PENERANGAN PENGGUNAAN MELULUR WAJAH atau TUBUH (scrub)
Sel kulit kita terus bergenerasi, hanya saja dengan penambahan usia maka regenerasi kulit juga makin lambat, akibatnya sel kulit mati di wajah dan kulit tubuh menjadi menebal. Dengan sel kulit mati yang tidak mengelupas menjadikan penampilan anda tampak kusam dan tidak cerah. Untuk kita ketahui sel kulit mati tidak dapat dihilangkan dengan mandi biasa.
Melakukan scrub wajah dan tubuh secara teratur akan menghasilkan kulit yang halus mulus dan tampak bersih serta cerah berseri. Dengan melakukan scrub yang sebenar dan teratur, dapat mengikis sel kulit mati ketika mandian. Namun demikian formulasi scrub untuk wajah berbeza dengan kulit tubuh.
Sel kulit kita terus bergenerasi, hanya saja dengan penambahan usia maka regenerasi kulit juga makin lambat, akibatnya sel kulit mati di wajah dan kulit tubuh menjadi menebal. Dengan sel kulit mati yang tidak mengelupas menjadikan penampilan anda tampak kusam dan tidak cerah. Untuk kita ketahui sel kulit mati tidak dapat dihilangkan dengan mandi biasa.
Melakukan scrub wajah dan tubuh secara teratur akan menghasilkan kulit yang halus mulus dan tampak bersih serta cerah berseri. Dengan melakukan scrub yang sebenar dan teratur, dapat mengikis sel kulit mati ketika mandian. Namun demikian formulasi scrub untuk wajah berbeza dengan kulit tubuh.
Apakah perbezaan skrub dengan lulur?
Pada asasnya skrub dibezakan kepada dua jenis iaitu granule (butiran) dan tanpa granule (tanpa butiran). Lulur biasanya di perbuat daripada beras yang dicampur dengan bahan semulajadi seperti rempah ratus, the hijau, kopi dan sebagainya. Lulur termasuk dalam kategori skrub jenis granule.
Pentingkah skrub?
Fungsi utama skrub wajah adalah menyingkirkan sel kulit mati dan mengangkat kotoran yang menyumbat pori-pori. Skrub turut membantu kulit mudah ‘bernafas’. Dalam masa yang sama, skrub membantu kulit menyerap nutrisi daripada produk kecantikan seperti krim, losyen, pelembap dan sebagainya. Untuk jangka panjang, kulit sentiasa lembut dan halus.
Pada dasarnya, skrub boleh diaplikasikan untuk semua jenis kulit. Selepas skrub, sebaiknya wajah disapukan krim atau losyen sesuai dengan jenis kulit. Boleh juga memilih skcrub yang mempunyai kebaikan tertentu pada kulit.
Skrub berasaskan betik misalnya membantu melembapkan wajah, teh hijau untuk menyegarkan kulit yang letih dan tomato untuk menjadikan kulit segar. Caranya, sekiranya ingin mengunakan tomato hanya diracik halus dan sental perlahan pada muka kemudian bilas dengan air bersih.
Saat melakukan skrub, pastikan tidak ada luka yang terbuka atau terdapat luka baru. Pastikan juga tidak ada luka terbakar dan penyakit kulit seperti eczema, rosacea dan sebagainya.
Berapa kali harus dilakukan?
Skrub sebaiknya dilakukan dua minggu sekali. Ia sesuai dengan penggantian kulit yang berlaku setiap 14 hingga 21 hari sekali serta keadaan kulit.
Mengapa skrub wajah tidak boleh dipakai untuk tubuh?
Tekstur kulit wajah lebih nipis, lembut serta lebiih sensitive jika dibandingkan dengan kulit tubuh yang tebal dan kasar. Kulit wajah juga lebih sensitif terhadap radikal bebas, debu, kotoran dan kandungan zat aktif yang ada di dalam produk kecantikan. Oleh sebab itu, tidak di cadangkan menggunakan produk skrub yang sama untuk wajah dan tubuh.
PANTANG LARANG SKRUB
Melakukan skrub terlalu kerap terutama untuk anda yang memiliki kulit kering dan sensitif. Lebih baik lakukan dua minggu sekali.
Melakukan skrub pada kulit yang sedang berjerawat. Skrub boleh membuatkan jerawat jadi lebih teruk. Biarkan kulit wajah pulih terlebih dahulu sebelum melakukan rawatan skrub.
Jangan gunakan skrub badan pada kulit wajah. Kulit wajah akan luka dan pedih.
Hindari bahagian mata dan bibir kerana ia sensitif. Untuk menyingkirkan sel kulit mati pada bibir, gunakan skrub khas bagi mengangkat sel kulit mati.
Ketika menggunakan skrub, jangan menekan terlalu kuat. Ia boleh merosakkan kulit atau terjadinya pengelupasan secara paksa.
SKRUB BUATAN SENDIRI_WAJAH
Cuba hasilkan sendiri skrub dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi yang terdapat di rumah anda. Ia seperti berikut :
Skrub wajah untuk kulit berminyak
Penggunaan garam halus dan bijirin gandum menjadi pilihan utama dalam membuat skrub untuk wajah berminyak. Perahan lemon, yogurt dan pelembap wajah yang berbahan dasar air boleh dijadikan sebagai bahan campuran skrub. Haluskan garam yang masih kasar bagi mengelakkan kulit wajah terluka. Bagi anda yang memiliki kulit berminyak, hindari membuat skrub dengan menggunakan gula merah atau kopi.
Skrub wajah untuk kulit kering
Bagi anda yang memiliki kulit kering, gunakan serbuk kopi sebagai skrub. Campuran kopi, gula pasir dan minyak zaitu dapat melembapkan kulit wajah. Gosok skrub dengan cara memutar atau zigzag pada bahagian wajah. Mulakan dari bahagian bawah (dagu) lalu teruskan hingga bahagian atas (dahi). Simpan baki skrub dalam botol dan masukkan kedalam peti sejuk. Boleh digunakan jika perlu.
BAHAN DAN KEBAIKANNYA
Kebaikan Beras Pulut & Beras Pulut Hitam
Beras pulut dan juga beras pulut hitam telah lama digunakan sebagai lulur dari zaman dahulu. Khasiatnya memang telah terbukti untuk memutih, membersihkan dan juga melembutkan kulit. Walaupun begitu, ianya tidak boleh digunakan hari-hari kerana ianya akan menyebabkan lapisan kulit rosak akibat terlalu nipis dan menjadi hitam/lebam apabila terkena pancaran matahari. Tetapi, sekiranya penggunaan nya dibuat 2 minggu atau 3 minggu sekali akan memberikan kulit anda sihat dan bersih serta lembut.
Kebaikan Oatmeal
Oatmeal telah lama digunakan sebagai scrub. Ianya dapat menyerap minyak dan ianya tidak kasar serta lembut pada kulit. Oatmeal mampu menanggalkan sel-sel kulit yang mati secara lembut dan semulajadi.
Kebaikan Almond
Almond juga mempunyai fungsi melembabkan kulit. Ianya juga berfungsi untuk menanggalkan sel-sel kulit yang mati. Kulit yang kering itu akan menjadi lembab dan minyak didalam almond akan dikeluarkan semasa scrub dan mampu memberi/mengeluarkan rasa lembab semulajadi pada wajah/badan.
SKRUB BUATAN SENDIRI_BADAN
Cara dan bahan untuk membuat lulur badan :-
Embunkan atau rendamkan beras semalaman bersama air dan daun pandan. Pastikan tiada seekor pun serangga didalam beras. Selepas itu, hendaklah dikisar beras tersebut bersama bahan-bahan yang di sebut di bawah mengikut kehendak sendiri :-
3 cawan Beras + Halia = angin
3 cawan Beras + Kunyit = Panau
3 cawan Beras + Kulit Limau Sunkist = Liang2 roma terbuka
3 cawan Beras + Lidah buaya = Masalah kulit & lembutkan kulit
TEKNIK DAN PENGGUNAAN SKRUB
A. Berikut adalah teknik dan langkah menggunakan skrub pada wajah:
1) Bersihkan wajah dahulu dengan cleanser (lihat pada artikel “Bagaimana Cara Membersihkan Wajah”). Ambil scrub muka secukupnya, letakan pada telapak tangan anda
2) Letakkan sedikit air pada skrub di telapak tangan anda, lalu sapukan ke wajah anda, gosok secara perlahan dan arah nya selalu melingkar keatas yang bermula :-
--> dari dagu ke pipi bawah
--> dari ujung bibir ke pipi
--> dari ujung hidung ke pipi atas
--> dari dagu ke hidung hingga dahi
--> dan dari tengah dahi ke pelipis
(lakukan arah masing-masing 3x dan secara zigzag)
3) Selesai skrub bilas wajah anda dengan air dingin dahulu kemudian dengan air hangat
4) Dengan menggunakan kedua belah tangan anda (jari jemari) lalu menepuk perlahan-lahan sehingga mengering.
5) Segera lanjutkan perawatan wajah anda dengan Masker wajah.
B. Berikut adalah teknik dan langkah menggunakan skrub pada tubuh:
1) Pastikan anda mengetahui memakai lulur atau sugar scrub
2) Setelah diaplikasikan ke tubuh, gosok secara perlahan dan arah nya selalu melingkar keatas, tahapnya sebagai berikut:
--> dari telapak kaki hinga ke paha
--> dari paha ke punggung (berguna juga untuk mengurangi selulit)
--> keseluruhkan punggung dari bawah keatas
--> dari perut ke atas dada
--> dari telapak tangan ke ketiak
3) Selesai skrub bilas dengan air hangat, agar tubuh terasa lebih segar.
4) Lap tubuh sehingga kering
5) Segera lanjutkan dengan body lotion/body cream, supaya kulit terasa lembab dan lembut.
No comments :
Post a Comment