Barangan yang bernama 'Rokok Resdung' ini digunakan oleh sesetengah pihak dan penggunaannya, tidaklah begitu meluas. Ini kerana ia agak sukar didapati. Malahan, ramai yang kurang arif tentang cara penggunaannya. Ditambah lagi dengan cara pembuatannya yang menjadi 'misteri' kepada kebanyakkan orang.
Sememangnya rokok resdung ini dapat membantu dalam menghilangkan permasalahan resdung dan jerawat. Wap asapnya yang panas dapat melancarkan liang rongga yang tersumbat serta mengeringkan jerawat dengan cepat. Jerawat yang kemerah-merahan yang terkena wap ini, akan mengecut. Wap ini juga bertindak untuk mengeringkan kulit wajah yang sangat berminyak. Namun begitu, ada pihak yang mengatakan apabila menggunakan rokok resdung ini, ulat-ulat resdung akan terkeluar dari rongga muka. Bagi saya, 50% pernyataan itu betul dan 50% salah.
INFO :-
Habuk-habuk kuning yang timbul meliputi muka semasa / selepas melakukan rawatan ini adalah kesan dari lilin ramuan yang membaluti rokok resdung tersebut. Tetapi sekiranya anda perhatikan betul-betul, akan ada benda-benda halus seperti bulu roma disebalik lapisan habuk kuning itu. Untuk lebih jelas lagi, perhatikan dibahagian tengkuk selepas rawatan ini selesai dilakukan. Akan terkeluar begitu banyak bulu-bulu halus yang rapuh sedangkan rawatan tidakdilakukan pada bahagian tengkuk! Sememangnya itu adalah ulat resdung yang mati kepanasan lalu terkeluar dari sarangnya. Oleh kerana rokok resdung menggunakan bahan yang panas, ia tidak keluar hidup.
Gambarajah disebelah menunjukkan bagaimana rawatan menggunakan rokok resdung dilakukan :-
Baiklah, kita ungkapkan semula dengan lebih teratur dan terperinci. Sekiranya anda :-
- Merasa gatal di kelopak mata dan disetiap kali bangun tidur mengeluarkan tahi mata kuning yang seakan nanah
- Merasa gatal di bibir selepas memakan makanan tertentu (seperti durian, rambutan atau makanan laut)
- Merasa gatal di bahagian lelangit terutamanya dibahagian celah gigi
- Sentiasa bersin yang menjerumuskan kepada keadaan susah untuk dikawal
- Batang hidung gatal seolah-olah ada 'sesuatu' yang sedang bersarang dengan kukuhnya di situ
- Tekak merasa sakit dan tajam terutama di waktu bersin
- Bahagian dalaman telinga merasa gatal dan adakalanya tersumbat
- Jerawat degil timbul yang boleh mengakibatkan parut hodoh dan merunsingkan
Sememangnya rokok resdung ini amat berkesan bagi merawat masalah resdung yang kronik tetapi; kebanyakkan pusat rawatan tidak menjual rokok resdung ini. Selalunya mereka mengenakan bayaran diantara RM30.00 hingga RM40.00 setiap kali rawatan. Itu harga paling murah. Ada pusat rawatan yang mengenakan hingga RM60 disetiap kali rawatan dan berpandukan kepada rawatan wajah. Dan adanya harga sebegitu di kenakan dengan hanya menggunakan sebanyak 3-4 batang saja rokok resdung yang bersaiz sederhana. Di kedai perubatan tradisional pula, amat sukar didapati. Kalau ada sekalipun, saiznya sangat kecil dan dijual dengan harga yang agak mahal. Tetapi anda tidak boleh menuding jari menyalahkan mereka sepenuhnya kerana bahan resdung yang berkualiti elok ternyata dan amat susah didapati.
Berita baik untuk anda kerana :-
Di dalam manual saya, saya akan dedahkan bagaimana anda boleh mendapat bekalan rokok resdung yang berkualiti bagus dan mampu merawat dengan berkesan dengan cara mengeluarkan aliran asap mengikut kadar yang diperlukan (penting). Ikuti bengkel Rawatan Resdung kami. Anda juga akan mempelajari cara dan bagaimana untuk anda menggunakan rokok resdung ini. Di manakah struktur wajah paling tepat untuk ditujukan wap asap supaya anda tidak membazir menggunakannya begitu saja.
No comments :
Post a Comment