Sebelum mempelajari cara membuat jamu bancuh iaitu jamu telur, jamu rempah, minuman akar kayu, apa kata kita lihat dulu bahan-bahan yang chegu gunakan semasa membuat jamu. Tak guna kita copy paste resepi orang lain tetapi hasilnya tidak menjadi kerana kita tidak menghayati hasil tersendiri dengan mengetahui aroma sebenar herba, rempa ratus, bungaan dan akar kayu tersebut.
Kita sering kali mengunakan produk herba dan rempah ratus dalam masakan seharian kita. Namun kita sendiri akui adakalanya kita juga tidak dapat membezakan yang mana satu herba, rempah, bungaan, dan akar kayu. Seperti juga chegu yang sentiasa belajar cara membancuh resepi terbaru jamu-jamu mengikut permintaan dan kesesuaian pada diri pelanggan.
Rempah Ratus, Herba, Bungaan, Akar Kayu adalah bahan yang diambil dari tumbuh-tumbuhan yang mempunyai pelbagai kebaikan terutamanya dari segi khasiat makanan, perubatan dan bauannya.
Jadi, apa kata kali ini chegu ajarkan asas dulu Pengenalan Herba, Rempah Ratus, Bungaan, Akar Kayu yang biasa chegu gunakan untuk membuat jamu. Kita tambahkan ilmu pengetahuan asas pengenalan herba dan rempah ratus dan 1 tatacara membuat Jamu Telur untuk para wanita.
BAB 1-Pengenalan
Bahan-Bahan yang chegu akan pilih dan digunakan apabila membuat jamu rempah untuk wanita berpantang dan sebagainya mengikut sukatan.
🌿 Ketumbar Bulat
🌿 Bunga Cengkih
🌿 Bunga Lawang
🌿 Halba
🌿 Biji Sawi
🌿 Kadukai Kecil
🌿 Lada Putih
🌿 Lada Hitam Berekor
🌿 Lada Pedas
🌿 Jintan Manis
🌿 Jintan Putih
🌿 Jintan Hitam
🌿 Jemuju
🌿 Kaskas
🌿 Cabai Bunga Sireh
🌿 Cabai Pintal
🌿Ganda Tapli
🌿 Tahi Angin
🌿 Kulit Kayu Manis Ceylon
🌿 Kulit Masuwi
🌿 Kayu Sepang
🌿 Kayu Candan
🌿 Kayu Kelembak
🌿 Halia Kering
🌿 Cekor
🌿 Biji Kedaung
🌿 Temu Lawak
🌿 Kunyit Kering
🌿 Buah Pelaga
🌿 Buah Kelici
🌿 Daun Cina Makki
🌿 Jeringau
🌿 Buah Pala
🌿 Ubi Ganti
🌿 Kulit Puchuk
🌿 Manjakani
🌿 Kulit Serapat
🌿 Cucur Atap
🌿 Kayu Geharu
🌿 Kayu Tahi
🌿 Suduayah
🌿 Manjalawai
🌿 Halia
🌿 Serai
🌿 Bawang Putih
Herba segar boleh didapati di Tesco atau boleh gunakan yang sudah dikeringkan:-
🌿 Daun Rosemary
🌿 Daun Lemon Balm
🌿 Daun Bee Balm
🌿 Daun Oregano
🌿 Daun Peppermint
🌿 Daun Thyme
🌿 Daun Sage
🌿 Daun Basil
🌿 Daun Chives
🌿 Daun Ketumbar
🌿 Daun Parsley
🌿 Daun Lavender
Antara lain :-
🌿 Lemon
🌿 Madu
🌿 Kuning Telur
Resepi 1_Jamu bancuh/Jamu telur
Sesuai diminum oleh para wanita dan ibu selepas bersalin. Boleh di amalkan 2 kali seminggu atau 4 kali sebulan. Selamat mencuba
Bahan-bahannya :-
🌿 1 helai daun sireh (kalau boleh yang bertemu urat)
🌿 5 helai kelopak bunga ros (tahukan anda kelopak Bunga ros boleh dimakan? Jawaban : BOLEH makan putik bunga ros tersebut)
🌿 3cm Cekur
🌿 3cm Halia
🌿 3cm Ibu Kunyit
🌿 3 batang serai (kalau terdapat akarnya lagi bagus)
🌿 1 biji lemon dipotong 3 secara menegak dan diperah airnya dan masukkan kedalam bekas lain (jangan gunakan limau nipis atau limau purut)
🌿 1 biji telur ayam kampung (ambil kuning telur sahaja. Putih telur diasingkan dahulu)
🌿 1 mug air panas
🌿 Garam jantan secubit rasa
🌿 Lada hitam secubit rasa (perlu dikisar terlebih dahulu)
🌿 5 sudu madu (bukan madu 3 tuh yer... hehehe)
🌿 Daun Mint bahagian pucuk atau 3 helai daun mint (samaada kowang nk guna Lemon Balm, Peppermint, Apple mint, Spearmint. Cari salah satu. Tetapi chegu lebih suka menggunakan Lemon Balm sbb senang nak cari hanya dibelakang rumah sahaja)
🌿 Mesin Pengisar
Cara Penyediaan :-
🍵 Masukkan bahan seperti daun sireh, kelopak bunga ros, cekur, halia, ibu kunyit, serai, 3 helai daun mint, garam jantan dan 1 mug air panas ke dalam mesin pengisar.
🍵 Kisar bahan sehingga lumat. Kemudian tapis bahan yang dikisar kedalam mangkuk. (hampas jangan dibuang)
🍵 Kemudian bahan yang berada didalam mangkuk tadi, tuangkan kedalam mug yang besar sedikit.
🍵 Masukkan kuning telur, perahan air lemon, madu, lada hitam (*buah tin + habbatus sauda jika ada) ke dalam bahan tersebut kedalam mug dan dikacau mengikut lawan jam
🍵 Petik pucuk Lemon Balm letakkan kedalam Mug dan sedia untuk di minum
Nota : bahan-bahan hampas yang dikisar tadi jangan dibuang. Masukkan hampas dan putih telur ke dalam mangkuk. Gaul rata untuk dijadikan masker pada payu dara.
No comments :
Post a Comment