Kalendar 2022



Kosmetologi atau Estetika.

Apabila anda berfikir tentang menghadiri Kursus Kecantikan, kemungkinan kosmetologi dan estetika adalah dua program pertama yang terlintas dalam fikiran. Ada sebab yang baik untuk anda berfikir begitu! Menurut Biro Statistik Tenaga Kerja, kerjaya dalam bidang kosmetologi dan estetika telah berkembang merata lebih cepat sejak tahun 2018. Ramai pelajar/peserta kami yang berpotensi tertanya-tanya apa perbezaan antara kosmetologi dan estetika. Walaupun terdapat beberapa persamaan antara apa yang dilakukan oleh ahli kosmetik dan apa yang dilakukan oleh pakar kecantikan, bidang ini sebenarnya sangat berbeza. Tetapkan diri anda sebagai pakar kosmetologi atau pakar estetika bagi menonjolkan kecantikan untuk orang lain. Tenaga pengajar yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun di D'Village Spa Beauty Academy sedia membantu anda mengasah teknik anda dan belajar bagaimana mengubah minat anda menjadi sumber pencarian yang bermanfaat. Temui pelbagai keistimewaan akademi kecantikan kami di Taman Cheng, Baru Melaka, Malaysia hari ini. MELANGKAUI PERMULAAN DENGAN ASAS Lihat apa yang boleh anda lakukan dengan mengikuti kursus kecantikan dari D'Village Spa Beauty Academy. Sama ada matlamat anda adalah memiliki salun atau melakukan rawatan spa di resort, mencari kerjaya dalam bidang kecantikan yang anda gemari semuanya bermula dengan program yang lengkap. Bekerja dengan spa berkualiti tinggi atau produk salun, pelajar perlu memperoleh kemahiran teknikal dan Sijil Pencapaian untuk menjadi seorang profesional berlesen. Anda akan mengikuti kursus di kelas, bekerja pada pelanggan dan banyak lagi. Sekiranya anda tidak pasti program mana yang harus diikuti, teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perbezaannya! Sila baca mengenai KOSMETOLOGI dan ESTETIKA
Hetalia: Axis Powers - Taiwan

Penjagaan AM Mamacare_Bertangas

1. APAKAH YANG KITA FAHAMI DENGAN BERTANGAS
Bertangas sebenarnya adalah mandi wap. Namun begitu, ramai yang tidak pasti untuk apa keperluan bertangas. Bertangas juga bukan terhad kepada wanita sahaja dan juga bukan untuk kaum Melayu sahaja. Bertangas hanya untuk wanita serta bagus dilakukan setiap kali selepas bersalin dan selepas haid. Mungkin ramai yang sangka ia hanya untuk selepas pantang bersalin, namun sebenarnya bagus untuk setiap kali selepas haid. Bertangas akan mengeluarkan peluh dan menyebabkan toksin keluar daripada badan. Bagi ibu bersalin, ia juga dapat membantu proses penyembuhan dan kemutan faraj dan rahim. Rawatan bertangas terdapat dalam pelbagai cara dan ramuan. Biasanya terdapat dalam dua jenis iaitu bertangas kering dan basah.

a) Bertangas kering juga dikenali sebagai bertangas herba. Ianya hanya menggunakan batu sungai yang dipanaskan dan diletakkan ramuan tertentu. Rawatan ini dilakukan selepas hari ke-30 bersalin selama 10 hari berturut-turut apabila darah nifas telah kering. Rawatan ini dipercayai dapat mengeluarkan sisa toksin dan merawat luka. Jika selepas haid, boleh dilakukan selepas hari keenam, selama tiga ke tujuh hari.

b) Bertangas basah pula menggunakan ramuan rempah ratus dan herba yang direbus. Untuk mereka yang berpantang bersalin, mulakan rawatan selepas hari ke-40 iaitu selepas tangas kering dan dilakukan sehingga 100 hari. Untuk selepas haid, dilakukan selepas darah kering juga. Amalan ini dipercayai dapat menghasilkan daya kelembapan kulit yang mantap di bahagian alat sulit. Rawatan ini juga dapat mengelakkan kelesuan kulit dan bau badan. Ketika melakukan rawatan bertangas basah, boleh amalkan senaman kemutan otot rahim atau Kegel Exercise untuk kekuatan otot faraj dan rahim.

2. CARA ASAS UNTUK BERTANGAS
- Bertangas dibuat dengan menyelubungi seluruh badan dengan kain dari paras leher ke paras lantai agar wap tangas menyeluruh kena pada badan.
- Proses rawatan bertangas secara tradisional adalah dengan memasukkan air panas yang dicampurkan sedikit dengan air sejuk untuk mengelakkan kecederaan ke dalam besen yang besar serta dicampurkan ramuan-ramuan herba yang telah dibersihkan seperti buah manjakani, asam keping, daun sirih, daun kunyit, halia merah, daun mengkudu, buah pala serta sedikit garam dan bermacam-macam lagi sumber asli yang kebanyakannya boleh didapati di dapur masing-masing.
- Setelah dibiarkan beberapa minit, wanita yang akan menjalani rawatan bertangas akan masuk dan duduk di dalam besen tersebut supaya air campuran herba mengenai bahagian sulit mereka. Di samping itu, mereka boleh menggosok bahagian sulit dengan air campuran herba tersebut untuk kesan yang lebih baik.
- Proses rawatan ini biasanya dilakukan dalam masa 20 hingga 30 minit mengikut kehendak individu dan elok dilakukan sekerap dua kali sebulan atau seminggu sekali.

3. KEBAIKAN BERTANGAS
Campuran herba tersebut dipercayai mengandungi banyak khasiat dan kelebihan tersendiri contohnya buah manjakani boleh mengetatkan faraj, daun sirih untuk menyembuhkan luka-luka kecil manakala buah pala dapat menghindarkan bau yang tidak menyenangkan pada alat sulit serta boleh memberi kesan yang maksimum kepada hubungan seksual pasangan suami isteri.
MurahSememangnya rawatan ini adalah mudah, murah dan boleh dilakukan sendiri di rumah tanpa mengeluarkan belanja besar serta mengambil masa yang lama.

Namun wanita moden sekarang ramai yang terlalu sibuk dengan kerjaya sehingga mengabaikan rawatan dalaman ini yang boleh membawa kesejahteraan rumahtangga dan kesihatan serta kebersihan diri. Sememangnya wanita tidak perlu risau melakukannya kerana kebanyakan spa yang terdapat di Malaysia ada menyediakan rawatan bertangas dengan cara yang sedikit berbeza malah lebih selesa iaitu diletakkan di dalam alat mandi wap kanvas dan diletakkan serbuk herba tersebut yang telah dikisar atau di mesin halus ke dalam periuk kukusan elektrik yang tersedia di dalam kanvas tersebut. Ia cepat dan mudah untuk digunakan. Proses rawatannya juga hanya 20 hingga 30 minit.

Justeru rawatan tradisional ini masih boleh diamalkan walaupun zaman sudah berubah. Sebagai wanita mungkin anda boleh mencubanya jika anda berkemampuan dan berkelapangan.

Untuk makluman kami akan mengadakan bengkel MAMACare iaitu Bengkel Selepas Bersalin.

Tangas Kering
Tangas Basah_wap
Tangas Basah_wap
Tangas Kering
Bahan-bahan bertangas
Bahan-bahan bertangas

Sertailah bersama kami dalam program 'REZEKI' melalui 'KECANTIKAN'

2 comments :

Anonymous said...

Assalamualaikum admin. tumpang tanya. khidmat tangas utk yg bukan bersalin ade buat ke? utk rawat keputihan? berapa ye khidmat tangas?

D Village Spa Beauty Academy Melaka said...

Wsalam, maaf kerana kelewatan kami membalas comment cik/puan.
Walaubagaimanapun khidmat tangas kami berharga RM30.00 sahaja. Mengunakan rempah ratus yang bersih, selamat, suci dan halal kandungan dari resepi zaman dulu kala.



Segala yang tercatat diatas adalah Hak Milik D'Village Spa N Beauty Academy