Kalendar 2024



Kosmetologi atau Estetika.

Apabila anda berfikir tentang menghadiri Kursus Kecantikan, kemungkinan kosmetologi dan estetika adalah dua program pertama yang terlintas dalam fikiran. Ada sebab yang baik untuk anda berfikir begitu! Menurut Biro Statistik Tenaga Kerja, kerjaya dalam bidang kosmetologi dan estetika telah berkembang merata lebih cepat sejak tahun 2018. Ramai pelajar/peserta kami yang berpotensi tertanya-tanya apa perbezaan antara kosmetologi dan estetika. Walaupun terdapat beberapa persamaan antara apa yang dilakukan oleh ahli kosmetik dan apa yang dilakukan oleh pakar kecantikan, bidang ini sebenarnya sangat berbeza. Tetapkan diri anda sebagai pakar kosmetologi atau pakar estetika bagi menonjolkan kecantikan untuk orang lain. Tenaga pengajar yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun di D'Village Spa Beauty Academy sedia membantu anda mengasah teknik anda dan belajar bagaimana mengubah minat anda menjadi sumber pencarian yang bermanfaat. Temui pelbagai keistimewaan akademi kecantikan kami di Taman Cheng, Baru Melaka, Malaysia hari ini. MELANGKAUI PERMULAAN DENGAN ASAS Lihat apa yang boleh anda lakukan dengan mengikuti kursus kecantikan dari D'Village Spa Beauty Academy. Sama ada matlamat anda adalah memiliki salun atau melakukan rawatan spa di resort, mencari kerjaya dalam bidang kecantikan yang anda gemari semuanya bermula dengan program yang lengkap. Bekerja dengan spa berkualiti tinggi atau produk salun, pelajar perlu memperoleh kemahiran teknikal dan Sijil Pencapaian untuk menjadi seorang profesional berlesen. Anda akan mengikuti kursus di kelas, bekerja pada pelanggan dan banyak lagi. Sekiranya anda tidak pasti program mana yang harus diikuti, teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perbezaannya! Sila baca mengenai KOSMETOLOGI dan ESTETIKA
Hetalia: Axis Powers - Taiwan

Penjagaan AM_ Urutan Kaki

BAB 1. MENGENAI SPA KAKI [Foot SPA)
APABILA memperkatakan tentang penjagaan diri, tumpuan sering diberi kepada wajah. Manakala kaki kurang diberi perhatian biar pun anggota badan itu amat penting untuk melengkapkan penampilan seseorang.

Oleh itu dalam tata rias diri, penjagaan kaki sepatutnya dimasukkan dalam senarai rutin harian yang mesti diberi perhatian. Urutan pada tapak kaki mampu menghilangkan penat pada otot-otot kaki. Sesekali apa kata manjakan kaki dengan rawatan yang dibuat sendiri di rumah.

Bahan untuk Foot Spa
- Lulur (garam bukit/manggir/susu)
- Minyak aromaterapi, Kain alas untuk melulur kaki, tuala kecil untuk mengelap lulur, mangkuk khas kaki

Cara-cara melakukan spa kaki :-
1. Ratakan garam bukit dan manggir dari tapak kaki hingga ke betis dan gosok secara perlahan dan berperingkat-peringkat.
2. Kemudian dari betis hingga ke peha dan di mulakan dengan keadaan badan meniarap dahulu.
3. Selepas itu, lap dengan tuala basah dan sambung semula dengan keadaan badan terlentang.
3. Masukkan garam bukit dan susu kedalam mangkuk khas kaki dan rendam kedua-dua belah kaki selama 10 minit.
(sambil digosok gosok dengan menggunakan kedua belah kaki) *Kemudian boleh diikuti dengan urutan kaki

Tips penjagaan 'home foot spa' :-
A) Rendam kaki dalam air suam yang dicampur garam galian kira-kira 10 minit. Letak juga guli di dalam mangkuk berisi air tersebut. Pijak guli-guli itu dengan pergerakan ke hadapan dan belakang serta tekan sedikit tapak kaki kerana ia memberi kesan urutan yang melegakan.

B) Gosok kaki dengan batu sungai untuk menanggalkan kulit mati pada kaki. Selepas direndam dan digosok, bersihkan kaki dan urut dengan krim pelembap.

C) Sedikit jus lemon dalam air rendaman membantu menyegarkan kaki.

D) Kelopak mawar bersama beberapa titik pati minyak lavender menjadikan rawatan kaki umpama spa di rumah.

E) Untuk merawat kesan retak dan pecah pada tumit cuba kaedah ini. Sapu vaselin pada tumit dan sarung stokin. Dalam beberapa minggu, tumit menjadi lembut dan kesan rekahan akan hilang.

F) Sapu campuran jus lemon yang segar, minyak castor dan pati ros pada tumit selepas membersihkan kaki. Gabungan bahan tersebut membantu melicinkan tumit.

G) Sapu minyak zaitun dengan kerap untuk kulit kaki yang lembut dan menarik.

H) Parut kulit lemon dan sapu pada kaki. Biarkan 15 minit sebelum dicuci. Amalkan setiap hari untuk kesan yang memuaskan.

I) Rawatan panas dan sejuk turut membantu melancarkan peredaran darah. Mula-mula rendam kaki di dalam air suam, kemudian alih kepada air sejuk. Buat selama 5 hingga 10 minit. Akhiri proses tersebut dengan air sejuk.

J) Elak pakai kasut bertumit. Tukar stokin setiap hari untuk elak masalah kaki berbau.

K) Didihkan tiga cawan air bersama tiga uncang teh. Campur dengan setengah baldi air sejuk dan rendam kaki untuk atasi masalah kaki berbau.

L) Luangkan beberapa minit setiap hari untuk mengurut kaki anda dengan minyak kelapa.

M) Setiap kali selepas mandi, lap kering celah-celah kaki untuk menghindari jangkitan kulat.

N) Perah jus lemon, campurkan dengan sedikit gula dan gosok pada kaki secara lembut. Cuci dengan air sejuk. Campuran bahan tersebut mampu bertindak sebagai skrub kaki.

BAB 2. PENJAGAAN TUMIT KAKI
Ada antara kita yang mengambil jalan mudah dengan membiarkan masalah ini berlarutan tanpa mencari alternatif untuk mengatasinya yang akhirnya membuatkan masalah kecil ini bertambah rumit dan teruk. Sekiranya anda membiarkan sahaja keadaan ini berlaku, tumit yang merekah dan pecah itu akan mengeras lantas menyukarkan lagi untuk merawatnya. Mencegah itu lebih baik dari merawat. Antara petanda awal tumit pecah ialah:-
• Kulit menjadi kering
• Tumit merekah
• Tumit pecah

Berikut merupakan langkah untuk mengelakkan dari tumit anda pecah:-
• Banyakkan minum air suam terutama musim panas
• Pilih dan pakai kasut yang bersesuaian (pilih kasut yang bertapak lembut agar kaki anda selesa dan elakkan memakai kasut tumit tinggi kerana memakai tumit tinggi terlalu lama boleh menyebabkan tekanan pada tumit anda dan menyebabkan anda akan mengelami 'heel spurs')
• Kalau boleh elakkan dari berdiri terlalu lama
• Pakai stokin untuk melindungi tumit anda daripada rosak

Saya ingin kongsikan kepada anda tentang petua untuk merawat tumit pecah agar tumit anda pulih seperti sediakala.
Bahan-bahannya:-
- Kulit telur yang sudah kosong (Isinya anda ambil dan goreng..hehe)
- Krim atau losyen (yang dah expired pun tak apa)
- Pembuka penutup botol

Cara-cara:-
1. Kulit telur yang sudah kosong itu di kisar hingga hancur(pakai blender)
2. Kemudian campurkan bersama krim losyen tadi dan gaul sebati (krim sebagai agen pelekat)
3. Sapukan dan gosokkan ke tumit kaki anda untuk beberapa minit
4. Ambil pembuka penutup botol tadi dan kikis tumit kaki anda yang sudah di lumur dengan campuran krim dan kulit telur
5. Kikis hingga semua campuran tadi tanggal dari kaki anda
6. Basuh kaki anda dengan air biasa
7. Rasakan perubahannya sebelum dan selepas

Sebenarnya tanpa kita sedar, terdapat barangan di sekeliling kita yang pada pandangan kita, sudah tidak berguna lalu kita buang tanpa kita sedar ianya boleh memberikan manfaat yang besar kepada kita.















Sertailah bersama kami dalam program 'REZEKI' melalui 'KECANTIKAN'

No comments :



Segala yang tercatat diatas adalah Hak Milik D'Village Spa N Beauty Academy