Kalendar 2022



Kosmetologi atau Estetika.

Apabila anda berfikir tentang menghadiri Kursus Kecantikan, kemungkinan kosmetologi dan estetika adalah dua program pertama yang terlintas dalam fikiran. Ada sebab yang baik untuk anda berfikir begitu! Menurut Biro Statistik Tenaga Kerja, kerjaya dalam bidang kosmetologi dan estetika telah berkembang merata lebih cepat sejak tahun 2018. Ramai pelajar/peserta kami yang berpotensi tertanya-tanya apa perbezaan antara kosmetologi dan estetika. Walaupun terdapat beberapa persamaan antara apa yang dilakukan oleh ahli kosmetik dan apa yang dilakukan oleh pakar kecantikan, bidang ini sebenarnya sangat berbeza. Tetapkan diri anda sebagai pakar kosmetologi atau pakar estetika bagi menonjolkan kecantikan untuk orang lain. Tenaga pengajar yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun di D'Village Spa Beauty Academy sedia membantu anda mengasah teknik anda dan belajar bagaimana mengubah minat anda menjadi sumber pencarian yang bermanfaat. Temui pelbagai keistimewaan akademi kecantikan kami di Taman Cheng, Baru Melaka, Malaysia hari ini. MELANGKAUI PERMULAAN DENGAN ASAS Lihat apa yang boleh anda lakukan dengan mengikuti kursus kecantikan dari D'Village Spa Beauty Academy. Sama ada matlamat anda adalah memiliki salun atau melakukan rawatan spa di resort, mencari kerjaya dalam bidang kecantikan yang anda gemari semuanya bermula dengan program yang lengkap. Bekerja dengan spa berkualiti tinggi atau produk salun, pelajar perlu memperoleh kemahiran teknikal dan Sijil Pencapaian untuk menjadi seorang profesional berlesen. Anda akan mengikuti kursus di kelas, bekerja pada pelanggan dan banyak lagi. Sekiranya anda tidak pasti program mana yang harus diikuti, teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perbezaannya! Sila baca mengenai KOSMETOLOGI dan ESTETIKA
Hetalia: Axis Powers - Taiwan

E-Kursus Persijilan

D'Village Spa & Beauty Academy menjemput semua sektor Industri Kecantikan menyertai kempen tersebut. Sila tekan link dibawah :-  

Terbuka kepada Pengusaha Spa, Pengusaha Saloon, Pengusaha Barber, Pelajar Kosmetologi atau peserta kecantikan, Juru kecantikan, Juru rambut, Juru Spa dan yang berkaitan dalam industri kecantikan.

Dengan Sukacitanya dimaklumkan bahawa Unicorn Beauty Business School(UBBS) dan International Beauty Certified Institute (IBCI) bekerjasama dengan 7 buah Beauty Academies secara rasminya mempromosi program【kempen kesedaran COVID-19】di kalangan perniaga dan keusahawan dalam Sektor Kecantikan dari 1/8/2020.


E-Kursus Persijilan Kesedaran Covid-19 dari IBCI akan bagi secara online jika anda berjaya menjawap soalan-soalan koncept terbuka 100%.

Program ini dirancang untuk menyampaikan maklumat terkini yang berkaitan dengan SOP Sub sektor Kecantikan. Maklumat ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa, tetapi garis panduan untuk industri Kecantikan tetap konsisten dalam jangka pendek.  Semua peraturan dan panduan mesti dipatuhi oleh setiap negeri.

Dengan menamatkan e-kursus ini dan menjadi IBCI COVID-19 Certified, anda boleh menunjukkan kepada rakan sekerja anda dan pelanggan anda bahawa memberikan perkhidmatan yang selamat amat penting dalam tempoh masa RCMO.

👇👇👇📍Sila TEKAN link bawah📍 👇👇👇







Sertailah bersama kami dalam program 'REZEKI' melalui 'KECANTIKAN'

Master Stokis/Agent/Dropship BAGI TAHUN 2021

 


Sertailah Team Kami Dalam Program REZEKI Melalui KECANTIKAN 

1. Pendaftaran Master Stokis
2. Modal Permulaan yang RENDAH untuk membantu anda yang ingin memulakan perniagaan bersama kami dengan pulangan yang lumayan
3. Keahlian seumur hidup selagi aktif
4. Produk SalzaR Aesthetic adalah hak milik D'Village Spa & Beauty Academy
5. Mempunyai premis yang selamat untuk menyimpan produk kepada level Master Stokis/Agent. 
6. Proses restok melalui Headquarters (HQ) D'Village Spa Beauty Academy
7. Bekerja dalam satu pasukan (1 stokis perlu mencari agent)
8. Sebagai tanda aktif, Master Stokis perlu restok produk SalzaR Aesthetic sekurang-kurangnya RM3,000.00setiap bulan.
9. Kemudahan rekod urusniaga & pengurusan yang baik.
Menghantar laporan jualan kepada Headquarters (HQ) untuk tujuan pengiraan & insentif bulanan.
Mempunyai laman page sosial facebook & instagram sendiri.
Sekiranya stokis gagal untuk restok barang setiap sebulan, pihak D'Village Spa & Beauty Academy berhak untuk menarik semula kelayakan sebagai stokis sah.

10. Kelebihan menyertai kami
Peluang jana pendapatan yang lumayan setiap setahun*
Tidak perlu menjual barang. Hanya perlu menjadi wakil syarikat untuk memastikan stok di setiap negeri mencukupi. Tetapi stokis dibenarkan untuk menjual.

11. Produk Tahap Premium*
Produk SalzaR Aesthetic ini berbeza seperti produk kosmetik yang lain tumbuh bak cendawan selepas hujan. Produk SalzaR Aesthetic tahap berkualiti setaraf antarabangsa yang bersaing maju. Ramuan aktif yang berkualiti tahap premium telah diciptakan untuk kulit wanita asia dengan kajian SIRIM dan 100% produk Bumiputera. Produk ini adalah trend terkini dan mempunyai ramai permintaan terutama Wanita Islam yang sentiasa mencari Rawatan Sulam Bedak halal serta boleh digunapakai secara harian. Ini kerana serum SalzaR Aesthetic yang digunakan memiliki warna jernih putih dan kandungannya adalah halal dan selamat. Produk eksklusif SalzaR Aesthetic merangkumi BB Glow Serum, Cleanser Gel dan Face & Body Mask serta tidak boleh dijual di merata tempat. Pembeli hanya dibenarkan membeli melalui Master Stokis atau Agent yang SAH yang telah dilantik.

12. Pasaran luas seluruh Malaysia*
Pasaran Penjagaan Kulit ini terlalu luas dan digunakan oleh semua lapisan masyarakat di Malaysia tidak kira bangsa & agama. Produk seperti ini juga pastinya mendapat 'repeat order' daripada pengguna.

13. Produk yang mudah dijual*
– Harga mampu milik.
– Pelbagai pilihan rangkaian produk.
– Design produk yang menarik.
– Penjenamaan & pengiklanan berterusan dari HQ.
– Bimbingan pemasaran online diberikan (Facebook, Instagram, Google, Website).

14. Teknik pemasaran terkini
– Kami akan membimbing & memberi tunjuk ajar kepada setiap stokis cara untuk melariskan produk di media sosial dengan beberapa kaedah terkini
– Bahan promosi (Grafik & Copywriting) promosi akan diberikan secara percuma
– Kaedah promosi media sosial terkini yang menjamin tarikan kepada pembeli.
– Bahan promosi disediakan secara PERCUMA dalam bentuk gambar,
testimoni pelanggan & e-flyers untuk di post di facebook page masing-masing.

15. Support Team
Group khas (Whatsapp) mengumpulkan semua stokis untuk membantu dari segi
jualan, khidmat nasihat, ilmu pemasaran dan teknik mudah “close sale”.

16. Marketing dari HQ
HQ menjalankan promosi berterusan melalui media sosial, akhbar & road tour. Rangkaian produk SalzaR Aesthetic akan jadi mudah dijual kerana sudah dikenali pelanggan

17. Paling penting!
Kita sama-sama dapat memajukan diri sendiri selain dapat menambah pendapatan keluarga.







Sertailah bersama kami dalam program 'REZEKI' melalui 'KECANTIKAN'

PENGASAS Salzar Aesthetic



☘️Setiap orang yang berjaya pasti ada permulaan yang hebat, cabaran yang besar dan semangat yang kuat yang ada dalam diri mereka. Menjadi pengasas produk atau jenama terkenal adalah idaman ramai orang. Tapi ramai yang tidak pasti apakah langkah pertama yang mereka perlu ambil, apakah cabaran yang akan dihadapi dan bagaimana mereka lalui semua cabaran dan halangan.

Setiap kejayaan bermula dari satu langkah kecil. Yang penting, mula melangkah sekarang bersama SalzaR Aesthetic untuk BERKONGSI MERIALISASI IMPIAN SEMUA WANITA.

🌼Tak cantik tak per, yang PENTING Glowing🌼














Sertailah bersama kami dalam program 'REZEKI' melalui 'KECANTIKAN'

TESTIMONI dari pelanggan/pengguna SALZAR AESTHETIC




Eksklusif oleh Salzar Aesthetic Dengan Inovasi dan Formula Terkini  bagi Rawatan Sulam Bedak/BB Glow, Cryotherapy yang sedang TRENDING DI INDUSTRI KECANTIKAN

Puan Fadila Mohd Salleh, Melaka

Puan Linda Haris, Melaka

Marlia Leman, Melaka

Saudara Amarul, Selangor

Puan Jamaliah Md Ali, Batu Cave

Apakata pengguna SalzaR Aestetic








Sertailah bersama kami dalam program 'REZEKI' melalui 'KECANTIKAN'

Maklumat Kecantikan_Rawatan Sulam Bedak yang WAJIB wanita islam ambil tahu


Trend Sulam Wajah Menjadi Kegilaan Wanita Islam, Malaysia
HARAM ATAU HALAL?


MAKLUMAT KECANTIKAN Rawatan Sulam Bedak yang WAJIB wanita Islam ambil tahu.

 

Kaedah rawatan sulam wajah, sulam pipi dan sulam bibir.

Terbaru, di era ini Rawatan BB Glow atau Sulam Bedak merupakan rawatan Tanpa Suntikan dan persoalan sekarang ‘adakah ianya HALAL atau HARAM?’.

Lebih-lebih lagi sekarang ini produk Sulam Bedak didatangi dengan pelbagai warna dan kini masih diragui. Sulam Bedak mempunyai 2 kaedah :-


☑️ HALAL - Skincare-Serum

 HARAM - Foundation, Bedak Air, Embroidery (Tidak Mesra WUDUK)


Untuk pengetahuan anda, tiada sebarang foundation kekal telah diiktiraf selamat oleh FDA (US Food and Drugs Association) mahupun di Malaysia. Jadi, sebarang kesan sampingan baik positif mahupun negatif ditanggung oleh anda sendiri.

 

Setiap pelanggan akan melalui prosedur dimana bedak akan ‘disulam’ di permukaan muka mereka sehingga bedak tersebut seolah-olah sebati dan tertanam kedalam kulit.

 

Sulam bedak foundation dan bedak air adalah sejenis bahan Solekan bagi mengekalkan WARNA SEMENTARA pada WAJAH. Mengikut ramai penjelasan ustaz dan ustazah samada di televisyen mahupun media sosial, ramai yang jelas menyatakan hukum melakukan rawatan sulaman di wajah ini akan menyebabkan wudhuk seseorang dikira tidak sah.

 

TIDAK MEMPUNYAI UJIAN KESTABILAN & KESELAMATAN seperti :-


i.    Tiada ujian terhadap pH, Viscosity & Warna

ii.   Tiada Microbiology Test












 


Sertailah bersama kami dalam program 'REZEKI' melalui 'KECANTIKAN'

Exclusive SalzaR Aesthetic_Face and Body Mask


Keajaiban Clay Mask 2dalam1 bagi Kulit Definasi Tinggi


 

Alami kemewahan sebenar Face & Body Mask SalzaR Aesthetic untuk kulit yang halus dan lembut dengan aroma halus bungaan dan debunga yang memikat serta menikmati rasa dingin peppermint yang penuh kesegaran. Adunan eksklusif dengan ramuan aktif ini menjadikan Clay Mask berwarna coklat cerah seakan pigmen kulit asli menjadikan kulit agar lebih lembut dan gebu.

Fungsi Utama :-

ü  Membantu mencerahkan kulit

ü  Membantu mengurangkan selulit dan garis-garis halus pada kulit

ü  Menjadikan warna kulit serata, halus dan lembut

ü  Bersifat antioksidan dan anti penuaan yang membantu dalam pembentukan kolegan untuk menjadikan kulit cantik

ü  Mempunyai Pelembab Asli agar kulit sentiasa anjal, halus dan awet muda.

ü  Membantu menanggalkan sel kulit mati dan mengecilkan pori-pori yang terbuka

Keistimewaan Lain :-

Diperkaya dengan ekstrak bunga Chamomile, ekstrak akar morus alba, Aminopropyl Kojyl Phosphate, Vitamin E dan mineral untuk kesan pencerahan dan dapat membantu mengembalikan keseimbangan pada warna kulit serta melembabkan secara mendalam, meningkatkan vitaliti kulit dan menyuburkan kulit.

Cara penggunaan : Sapu satu lapisan Clay Mask pada kulit muka atau badan dengan menggunakan berus facial. Sapu rata. Biarkan kering selama 15-25 minit. Setelah Clay Mask kering, basahkan tangan dengan air dan urut lembut kulit wajah atau badan sehingga Clay Mask mencair dan bilas dengan air bersih.     Sesuai digunakan setiap pagi atau malam. Boleh digunakan dua kali seminggu. Sesuai untuk semua jenis kulit.

Ramuan : Aqua, Kaolin, Glycerin, Helianthus Annuus oil, Caprylic/Capric Triglyceride, Dicaprylyl Carbonate, Hectorite, Titanium Dioxide, Morus Alba root, Anthemis nobilis flower extract, Ethoxydiglycol, Magnesium Aspartate, Zinc Gluconate, Copper Gluconate, Polyacrylamide, C13-14 Isoparaffin, Laureth-7, Aminopropyl Kojyl Phosphate, Tocopheryl acetate, Mentha piperita (Peppermint) Oil, Phenoxyethanol, Ethylhexylglycerin, Lactic acid, Hydrolyzed Jojoba Esters, Jojoba Esters.

Tidak mengandungi

û  Bebas Paraben

û  Phthalates

û  Bebas minyak mineral

û  Bebas alkohol

û  Bebas pewarna tiruan

 

Exclusive SalzaR Aesthetic_The Immortal Of Beauty | NOT200500653K

Face & Body Mask | 100ml_RM138.00 (Harga Sebenar)


Harga Pengenalan RM96.00


Sertailah bersama kami dalam program 'REZEKI' melalui 'KECANTIKAN'

Exclusive Salzar Aesthetic_Cleanser Gel

 


Mengembalikan Semula Kecantikan Wajah Yang Cerah 



Kulit yang cerah berseri dan menawan dengan Cleanser Gel Salzar Aesthetic
Kekal segar dengan pembersih kulit wajah dalam bentuk gel yang ringan. Di formulasi dengan mengunakan natural-base surfaktan yang lembut dan tidak mengeringkan. Membantu memulihkan kulit wajah yang cerah berseri dan anjal dengan inovasi formula gel mikro-halus dengan bahan kandungan mewah bagi membersihkan kulit wajah jauh ke dalam.

Fungsi Utama :-

ü  Mencerahkan kulit serta melembutkan warna kulit


ü  Menyingkirkan sel-sel kulit mati serta meningkatkan pembaruan kulit dengan mengecilkan pori-pori

wajah


ü  Membersihkan liang roma tersumbat dan membuang komedon penyebab jerawat


ü  Merangsangkan penjanaan sel-sel kulit baru serta mengurangkan kedutan


ü  Menjadikan kulit wajah lebih sihat dan lebih terpelihara lembut tanpa rasa tegang


ü  Dapat mengurangi jeragat, parut jerawat dan bintik-bintik hitam

Keistimewaan Lain :-

Gold Beads Collagen bertindak memelihara kulit dan membantu mengurangkan penampilan garis halus serta merangsang pertumbuhan sel kulit. Vitamin B, C dan E untuk membekalkan antioksidan kepada kulit, menyingkirkan kotoran, minyak dan mencerahkan kulit. Hemmamelis Extract yang kaya dengan vitamin A untuk menggalakkan kulit tampak sihat. Glycerine untuk mengekalkan kelembapan kulit dan menjadikan kulit begitu bersih, segar dan lembut setiap hari.

Cara penggunaan : Letakkan sedikit Gel Pembersih pada tapak tangan dan sapu pada keseluruhan muka dan leher. Urut perlahan dan seratakan sehingga Gold Beads Collagen menyerap pada permukaan kulit wajah. Kemudian bilas dengan air bersih. Sesuai Gunakan setiap pagi, petang dan malam. Sesuai untuk semua jenis kulit.

Ramuan : Aqua, Decyl glucoside, Cocoamidopropyl betaine, glycerine, PEG-7 Glyceryl Cocoate, Caprylyl/Capryl Glucoside, Acrylates/C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer , Aloe barbadensis extract, Hemamelis extract, Anthemis nobilis flower extract, lactose, Cellulose, Hydroxypropylmethylcellulose, Morus alba root extract, parfum, Benzyl alcohol, Methylchoroisothiazolinone, Methylisothiazolinone.

Tidak mengandungi

û  Bebas Paraben

û  Phthalates

û  Bebas minyak mineral

û  Bebas alkohol

û  Bebas pewarna tiruan

Exclusive SalzaR Aesthetic_The Immortal Of Beauty | NOT200607280K

Cleanser Gel | 100ml_RM108.00 (Harga Sebenar)


Harga Pengenalan RM78.65




Sertailah bersama kami dalam program 'REZEKI' melalui 'KECANTIKAN'

Exclusive Salzar Aesthetic_BB Glow Serum




Trend Sulam Bedak Jadi Kegilaan Wanita Malaysia


Kenapa anda harus memilih BB Glow Serum dari Salzar Aesthetic?

Ini kerana serum yang digunakan memiliki warna putih jernih serta tekstur bahan yang sarat dengan pati botanical. Kandungannya dari ekstrak tumbuhan terpilih dan diperkaya dengan kolagen. BB Glow Serum ini menggunakan bahan serum khusus yang memiliki warna pigmen kulit asli tapi jenisnya bukan kosmetik atau make up. Serum ini merupakan jenis skincare-serum yang gunanya tidak hanya memberikan warna pada kulit tetapi juga menutrisi kulit wajah agar terawat, sihat dan bersinar.

BB Glow Serum ini khas untuk rawatan kulit yang kuat dan diperkaya dengan kompleks peptida kolagen dan ekstrak tumbuhan. Telah terbukti secara klinikal bagi mengatasi masalah kulit kusam, jeragat, pigmentasi, kedutan dan kulit kurang anjal.

Fungsi Utama :-

ü  Membuat kulit wajah menjadi lebih cerah serata dan bersinar.

ü  Membuat kulit wajah lebih lembut serta melembabkan.

ü  Membantu menghilangkan jerawat kecil-kecil.

ü  Membantu memudarkan bekas jerawat dan flek hitam.

ü  Mempercepat proses penyembuhan jerawat.

ü  Membantu percepatan pengangkatan sel kulit mati serta pembentukan sel kulit baru.

ü  Membantu mengecilkan pori-pori.

ü  Membantu mengurangkan menutup bekas luka/scars ukuran kecil.

Terokai rawatan pencerahan kulit tanpa terapi laser.

Keistimewaan Lain :-

Diperkaya dengan Macadamia Seed Oil Ester, Jojoba Oil, Anthemis Nobilis Flower Extract, Collagen, Vitamin E dan Mineral secara keseluruhan berfungsi :

ü  Mengurangkan melanin, iaitu punca kulit kelihatan gelap dan kusam

ü  Mengurangkan tompok-tompok pigmentasi

ü  Meningkatkan keanjalan dan kepadatan kulit

Cara penggunaan : Setelah kulit wajah dibersihkan, gunakan satu atau dua penitis pada kulit wajah. Kemudian sapu serata secara ringan agar BB Glow Serum dapat menyerap sepenuhnya ke dalam kulit wajah. Boleh digunakan setiap pagi dan malam. Sesuai untuk semua jenis kulit. 

Piawaian yang ketat digunakan secara professional sekiranya anda ingin menggunakan Beauty Instrument. Sila dapatkan khidmat penerangan dari Pakar Kecantikan SalzaR Aesthetic.

Beauty Instrument yang dibenarkan :-

  • Dermapen Micro Nano 
  • Dermapen Micro Needle
  • Ultrasonic Cryotherapy

Ramuan : Aqua, Sodium hyaluronate, soluble collagen, Aminopropyl Kojyl Phosphate, Anthemis nobilis flower extract, Morus Alba root, Tocopheryl acetate, Phenoxyethanol, Ethylhexylglycerin, Panthenol, Polyacrylamide, C13-14 Isoparaffin, Laureth-7, Jojoba Oil/Macadamia Seed Oil Esters, Squalene, Phytosteryl Macadamiate, Phytosterols, Parfum.

Tidak mengandungi

û  Bebas Paraben

û  Phthalates

û  Bebas minyak mineral

û  Bebas alkohol

û  Bebas pewarna tiruan


Exclusive SalzaR Aesthetic_The Immortal Of Beauty | NOT200605909K

BB Glow Serum| 30ml_RM208.00 (Harga Sebenar)


Harga Pengenalan RM80.45







Sertailah bersama kami dalam program 'REZEKI' melalui 'KECANTIKAN'



Segala yang tercatat diatas adalah Hak Milik D'Village Spa N Beauty Academy