Perkongsian Asas Ilmu Usahawan Kecantikan. Jom pelajari Langkah Demi Langkah Rawatan Jerawat
Langkah Pertama
Konsultansi. Pelanggan akan diberikan penerangan tentang rawatan yang sesuai.
Solekan pada wajah di bersihkan terlebih dahulu. Kemudian cuci wajah dengan cucian pertama (pra pembersihan dan bilas dengan menggunakan span lembut.
Langkah Ketiga
Lanjutkan dengan langkah cucian wajah yang kedua menggunakan pencuci wajah yang bersifat anti bakteria. Ia bagi mengelakkan penumbuhan jerawat baru selain menyingkirkan jerawat lama pada wajah. Bersihkan wajah dengan span lembut sebelum langkah seterusnya.
Langkah Keempat
Langkah seterusnya ialah ‘face mapping’ atau analisa kulit. Penekanan dan penerangan yang sepenuhnya perlu dimaklumkan kepada pelanggan tentang masalah kulit yang di hadapi.
Langkah Kelima
Sapukan skrub khas untuk kulit yang berjerawat. Skrub ini hanya perlu di sapukan sahaja pada bahagian muka dan tidak perlu disental. Jika disental ia akan membiakkan bacteria pada kulit wajah. Biarkan selama 10 minit dan bersihkan dengan menggunakan span lembut.
Langkah Keenam
Stimkan wajah selama 10-15 minit bagi membuka pori-pori serta memudahkan proses mebuang black head (bintik hitam), white head (bintik putih) dan jerawat pada wajah.
Langkah Ketujuh
Sapukan krim pada wajah terlebih dahulu dan lanjutkan dengan rawatan menggunakan mesin berfrekuensi tinggi untuk membunuh kuman pada wajah.
Langkah Kelapan
Vakum khas digunakan untuk menyedut bintik hitam dan bintik putih dengan lembut. Rawatan ini tidak menyakitkan.
Langkah Kesembilan
Proses memicit jerawat di lakukan untuk tujuan menyingkirkan bintik hitam, bintik putih dan jerawat. Langkah ini dilakukan dengan penuh teliti. Setelah selesai, sapukan antiseptic untuk mengelakkan bakteria merebak pada wajah.
Langkah Kesepuluh
Kemudian rawatan di teruskan dengan pressure point massage khas untuk kulit berjerawat. Proses ini memberi penumpuan kepada lymphatic drainage untuk membuang toksin. Lakukan selama 10 minit.
Langkah Kesebelas
Serum khas disapukan pada wajah untuk mengecutkan jewarat. Urutan dilakukan dengan menggunakan mesin ultra sound. Lakukan selama 5-8 minit.
Langkah Keduabelas
Sapukan pula masker pada wajah yang bertujuan untuk mengecutkan jerawat dan dalam masa yang sama tidak menghilangkan lembapan pada kulit. Biarkan selama 10 minit dan kemudian bersihkan dengan span lembut.
Langkah Ketigabelas
Semburkan toner pada wajah bagi mengembalikan kesegaran kulit wajah.
Langkah Keempatbelas
Akhir sekali, sapukan pelembap dan krim UV agar kulit sentiasa lembap serta melindungi kulit daripada sinaran matahari yang merosakkan kulit wajah.
No comments :
Post a Comment