau Estetika.

Apabila anda berfikir tentang menghadiri Kursus Kecantikan, kemungkinan kosmetologi dan estetika adalah dua program pertama yang terlintas dalam fikiran. Ada sebab yang baik untuk anda berfikir begitu! Menurut Biro Statistik Tenaga Kerja, kerjaya dalam bidang kosmetologi dan estetika telah berkembang merata lebih cepat sejak tahun 2018. Ramai pelajar/peserta kami yang berpotensi tertanya-tanya apa perbezaan antara kosmetologi dan estetika. Walaupun terdapat beberapa persamaan antara apa yang dilakukan oleh ahli kosmetik dan apa yang dilakukan oleh pakar kecantikan, bidang ini sebenarnya sangat berbeza. Tetapkan diri anda sebagai pakar kosmetologi atau pakar estetika bagi menonjolkan kecantikan untuk orang lain. Tenaga pengajar yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun di D'Village Spa Beauty Academy sedia membantu anda mengasah teknik anda dan belajar bagaimana mengubah minat anda menjadi sumber pencarian yang bermanfaat. Temui pelbagai keistimewaan akademi kecantikan kami di Taman Cheng, Baru Melaka, Malaysia hari ini. MELANGKAUI PERMULAAN DENGAN ASAS Lihat apa yang boleh anda lakukan dengan mengikuti kursus kecantikan dari D'Village Spa Beauty Academy. Sama ada matlamat anda adalah memiliki salun atau melakukan rawatan spa di resort, mencari kerjaya dalam bidang kecantikan yang anda gemari semuanya bermula dengan program yang lengkap. Bekerja dengan spa berkualiti tinggi atau produk salun, pelajar perlu memperoleh kemahiran teknikal dan Sijil Pencapaian untuk menjadi seorang profesional berlesen. Anda akan mengikuti kursus di kelas, bekerja pada pelanggan dan banyak lagi. Sekiranya anda tidak pasti program mana yang harus diikuti, teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perbezaannya! Sila baca mengenai KOSMETOLOGI dan ESTETIKA
Hetalia: Axis Powers - Taiwan

Panduan Kenali Jerawat

Apakah itu jerawat?
Masalah jerawat biasanya di alami oleh remaja apabila mereka mula mencapai tempoh kematangan. Lebih kurang 85 peratus individu dalam lingkungan umur 12 hingga 25 tahun akan menghadapi masalah jerawat. Semasa proses kematangan individu, kelenjar-kelenjar minyak menjadi sangat aktif kerana penghasilan dan perubahan hormon. Sila klik--> Dapatkan langkah demi langkah.

Jerawat adalah masalah kulit yang serius khususnya bagi golongan muda. Manakala bagi golongan yang berumur, jerawat memberi kesan terhadap kerjaya mereka. Ia menyebabkan golongan ini berasa kurang yakin untuk berhadapan dengan masyarakat luar. Namun, pada masakini tersedia pelbagai rawatan kecantikan bagi mengatasi masalah jerawat.

Masalah jerawat boleh member kesan psikologi yang teruk kepada seseorang individu terutama remaja yang masih di alam persekolahan. Pada tahap ini, faktor imej remaja serta aktiviti pergaulan social amat penting. Walaupun masalah ini di anggap ringan dan boleh di ubati sendiri tetapi jika tidak di rawat ia boleh mengakibatkan kesan fizikal dan emosi.

Jerawat atau akne merupakan keradangan (inflamasi) tisu pada bahagian kelenjar minyak (sebaceous) pada bahagian kulit manusia. Kajian dalam bidang perubatan telah menunjukkan bahawa terdapat lebih kurang 50 jenis jerawat. Secara amnya, perkataan jerawat lebih menunjukkan kepada jenis jerawat umum iaitu ‘acne vulgaris’. Ia merupakan satu penyakit yang berlaku pada unit ‘pilosebaceous’ (terdiri daripada rongga rambut dan kelenjar minyak) pada bahagian kulit.

Jerawat jenis ini merupakan jerawat yang paling serius di alami oleh individu terutama golongan remaja dan golongan dewasa pada awal unur 20-an. ‘Acne Vulgaris’ berpunca daripada beberapa faktor yang sering berkaitan antara satu sama lain seperti keturunan, hormone dan kuman (bakteria).

Kulit mengandungi ribuan kelenjar minyak yang menghasilkan sebum (minyak) yang berfungsi melembab dan melindungi kulit. Sebum yang di hasilkan kelenjar ‘sebaceous’ di salurkan melalui folikel rambut (pori-pori) ke permukaan kulit. Jerawat terjadi ketika sebum yang biasa keluar ke permukaan kulit itu tersumbat.

Kulit wajah memiliki kerapatan kelenjar ‘sebaceous’ yang tinggi khususnya di daerah hidung, dahi dan pipi. Kelenjar ‘sebaceous’ paling besar terdapat di pertengahan dada dan punggung. Oleh kerana itu, jerawat paling sering muncul di bahagian tersebut. Namun, apabila jerawat terlalu banyak di bahagian wajah, ia pasti mencacatkan penampilan diri seseorang individu terutama wanita.

PENYEBAB JERAWAT
Penyebab jerawat tidak di ketahui tetapi ia berkait dengan aktiviti hormon pada usia remaja. Pada umumnya jerawat mula tumbuh pada usia 10 hingga 15 tahun dan akan hilang ketika memasuki usia 25 tahun. Namun pada sekitar tujuh peratus individu, masalah jerawat yang di hadapi berlanjutan hingga usia 40 tahun dan adakalanya hingga usia 50 tahun.

FAKTOR UTAMA
Faktor-faktor utama yang menyebabkan terjadinya jerawat adalah ketidakseimbangan hormon di kalangan lelaki dan wanita semasa baligh, keturunan, makanan tertentu yang di percayai merangsang penghasilan jerawat, tekanan dan kurangnya penjagaan kebersihan kulit secara keseluruhannya hingga menimbulkan pengeluaran sebum berlebihan, penyumbatan folikel, infeksi dan bacteria ‘propionibacterium acne’ dan peradangan (inflamasi). Selain itu, jerawat juga terjadi kerana faktor alam sekeliling (bekerja di tempat yang berhabuk dan berminyak) dan pengambilan ubat-ubat tertentu contohnya ‘kortikosteroid’.

JENIS-JENIS JERAWAT 

FOLLICULAR CAST ATAU FILAMENT
Biasanya terdapat di kiri dan kanan hidung yang di penuhi sebum tersumbat. Apabila di tekan, jerawat akan keluar seperti ‘nasi’

JERAWAT MIKRO
Mikro jerawat terjadi sebelum jerawat (sebum yang tersumbat) berubah menjadi ‘whitehead’ (bintik putih) atau ‘blackhead’ (bintik hitam). Jerawat ini tidak kelihatan di permukaan kulit dan hanya dapat di lihat dengan mikroskop.

BINTIK PUTIH (JERAWAT TERTUTUP)
Bintil putih merupakan jerawat tertutup. Liang yang tersumbat berada di bawah permukaan kulit menyebabkan dinding folikel tidak pecah. Bintik putih terbentuk di atas atau di bawah kulit dan akan timbul sebagai benjol berwarna kulit atau sedikit bengkak yang kemerah-merahan. Keradangan akne berlaku apabila bintik putih di jangkiti oleh bakteria dan memyebabkan ianya membengkak.

BINTIK HITAM (JERAWAT TERBUKA)
Bintik hitam merupakan jerawat terbuka yang terbentuk apabila kulit mati dan sebum yang tersumbat menjadi padat di dalam folikel dan dinding kulit telah pecah. Bintik hitam akan berlaku apabila liang yang tersumbat ini membesar dan terbenjol keluar dari rongganya. Minyak dan sel kulit menyebabkan kulit kelihatan comot walaupun ia bukan kotoran. Warna pada bintik hitam ini di sebabkan oleh pemgumpulan melanin dalam kulit. Proses pengeringan bintik hitam di permukaan kulit memakan masa yang agak lama berbanding bintik putih.

PAPULES
Berwarna merah, sedikit benjol dan bengkak. Papules selalunya timbul dalam keadaan bengkak dan keras yang besarnya kurang dari 5 milimeter.

PUSTULES
Berbentuk kubah, bengkak seperti papules tetapi lebih sensitif. Ia di sebabkan oleh nanah yang terkumpul akibat dari campuran sel-sel darah putih, kulit mati dan jangkitan bakteria. Nanah yang terkumpul di dalam akne ini boleh kelihatan di dalam kulit. Pustules yang sembuh tanoa bertukar menjadi cysts, biasanya tidak meninggalkan parut.

CYSTS
Cysts adalah benjolan tertutup yang boleh menjadi sebenar manis dan sangat sakit. Ia lebih besar daripada pustules dan terjadi jauh ke dalam lapisan kulit. Ia boleh merosakkan struktur tisu kulit dan menyebabkan parut. Mencuci muka secara berlebihan akan hanya memburukkan keadaan dan melambatkan lagi proses pemulihan kulit.

NODULE
Bila folikel pecah di dasarnya maka terjadi benjolan, radang besar yang sakit bila di sentuh. Nodule biasanya terjadi akibat rangsangan peradangan oleh fragemen rambut.

SINUS
Jenis jerawat paling serius. Sering terdapat di lekukan di sisi hidung, rahang dan leher. Penyembuhan jerawat ini memakan waktu berbulan-bulan, bahkan bertahun. Sinus yang terus harus di tangani dengan pembedahan.




Sertailah bersama kami dalam program 'REZEKI' melalui 'KECANTIKAN'

Langkah Demi Langkah Rawatan JERAWAT

Kepada usahawan kecantikan yang tiada kemahiran dan ingin mempraktikan kemahiran, ikuti langkah demi langkah ini yang boleh dijadikan panduan kepada pelanggan anda samaada dari rumah, secara bergerak dan juga di salon kecantikan.

Perkongsian Asas Ilmu Usahawan Kecantikan. Jom pelajari Langkah Demi Langkah Rawatan Jerawat

Langkah Pertama
Konsultansi. Pelanggan akan diberikan penerangan tentang rawatan yang sesuai.
Langkah Kedua
Solekan pada wajah di bersihkan terlebih dahulu. Kemudian cuci wajah dengan cucian pertama (pra pembersihan dan bilas dengan menggunakan span lembut.




 
Langkah Ketiga
Lanjutkan dengan langkah cucian wajah yang kedua menggunakan pencuci wajah yang bersifat anti bakteria. Ia bagi mengelakkan penumbuhan jerawat baru selain menyingkirkan jerawat lama pada wajah. Bersihkan wajah dengan span lembut sebelum langkah seterusnya.



Langkah Keempat
Langkah seterusnya ialah ‘face mapping’ atau analisa kulit. Penekanan dan penerangan yang sepenuhnya perlu dimaklumkan kepada pelanggan tentang masalah kulit yang di hadapi.




Langkah Kelima
Sapukan skrub khas untuk kulit yang berjerawat. Skrub ini hanya perlu di sapukan sahaja pada bahagian muka dan tidak perlu disental. Jika disental ia akan membiakkan bacteria pada kulit wajah. Biarkan selama 10 minit dan bersihkan dengan menggunakan span lembut.


 
Langkah Keenam
Stimkan wajah selama 10-15 minit bagi membuka pori-pori serta memudahkan proses mebuang black head (bintik hitam), white head (bintik putih) dan jerawat pada wajah.




Langkah Ketujuh
Sapukan krim pada wajah terlebih dahulu dan lanjutkan dengan rawatan menggunakan mesin berfrekuensi tinggi untuk membunuh kuman pada wajah.





Langkah Kelapan
Vakum khas digunakan untuk menyedut bintik hitam dan bintik putih dengan lembut. Rawatan ini tidak menyakitkan.

 
Langkah Kesembilan
Proses memicit jerawat di lakukan untuk tujuan menyingkirkan bintik hitam, bintik putih dan jerawat. Langkah ini dilakukan dengan penuh teliti. Setelah selesai, sapukan antiseptic untuk mengelakkan bakteria merebak pada wajah.




Langkah Kesepuluh
Kemudian rawatan di teruskan dengan pressure point massage khas untuk kulit berjerawat. Proses ini memberi penumpuan kepada lymphatic drainage untuk membuang toksin. Lakukan selama 10 minit.




Langkah Kesebelas
Serum khas disapukan pada wajah untuk mengecutkan jewarat. Urutan dilakukan dengan menggunakan mesin ultra sound. Lakukan selama 5-8 minit.





Langkah Keduabelas
Sapukan pula masker pada wajah yang bertujuan untuk mengecutkan jerawat dan dalam masa yang sama tidak menghilangkan lembapan pada kulit. Biarkan selama 10 minit dan kemudian bersihkan dengan span lembut.




Langkah Ketigabelas
Semburkan toner pada wajah bagi mengembalikan kesegaran kulit wajah.






Langkah Keempatbelas
Akhir sekali, sapukan pelembap dan krim UV agar kulit sentiasa lembap serta melindungi kulit daripada sinaran matahari yang merosakkan kulit wajah.
Sertailah bersama kami dalam program 'REZEKI' melalui 'KECANTIKAN'

Panduan Penjagaan Lingkaran Gelap DiBawah Mata

Panduan dan cara rawatan bagi lingkaran gelap dibawah mata. Sila klik--> Dapatkan langkah demi langkah.

Lingkaran Gelap Bawah Mata, Ketahui Cara Menanganinya
Lingkaran gelap bawah mata memang ‘pemusnah’ kecantikan semulajadi wanita. Wajah yang cantik akan di lihat kusam dan tidak bermaya. Bagaimana agaknya cara terbaik untuk kita mengatasi masalah ini?

Masalah lingkaran hitam bawah mata disebabkan oleh beberapa faktor antaranya pemakanan tidak seimbang dan tekanan. Selain itu, ia juga berlaku apabila kulit sering terdedah pada sinaran ultra lembayung (UV) terlalu lama tanpa sebarang perlindungan di samping factor perubahan usia serta alahan.

Cara MODEN
Sebaik-baiknya gunakan pembersih mata khas untuk mata kerana kulit bawah mata merupakan bahagian paling sensitif berbanding dengan bahagian wajah lain. Selepas membersihkan solekan pada bahagian mata, oleskan krim mata yang akan membantu merawat mata pada malam hari.

Gunakan krim penjagaan mata. Kini terdapat banyak produk rawatan dan penjagaan mata di pasaran yang berupaya membantu mengurangkan atau mungkin juga boleh menghilangkan terus kesan lingkaran hitam berkenaan. Cara sapuan krim juga tidak boleh terlalu agresif dan kuat kerana amalan menyapu sebarang krim pada mata terlalu kuat boleh menyebabkan kulit cepat berkedut dan bergaris.

Penggunaan penutup cela (concealer) dan alas bedak pula hanya penyelesaian sementara dan ia tidak boleh merawat permasalahan lingkaran hitam bawah mata.

Bagi yang inginkan perubahan drastik dan sanggup melabur lebih, rawatan laser adalah rawatan yang paling berkesan dan cepat. Namun jika memilih kaedah rawatan itu pastikan ia dilakukan di pusat rawatan kecantikan bertauliah dan dilakukan oleh doctor pakar dalam bidang berkenaan.

Untuk masalah kantung mata yang membuat mata bengkak, kaedah rawatan pembedahan di belakang kelopak mata boleh di lakukan. Ia bertujuan untuk mengangkat lemak tanpa merosakkan kulit dan otot. Namun rawatan pembedahan sudah pasti ada risiko tersendiri.

Cara TRADISIONAL
Timun_Letakkan hirisan timun di kedua-dua belah mata. Pejamkan mata. Waktu yang paling sesuai ialah pada waktu pagi ataupun ketika mata dalam keadaan tertekan. Lakukan setiap hari selama 10 minit.

Uncang Teh_Biarkan sejuk dan kemudian letakkan di kedua belah mata. Biarkan selama 10 minit. Boleh dilakukan setiap hari.

Ais Kiub_Balutkan ais dengan kain dan kemudian tuamkan di atas mata. Mampu melegakan dan menyegarkan mata yang letih.

Kentang_Untuk merehatkan mata, potong tipis kentang dan letakkan di atas mata selama beberapa minit. Kentang mengandungi enzim dan pigmen pencerah kulit yang juga dapat mengurangkan lingkaran hitam di sekitar mata.

Minyak Sapi_Ambil sedikit minyak sapid an sapukan pada bawah mata perlahan-lahan. Bermula dari kanan ke kiri. Kemudian biarkan 15 hingga 20 minit. Lakukannya pada sebelah malam sebelum hendak tidur.

Tomato_Hiriskan tomato dan tekapkan pada kedua-dua belah mata anda selama beberapa minit. Anda juga boleh tekapkannya semalaman sebelum masuk tidur.
Sertailah bersama kami dalam program 'REZEKI' melalui 'KECANTIKAN'

Langkah Demi Langkah Rawatan Lingkaran Gelap DiBawah Mata

Kepada usahawan kecantikan yang tiada kemahiran dan ingin mempraktikan kemahiran, ikuti langkah demi langkah ini yang boleh dijadikan panduan kepada pelanggan anda samaada dari rumah, secara bergerak dan juga salon kecantikan. .

Untuk itu, fail kecantikan kali ini menyediakan maklumat lebih lengkap tentang rawatan untuk mengatasi masalah lingkaran gelap di bawah mata.

Perkongsian Asas Ilmu Usahawan Kecantikan. Jom pelajari Langkah Demi Langkah Rawatan Lingkaran Gelap Bawah Mata

Langkah Pertama
Bersihkan solekan pada wajah dengan menggunakan pencuci wajah. Gunakan pencuci khas untuk mata ketika membersihkan solekan di bahagian mata. (boleh juga gunakan baby oil)


Langkah Kedua
Urut bahagian mata (teknik urutan mata) dengan menggunakan serum khas untuk mata selama lebih kurang 10 minit. Urutan ini dilanjutkan lagi dengan urutan menghilangkan lingkaran gelap dibawah mata.

Langkah Ketiga
Urutan dibahagian mata di teruskan lagi dengan urutan menggunakan mesin ultrasound. Mesin berfrekuensi ini membantu agar serum meresap dengan lebih cepat dan berkesan. Rawatan ini dilakukan selama lebih kurang 10 minit.



Langkah Keempat
Masker di letakkan di bahagian mata. Masker ini terlebih dahulu disejukkan di dalam peti sejuk untukmmendapatkan hasil yang lebih baik. Kandungan kolagen dan madu di dalam masker ini membantu untuk merawat masalah lingkaran dibawah mata dengan lebih berkesan. Rawatan ini mengambil masa selama 20 minit.



 
Langkah Kelima
Bersihkan wajah dengan span lembut selepas pemakaian masker pada wajah. Kemudian proses seterusnya akan diteruskan.




 
Langkah Keenam
Akhir sekali, sapukan serum mata dan lakukan urutan sekali lagi untuk melegakan mata. Urutan ini dilakukan selama 5 minit.

Sertailah bersama kami dalam program 'REZEKI' melalui 'KECANTIKAN'

Panduan Penjagaan Bibir


PANDUAN PENJAGAAN BIBIR
Sapukan salap bibir (lip balm) yang mengandungi pelindung matahari sebelum memakai gindu. Pilih gincu yang mengandungi SPF ketika melakukan aktiviti di luar rumah. Kulit bibir akan berwarna kemerah-merahan, lebih lembut dan lembap jika di jaga dengan baik dan sering di rawat. Hasilnya bibir akan lebih sihat, menarik dan seksi serta berwarna merah jambu secara semulajadi.

Sebelum tidur sapukan madu lebah pada bibir untuk mendapatkan bibir yang kemerah-merahan dan kekal lembap sepanjang hari.

Elakkan menggigit, menjilat dan menyapu bibir dengan lidah kerana ini hanya akan membuat bibir kering.

Hanya dengan sapuan pengilat bibir, bibir sudah tampak cantik menawan. Sekiranya anda merasakan bentuk bibir kurang sempurna, janganlah berasa rendah diri. Setiap wanita memiliki bentuk bibir yang cantik dan sesuai dengan bentuk wajah masing-masing.

Untuk mendapatkan bibir yang seksi, bukanlah sesukar mana. Hanya teknik solekan yang perlu dipelajari dan warna gincu yang tepat. Walaupun hasilnya sementara, ia pasti memuaskan hati dan memukau mata yang memandang.
Sertailah bersama kami dalam program 'REZEKI' melalui 'KECANTIKAN'

Langkah Demi Langkah Rawatan Lulur Dan Skrub Bibir


Kepada usahawan kecantikan yang tiada kemahiran dan ingin mempraktikan kemahiran rawatan langkah demi langkah dari salon untuk di rumah, boleh pelajari bengkel asas ini. Terapkan kemahiran ini kepada kawan-kawan, sahabat handai, saudara mara serta pelanggan anda.

Cantikkan bibirmu dengan LULUR dan SKRUB
Wanita yang ingin melakukan rawatan bibir di ingatkan supaya mematuhi tiga garis panduan bagi memastikan bibir menjadi lebih feminine dan seksi dan bukannya buruk atau hodoh. Antaranya memastikan bibir bawah sentiasa tebal daripada bibir atas. Sekiranya bibir atas sama tebal dengan bibir bawah, bibir akan menjadi seperti bibir ikan manakala sekiranya bibis atas lebih tebal daripada bibir bawah, ia akan kelihatan pelik dan hodoh.

Secara terperinci, bibir bawah adalah 1.6 kali lebih tebal daripada bibir atas. Secara umumnya, bibir atas sepatutnya kelihatan lebih sedikit ketebalan daripada separuh ketebalan bibir bawah untuk kelihatan semulajadi. Selain itu, bibir tidak sepatutnya kelihatan seperti mencebik apabila dalam keadaan normal. Ia hanya kelihatan mencebik jika anda mencebikkan bibir anda.

Namun semakin usia bertambah, bibir menjadi semakin menipis serta timbulnya kedutan di sekitarnya. Ini kerana bibir memiliki kulit yang sangat nipis. Kurangnya jumlah lipid barrier, kelenjar sebaceous dan melanin yang berfungsi sebagai pelindung serta kesan persekitaran dan gaya hidup menyebabkan kulit bibir mudah kehilangan lembapan, kering dan pecah. Untuk itu, fail kecantikan kali ini menyediakan butiran lanjut tentang rawan yang sesuai mencantikkan bibir.

Perkongsian Asas Ilmu Usahawan Kecantikan. Jom pelajari Langkah Demi Langkah Rawatan Lulur Dan Skrub Bibir

Langkah Pertama
Bersihkan bibir daripada kesan gincu. Pembersih mekap khas untuk bibir di gunakan bagi memastikan gincu dapat dibersihkan selain memastikan tiada sisa-sisa gincu melekat pada bibir. Ia bertujuan untuk memudahkan serta sebagai langkah untuk mendapatkan kesan yang lebih baik.



Langkah Kedua
Sapukan bahan dan lulur ke seluruh bibir dengan menggunakan jari. Biarkan seketika lebih kurang 10 minit atau sehingga pupur kering pada bibir.





Langkah Ketiga
Apabila lulur telah kering, lembabkan jari dan lakukan urutan seperti skrub bagi membuang sel kulit kering dan mati pada bibir. Lakukan secara perlahan-lahan kerana kulit bibir lembut dan sensitive.





Langkah Keempat
Selepas selesai sesi urutan dan skrub pada bibir, bersihkan bibir dengan menggunakan span lembab. Lakukan dengan cermat bagi mengelakkan kecederaan pada kulit bibir.





Langkah Kelima_Salap Bibir
Kemudian keringkan bibir dengan tisu lembut. Langkah terakhir, sapukan salap bibir (lip balm) bagi memastikan kelembapan bibir dapat dikekalkan. Seelok-eloknya kurangkan pemakaian gincu bibir bagi memberi ruang untuk bibir berehat.

Sertailah bersama kami dalam program 'REZEKI' melalui 'KECANTIKAN'

Langkah Demi Langkah Rawatan Tradisional Badan Selepas Berpantang

Kepada usahawan kecantikan yang tiada kemahiran dan ingin mempraktikan kemahiran rawatan langkah demi langkah dari salon untuk di rumah, boleh pelajari bengkel asas ini. Terapkan kemahiran ini kepada kawan-kawan, sahabat handai, saudara mara serta pelanggan anda. 


Rawatan Tradisional untuk cantik selepas berpantang
Amalan tradisional selepas berakhirnya tempoh berpantang perlu dititikberatkan kerana ia dianggap sebagai ‘penutup’untuk rawatan ketika berpantang. Menurut kajian, secara tidak rasmi yang dilakukan jelas menunjukkan bahawa wanita yang merawat diri ketika dalam tempoh berpantang mengakui bahawa tubuh mereka lebih segar, bertenaga dan wajah tampil lebih berseri serta melangkah lebih yakin ketika kembali ke tempat kerja.

Maka sebab itulah wanita memerlukan tempoh untuk ‘bertenang’. Salah satu cara untuk mendapatkan ketenangan jiwa ini dengan melakukan rawatan tradisional yang bukan sahaja menenangkan jiwa tetapi dalam masa yang sama dapat memberi ruang kepada tubuh untuk kembali kepada bentuk sediakala.

Seelok-eloknya rawatan tradisional ini dilakukan selepas kering darah nifas. Bagi wanita yang melahirkan secara normal, mereka boleh memulakan rawatan selepas tamat tempoh berpantang (44 hari). Manakala untuk wanita yang melahirkan secara pembedahan dinasihatkan agar memulakan rawatan selepas tempoh tiga bulan dan dan ke atas. Untuk itu, fail kecantikan kali ini menyediakan maklumat lengkap yang asas mengenai rawatan tradisional badan selepas berpantang.

Perkongsian Asas Ilmu Usahawan Kecantikan. Jom pelajari Langkah Demi Langkah Rawatan Tradisonal Badan Selepas Berpantang

Langkah Pertama_Lulur Tradisional
Lulur ini berfungsi seperti skrub untuk membersihkan badan serta membuang daki-daki di badan. Struktur lulur lebih halus daripada skrub. Lulur ini dirumus dari berbagai rempah ratus termasuklah akar wangi dan juga kunyit. Selain membuang kotoran pada badan, ia juga mampu menghalus dan melembabkan kulit. Rawatan ini mengambil masa selama 40 minit. Bahan Melulur
Langkah Kedua_Sauna
Sauna berfungsi untuk mengeluarkan toksin dari dalam badan melalui perpeluhan. Wap air yang panas mempu mencairkan lemak-lemak pada badan. Di samping itu, campuran garam gunung pada wap air sauna ini baik untuk kulit serta melembutkan kulit. Rawatan ini mengambil masa selama 15 minit. Bahan Sauna


Langkah Ketiga_Urutan Aromaterapi
Urutan aromaterapi seluruh badan mampu melancarkan peredaraan darah sekaligus melegakan tekanan pada tubuh dan memberi ketenangan minda melalui minyak aromaterapi urutan yang digunakan. Rawatan ini mengambil masa selama 60 minit.

 
Langkah Keempat_Mandian Garam Aromaterapi
Selepas urutan seluruh badan dilakukan, langkah seterusnya ialah berendam dengan garam laut beraromaterapi. Antara garam aromaterapi yang digunakan ialah lavender, rose, ginger dan lemon malah ia boleh dipilih mengikut citarasa pelanggan. Berendam garam dengan mandian air suam mampu melonggarkan urat-urat yang ketat akibat keletihan. Ia sekaligus memberi impak positif kepada minda untuk beristirehat secukupnya disamping menjadikan kulit lebih seihat dan badan menjadi    lebih segar. Rawatan ini mengambil masa selama 20 minit.

Langkah Kelima_Tangas
Bertangas amat baik di amalkan oleh semua wanita yang berlum berkhawin dan juga sudah berkhawin. Bertangas mampu mengurangkan keputihan, mengetatkan vagina, mempercepatkan penyembuhan luka jahitan ketika bersalin serta memberikan kesan yang amat selesa kepada organ intim wanita. Ia dirumus dari pelbagai rempah ratus yang kemudiannya dibakar sehingga mengeluarkan asap menerja keseluruh ruang organ intim wanita dengan cara duduk dikerusi khas untuk bertangas. Rawatan ini pula mengambil masa 15 minit.


Langkah Keenam_Losyen Badan
Selepas selesai semua proses di atas, pelanggan akan di sediakan losyen untuk sapuan ke seluruh badan dengan bantuan terapis bagi melembabkan kulit setelah rawatan bertangas.

Langkah Ketujuh_Minuman Teh Halia
Sediakan Herba Teh Halia bagi hidangan pelanggan. Minuman yang baik untuk membuang angin dalam badan, memanaskan badan serta memberikan tenaga kepada pelanggan. Proses ini hanya 10 minit sahaja.
Keseluruhan bagi rawatan mengambil masa 2 jam 40 minit.

Sertailah bersama kami dalam program 'REZEKI' melalui 'KECANTIKAN'

Penjagaan MaMaCare_Menu Sihat



Makan Terbaik Untuk Ibu Berpantang akan menambahkan tenaga. Apabila bergelar ibu, kehidupan anda dengan bayi baru lahir memang memenatkan. Agak sukar untuk mendapatkan rehat dan senaman yang mencukupi. Begitu juga ddengan mengamalkan pemakanan yang baik. Tetapi penting untuk anda menjaga diri. Pilihlah makanan yang sihat dan ikutilah strategi pemakanan yang mudah untuk membantu anda bertenaga sepanjang masa.

Jenis Ikan
-Ibu dalam berpantang dilarang makan ikan masin atau ikan kering kerana makanan tersebut hanya akan menyebabkan darah nifas berbau busuk, cepat kering serta melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental. Ilmu Perbidanan Melayu menggalakkan ibu-ibu untuk makan ikan yang segar, mengelakkan ikan yang berbisa seperti bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang serta parang kerana takut menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim.
-Selain ikan berbisa, jenis ikan yang menyebabkan kegatalan kulit serta menimbulkan reaksi alahan seperti ikan ikan kembung, tamban, cencaru atau tongkol serta makanan laut sepseri udang, sotong, kerang dan lain-lain jugak perlu dielakkan.
-Mengikut Petua Melayu, ikan yang disyorkan dalam pantang bersalin ialah haruan dan yu. Ia dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran. Ikan haruan yang hidup didalam lumpur mengandungi khasiat mineral yang tinggi bagi menyembuhkan luka. Secara tradisi, ikan yu dipercayai dapat membanyakkan susu ibu dan beberapa kajian saintifik turut mendapati perkara tersebut benar.

Ulam-Ulaman
-Terdapat pelbagai jenis ulam tempatan yang mudah diperoleh di mana-mana, antaranya serai, lengkuas, daun/ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia. Ulam-ulaman ini mengandungi serat, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan. Selain ulam diatas, terdapat ulam berkhasiat yang sesuai di makan oleh ibu dalam berpantang, antaranya daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun lemuni hitam, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina, daun kari, daun bebuas dan daun ruku.

Jenis Ayam dan Burung
-Ibu bersalin disyorkan memakan ayam hitam, ayam didik atau ayam selasih yang digaul dengan halia tua, garam kasar dan madu lebah. Ayam ini di kukus dan diambil patinya untuk mengembalikan ketahanan tubuh. Burung puyuh dan merpati juga baik untuk melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam.

Jenis Sayuran dan Buahan
-Ibu bersalin di larang memakan sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin. Antaranya ialah kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, sayur/daun keti (bunga putih), kacang panjang, petola, labu, rebung,, kacang botor, jeruk maman, petai, jering serta terung. Ibu bersalin juga harus mengelakkan minuman bergas, sejuk serta tajam seperti air tebu, cincau, kelapa muda serta buah-buahan seperti nenas, jambu, belimbing, durian belanda, mangga, betik, ciku, langsat, tembikai cina, nangka, cempedak, pisang masak hijau, pisang nangka, pisang embun, pisang udang, ubi kayu, ubi keladi, sengkuang, manggis, macang, kuinin dan binjai. Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.


Menu Sihat_Untuk ibu bersalin / Kurangkan tekanan
Hari/Waktu Makan
Isnin
Selasa
Rabu
Khamis
Jumaat
Sabtu
Ahad
Sarapan Pagi
1 mangkuk sederhana muesli + 2 sudu besar kacang badam + 1 sudu besar biji flax + susu rendah lemak

Smoothie Mangga + 1 cawan yogurt rendah lemak + 3 sudu besar susu soya + ½ cawan mangga + 2 sudu besar oat + 1 sudu teh sirap maple
2 keping roti mil/bijirin penuh + 1 sudu teh jem fig (tanpa gula tambahan_ + ½ cawan strawberi (dihiris) + 1 gelas susu rendah lemak
½ mangkuk besar bubur lambuk (menggunakan daging cincang tanpa lemak dan susu rendah lemak) + 1 telur setengah masak
-1 gelas air suam
1 mangkuk sederhana muesli + 2 sudu besar kacang badam + 1 sudu besar biji flax + susu rendah lemak

4 sudu besar oat direbus bersama ½ biji epal hijau + 1 sudu teh gula perang. -1 gelas susu rendah lemak

1 cawan susu rendah lemak + 2 scoop aiskrim vanila rendah lemak + 1 susu besar kacang badam + 2 biji kurma + 1 sudu besar madu.
-Susu kocak (milkshake)
Makan Tengahari
2 senduk rata nasi putih + 1 cawan sayur hijau berdaun (sawi/  bakchoy/ kailan) + 1 ekor ikan kembung (masak singgang)
-1 gelas jus oren (tanpa gula tambahan)
1 keping roti pita mil penuh + ½ tin tuna (dlm minyak zaitun) + salad (campuran daun salad, tomato ceri, lobak merah, avokado)
-1 gelas air suam
Salad Udang
150g udang besar (direbus) + ½ biji avokado (dipotong tebal) + 3 helai daun salad + 1 sudu besar mayonis rendah lemak + 1 sudu besar keju kambing pasteur (diparut) + 1 sudu teh jus lemon.
-1 gelas air suam
-1 biji buah oren
100g mi udon + 100g salmon salai + ½ cawan taugeh + ½ cawan kubis bulat (dihirs)
-1 gelas jus oren (tanpa gula tambahan)
2 senduk rata nasi perang + ½ ekor ikan siakap (distim) + 1 cawan sayur hijau berdaun (sawi/bak choy/kailan)
-1 gelas air suam’
-1 biji buah oren
2 biji sederhana kentang jaket + ½ cawan ayam rebus + 1 sudu besar mayonis rendah lemak + 1 daun salad (dihiris halus) + 1 sudu teh daun bawang (dihiris halus)
-1 gelas air suam
-1 biji buah epal hijau
1 senduk rata nasi basmati (dicampur 1 sudu teh marjerin) + 1 sudu besar kacang walnut + 2 potong ikan tenggiri (masak kunyit) + 1 sudu besar yogurt rendah lemak dicampur 1/ cawan zukini
Snek Petang
1 pisang emas + 1 sudu besar kismis
1 sudu besar serbuk koko + 1 gelas susu rendah lemak
1 cawan yogurt rendah lemak
1 hidangan minuman segera tinggi serat
1 keping roti rangup (crispbread) + 1 keping keju cheddar
2 keping biskut tinggi serat
½ cawan campuran kacang & buah kering
Makan Malam
120g daging (tanpa lemak dipanggang) + i biji kentang sederhana (dibakar) + 1 cawan sa yuran hijau (direbus)
-1 gelas air suam
2 senduk rata nasi perang + 100g dada ayam (direbus) + campuran sayur paprika merah, paprika kuning, paprika hijau (dibakar)
-1 gelas air suam
-1 biji buah pir
Bihun Sup Ayam
½ paket bihun + 50g dada ayam (direbus) + ½ cawan lobak merah (dihiris) + ½ cawan saderi (dipotong kiub) + ½ cawan tomato (dipotong kiub).
-1 gelas jus campuran epal hijau, oren & saderi
2 senduk rata nasi putih + 2 keping ikan jenahak masak asam rebus + 1 cawan sawi (direbus)
-1 gelas air suam
2 senduk rata nasi putih + 1 senduk kari kentang + 2 senduk sawi goreng di campur ½ cawan ikan bilis.
-1 gelas air suam
2 senduk rata nasi putih + sayur goreng campur (½ cawan putih jagung + ½ cawan brokoli + ½ cawan bunga kubis + ½ cawan cendawan straw + ½ cawan kacang sepat)
-1 gelas air suam
1 cawan spaghetti mil penuh + 1 cawan tomato (dipotong kiub) + 150g daging ayam cincang + 1 sudu besar minyak zaitun


Sertailah bersama kami dalam program 'REZEKI' melalui 'KECANTIKAN'



Segala yang tercatat diatas adalah Hak Milik D'Village Spa N Beauty Academy