Kulit dibahagikan kepada 3 lapisan yang utama iaitu :-
a) EPIDERMIS
b) DERMIS
c) HIPODERMIS
3. STRUKTUR KULIT
Dalam mempelajari cara melindungi dan memelihara kulit, anda perlu mempunyai beberapa pengetahuan asas mengenai struktur kulit.
a. Kulit terdiri daripada 3 lapisan iaitu subdermis, dermis dan epidermis dengan jumlah kedalaman kira-kira 1/20 dari 1 inci. Setiap lapisan memainkan peranan penting dalam memelihara kesihatan kulit.
b. Subdermis adalah lapisan tisu lemak yang terletak dibawah kulit.
c. Dermis adalah lapisan tengah kulit. Ia mengandungi kolagen, iaitu super-protein badan yang memberikan kulit sifat kenyal dan elastik supaya lebih fleksibel dan tahan lama. Dermis juga mengandungi kapilari darah, saraf, folikel rambut, kelenjar peluh dan kelenjar sebum (minyak).
d. Epidermis merupakan lapisan atas kulit. Ketebalan ialah 1/250 dari 1 inci dan menjalankan fungsi pembaharuan sel untuk menggantikan sel-sel mati.
4. PROSES TUMBESARAN KULIT
a. Sel kulit baru terbentuk dibahagian dasar epidermis dan bergerak ke atas perlahan-lahan, hilang kelembapan dan meleper keluar.
b. Sel permukaan yang leper ini setebal 20 lapisan sel dan membentuk stratum korneum. Permukaan nipis ini amat pentingkerana ia menolong mencegah kehilangan kelembapan dan melindungi kulit dari ancaman persekitaran serta melindungi sel dalaman organ badan. Peluh dan sebum menyebar diatas permukaan
kulit dan membentuk lapisan perlindungan tambahan. Inilah lapisan sel yang kita rawati dan hidratkan.
c. Sel pada permukaan kulit akan sentiasa disingkirkan untuk membolehkan penggantian sel berlaku. Seluruh proses ini mengambil masa 2 hingga 3 minggu untuk kulit muda dan lebih kurang 2 kali lebih lama bagi kulit matang. Semakin lama maka semakin banyak kelembapan akan hilang dari kulit.
5. MENGENAI EPIDERMIS
- Memainkan peranan yang paling penting dalam bidang kecantikan
- Lapisan kulit yang dapat dilihat dan disentuh.
- Tidak mengandungi pembuluh darah tetapi mempunyai hujung saraf.
- Dibahagikan kepada 5 lapisan yang utama :-
a. Stratum Korneum
b. Stratum Lusidum
c. Stratum Granulosum
d. Stratum Spinosum
e. Stratum Germinativum
a. Stratum Korneum
- Mempunyai 20-30 lapisan sel kulit mati
- Sel mati akan disingkirkan dan digantikan oleh sel baru dari lapisan bawah oleh proses migrasi.
- 30 hari diperlukan untuk proses migrasi/metabolisme.
b. Stratum Germinativum
- Lapisan epidermis yang paling dalam
- Merupakan kilang melahirkan sel-sel baru melalui proses MITOSIS
- Mengandungi MELANIN yang memberi warna kepada kulit.
6. MENGENAI DERMIS
- Berada dibawah lapisan Stratum Germinativum.
- Dikenali sebagai kulit sebenar
- Mengandungi elastin dan kolegen untuk mengekalkan kandungan dalam kulit.
7. MENGENAI HIPODERMIS
- Berada dibawah lapisan Dermis yang terdiri daripada tisu-tisu lemak.
- Merupakan lapisan pemisahan dan menyimpan lemak.
- Memberi kelembutan dan kontur kepada badan
- Membekalkan tenaga
8. APAKAH ITU LIANG KULIT?
Liang kulit adalah bukaan pada permukaan kulit dimana rambut akan tumbuh dan minyak dari kelenjar minyak mengalir ke permukaan. Saiz sesuatu liang adalah berkadaran dengan saiz kelenjar minyak
dibawah kulit.
Bolehkah saiz liang di kecilkan?
Tidak terdapat sebarang cara untuk mengecut atau mengecilkan saiz liang. Liang yang besar menunjukkan terdapatnya kelenjar minyak yang besar dibawah permukaan kulit. Namun, liang kulit boleh kelihatan lebih kecil melalui penjagaan kulit tertentu dengan teknik penjagaan kulit yang menyingkirkan minyak dari permukaan kulit. Apabila sel permukaan kulit telah bebas dari minyak berlebihan, liang kulit akan kelihatan lebih kecil.
Apakah yang menyebabkan liang kulit tersumbat?
Bahagian dalam liang (folikel) terdiri dari lapisan sel epidermis yang sentiasa luruh seperti sel pada permukaan epidermis. Bagi folikel normal, sel akan bergerak ke permukaan dan disingkirkan.
Namun, bagi orang yang liang kulitnya tersumbat, sel-sel mati akan terbentuk di bahagian dalam folikel. Sel-sel dalam folikel akan bergabung dengan minyak berlebihan dan tidak akan disingkirkan. Apabila semakin banyak sel-sel ini dikumpulkan, ianya akan membuatkan liang-liang kulit tersumbat.
Kawasan kulit muka yang sering tersumbat adalah kawasan yang paling berminyak iaitu hidung, dahi dan dagu. Disini, sel-sel mati bercampur dengan minyak berlebihan lalu menyumbat folikel. Pengeluaran minyak berlebihan adalah ciri-ciri perwarisan (genetik). Penjagaan kulit yang berkesan akan mengurangkan kesan berlebihan pada permukaan kulit.
9. JERAWAT
Jerawat terjadi apabila liang tersumbat. Ia boleh terjadi pada sebarang peringkat umur. Minyak akan terhasil di dalam liang dan mengakibatkan kerosakan folikel dan jangkitan kuman lalu menghasilkan jerawat.
Nota : Seseorang yang mengalami masaalah jerawat yang serius perlu mendapatkan rawatan daripada pakar kulit.
10. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
Kesihatan kulit kita bergantung kepada banyak faktor. Sebahagian dari faktor-faktor ini boleh dikawal manakala sebahagian yang lain tidak boleh dikawal.
Faktor Luar Kawalan
a) Penuaan Semulajadi
Sepanjang hayat kita, perubahan semulajadi berlaku dalam kimia badan dan mempengaruhi fungsi dan penampilan kulit.
b) Kanak-Kanak
Kulit yang lembut dan tidak cacat
c) Remaja
Paras hormon berubah, peningkatan dalam pengeluaran kelenjar minyak dan pra-deposisi genetik menjadikan kulit terdedah kepada kecacatan.
d) Dewasa
Kelenjar minyak semakin kurang aktif, lantas kulit menjadi semakin kering dan sukar mengalami kecacatan. Kulit mulai hilang kekenyalan serta mengakibatkan terhasilnya garis-garis halus dan kedutan
e) Selepas Putus Haid
Terjadinya perubahan paras hormon yang menghentikan proses penggantian semula sel dan mengurangkan penghasilan protein kolegen. Ini menjadikan kulit lebih kering dan mudah terjejas serta kelihatan kendur dan berkedut.
f) Cahaya Matahari
Antara faktor persekitaran yang paling merosakkan. Sinaran matahari merangsang pengeluaran vitamin D, menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri. Namun pendedahan berterusan terhadap sinaran ultra ungu akan mengeringkan, merosakkan dan mengedutkan kulit
g) Kelembapan
Paras kelembapan yang kurang akan menghilangkan kelembapan asas kulit. Kelembapan yang tinggi pula memaksa kelenjar peluh bekerja keras sehingga kulit terasa berminyak. Walaupun kulit terasa berminyak dalam cuaca panas dan lembap, ia masih memerlukan pelembapan untuk melindungi dari kesan pengeringan cahaya matahari. Oleh itu, kulit perlu dicuci selalu untuk memastikan kebersihannya.

No comments :
Post a Comment