Mandian SPA yang yang berkonsepkan aromaterapi paling menjadi tumpuan seawal tahun 2000. Orang dulu-dulu, khususnya Melayu jika terasa penat, letih atau lesu badan lazimnya Cuma meminta ahli keluarga mengurutkan badan atau mendapatkan khidmat bidan kampong yang mahir dengan urutan tradisional. Untuk menyegarkan badan pula, mereka Cuma memetik pelbagai bunga-bungaan harum dan berwarna-warna di sekeliling rumah serta di campur dengan minyak pewangi. Cara itu sudah cukup sebagai terapi menyegarkan minda menyihatkan kesihatan, kaedah mencantikkan tubuh dan menyerikan wajah. Pada kala itu, tidak wujud spa atau pusat kecantikan yang di lengkapi perkhidmatan seluruh badan, mandian bunga, rawatan muka dan kecantikan lain dibawah satu bumbung untuk di kunjungi.
Namun, peredaran zaman, bidang kecantikan semakin berkembang termasuk industri spa yang mempunyai potensi besar terutama kepada wanita yang mementingkan penampilan diri. Kini, industri spa berkembang bagaikan cendawan yang tumbuh segar dengan menawarkan pelbagai perkhidmatan dan rawatan kecantikan untuk memenuhi permintaan pelanggan termasuk bertaraf mewah dan ekslusif.
OBJEKTIF UMUM
Didalam kursus ini, peserta dapat mempelajari dan menguasai kemahiran secara teori dan amali bagaimana cara untuk melakukan Mandian SPA_Aromaterapi, Melulur Badan [scrubbing], Memupur Badan [masker], Rendaman Kaki, Sauna, Bertungku dan Bertangkas
KEBAIKAN MANDIAN BERASASKAN MINYAK AROMATERAPI
Dengan melakukan mandian minyak aromaterapi ianya dapat menggurangi stress (tekanan), menenangkan fikiran dan membangkitkan semangat dan ghairah. Bahkan ada aromaterapi yang dipercayai dapat membersihkan toksin dalam badan.
No comments :
Post a Comment