Kalendar 2024



Kosmetologi atau Estetika.

Apabila anda berfikir tentang menghadiri Kursus Kecantikan, kemungkinan kosmetologi dan estetika adalah dua program pertama yang terlintas dalam fikiran. Ada sebab yang baik untuk anda berfikir begitu! Menurut Biro Statistik Tenaga Kerja, kerjaya dalam bidang kosmetologi dan estetika telah berkembang merata lebih cepat sejak tahun 2018. Ramai pelajar/peserta kami yang berpotensi tertanya-tanya apa perbezaan antara kosmetologi dan estetika. Walaupun terdapat beberapa persamaan antara apa yang dilakukan oleh ahli kosmetik dan apa yang dilakukan oleh pakar kecantikan, bidang ini sebenarnya sangat berbeza. Tetapkan diri anda sebagai pakar kosmetologi atau pakar estetika bagi menonjolkan kecantikan untuk orang lain. Tenaga pengajar yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun di D'Village Spa Beauty Academy sedia membantu anda mengasah teknik anda dan belajar bagaimana mengubah minat anda menjadi sumber pencarian yang bermanfaat. Temui pelbagai keistimewaan akademi kecantikan kami di Taman Cheng, Baru Melaka, Malaysia hari ini. MELANGKAUI PERMULAAN DENGAN ASAS Lihat apa yang boleh anda lakukan dengan mengikuti kursus kecantikan dari D'Village Spa Beauty Academy. Sama ada matlamat anda adalah memiliki salun atau melakukan rawatan spa di resort, mencari kerjaya dalam bidang kecantikan yang anda gemari semuanya bermula dengan program yang lengkap. Bekerja dengan spa berkualiti tinggi atau produk salun, pelajar perlu memperoleh kemahiran teknikal dan Sijil Pencapaian untuk menjadi seorang profesional berlesen. Anda akan mengikuti kursus di kelas, bekerja pada pelanggan dan banyak lagi. Sekiranya anda tidak pasti program mana yang harus diikuti, teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perbezaannya! Sila baca mengenai KOSMETOLOGI dan ESTETIKA
Hetalia: Axis Powers - Taiwan

Penjagaan AM Mamacare_Bertungku dan Bengkung

1. BERTUNGKU DAN BENGKUNG
Memperolehi badan yang sihat dan langsing seperti sedia kala menjadi idaman wanita yang baru saja melahirkan anak. Namun ada wanita beranggapan proses berpantang selama 44 hari adalah tempoh masa yang amat membosankan. Begitupun bagi ibu yang tahu akan rahsia berpantang, akan menggunakan masa sebaiknya serta menjaga tingkah laku, makan, minum serta amalan tradisional mengikut warisan pusaka nenek moyang bagi mengembalikan kecantikan dan kesihatan diri luar dan dalam.

Amalan berpantang mempunyai banyak kebaikan bukan saja kepada ibu, malah bayi yang baru dilahirkan. Ini kerana wanita bersalin memerlukan sokongan serta bimbingan dari segi emosi dan fizikal kerana kehilangan banyak tenaga ketika proses bersalin, sekali gus menyembuhkan luka dan kesakitan selepas bersalin.

Justeru, ibu dinasihatkan mengamalkan pemakaian bengkung, bertungku dan mandi herba secara eksklusif dalam tempoh tertentu sekiranya ingin kembali sihat, langsing serta cergas.

a) Apakah Bengkung
Bengkung berfungsi untuk mengelakkan kemasukan angin sejuk pada liang perut serta memudahkan pengeluaran angin panas dan kotor menerusi ikatan barut dan ubat yang sempurna. Bengkung juga digunakan untuk membantu mengempiskan perut dan bahagian berlemak yang terdapat pada paha dan punggung.

Pemakaian bengkung yang kemas dan ketat membantu mengembalikan bentuk badan dengan cepat serta mengekalkan posisi yang baik terutama bagi ibu yang menyusukan bayi mereka.

b) Apakah Bertungku
Selain bengkung, bertungku adalah amalan tradisional yang penting ketika berpantang. Biasanya tungku diperbuat daripada besi sebesar botol 500 mililiter dan beratnya kira-kira 1.5 kilogram. Bertungku juga tidak semestinya menggunakan besi kerana batu sungai atau anak lesung juga boleh digunakan. Ini kerana kesan bertungku bukan terletak kepada beratnya, tetapi tahap kepanasan yang dapat meresap hingga ke dalam tubuh.

CARA BERTUNGKU
- Sebelum bertungku besi atau bertungku batu, tungku perlu dipanaskan terlebih dulu selama satu jam di atas api sederhana. Kemudian tungku di balut dengan kain cita yang sudah di lapik daun mengkudu. Jika daun mengkudu tiada boleh diganti daun sirih atau daun lengkuas. Kesan panas daripada tungku akan meresap ke dalam daun, sekali gus merawat bahagian badan ketika proses bertungku.

Proses bertungku dilakukan sambil berbaring dan tungku ditekan perlahan-lahan pada sekitar pangkal paha, berhampiran ari-ari (bawah pusat dan di atas perut iaitu bawah payudara). Untuk kesan tungku yang lebih baik tapak kaki serta tumit juga perlu ditungku.

KEBAIKAN BERTUNGKU
Bertungku amat penting kerana dapat menghangatkan badan ibu, membuang angin, mengecutkan urat yang kembang serta memperbetulkan serta melancarkan perjalanan darah. Sekali gus merawat bahagian badan ketika proses bertungku ini menyebabkan kesan panas daripada tungku yang meresap ke dalam daun.Biasanya darah nifas mengalir lebih lancar selepas bertungku. Justeru, bertungku ada kalanya diteruskan hingga keluar darah terakhir berwarna seakan-akan putih keperangan atau dipanggil darah meroyan. Jika ibu rajin bertungku, ia boleh diteruskan hingga habis pantang.

Tips.1 :-
Selepas bertungku, bagi mengembalikan kesegaran badan, wanita digalakkan berurut selama tiga hari berturut-turut pada setiap pagi sebelum mandi. Ini dilakukan seminggu selepas bersalin dan diteruskan pada penghujung pantang iaitu hari ke-42, 43 dan 44 diikuti pada hari ke-60 dan ke-100 selepas berpantang.

Sebaiknya mulakan urutan pada sebelah pagi menggunakan minyak angin seperti serai wangi atau kayu putih selama satu jam atau lebih.

Urut bertujuan memulihkan kesegaran badan, melancarkan peredaran darah, membuang angin, membetulkan urat, memperkemaskan bahagian perut dan mempercepatkan pengeluaran darah nifas serta kotoran. Berurut juga membantu membanyakkan susu ibu dalam tempoh berpantang

Tips.2 :-
Wanita bersalin digalakkan mandi menggunakan air rebusan daun kunyit, lenggundi, secerek, pandan, lengkuas, serai wangi, pisang kelat, capa, inai, bebuas, mengkudu dan rempah halba untuk membuang angin, menyegarkan urat, memulihkan tenaga, menghilangkan bau badan, membantu melancarkan pengeluaran susu ibu serta mengatasi masalah kebas dan sengal tulang.

Info :-
- Tungku terbahagi kepada beberapa jenis. Antaranya tungku pasir, tungku besi, tungku garam, tungku buah mengkudu, tungku abu, tungku bijirin dan tungku bawang putih.
- Antara bahan-bahan herba yang digunakan untuk bertungku ialah daun mengkudu, bonglai, jerangau, cekur dan halia bara. - Selain itu, bahan-bahan lain yang digunakan termasuklah bawang putih, lada hitam, lada ekor, cabai kering, bunga lawang, serai wangi dan daun kantan.
- Bertungku untuk ibu-ibu selepas bersalin membantu mengecut dan membaiki sistem peranakan, melembutkan urat-urat dan melancarkan pengaliran darah.

Tungku batu
Tungku batu




























Tungku bunjut


















Tungku elektrik (moden)


Sertailah bersama kami dalam program 'REZEKI' melalui 'KECANTIKAN'

No comments :



Segala yang tercatat diatas adalah Hak Milik D'Village Spa N Beauty Academy