Lingkaran Gelap Bawah Mata, Ketahui Cara Menanganinya
Lingkaran gelap bawah mata memang ‘pemusnah’ kecantikan semulajadi wanita. Wajah yang cantik akan di lihat kusam dan tidak bermaya. Bagaimana agaknya cara terbaik untuk kita mengatasi masalah ini?
Masalah lingkaran hitam bawah mata disebabkan oleh beberapa faktor antaranya pemakanan tidak seimbang dan tekanan. Selain itu, ia juga berlaku apabila kulit sering terdedah pada sinaran ultra lembayung (UV) terlalu lama tanpa sebarang perlindungan di samping factor perubahan usia serta alahan.
Cara MODEN
Sebaik-baiknya gunakan pembersih mata khas untuk mata kerana kulit bawah mata merupakan bahagian paling sensitif berbanding dengan bahagian wajah lain. Selepas membersihkan solekan pada bahagian mata, oleskan krim mata yang akan membantu merawat mata pada malam hari.
Gunakan krim penjagaan mata. Kini terdapat banyak produk rawatan dan penjagaan mata di pasaran yang berupaya membantu mengurangkan atau mungkin juga boleh menghilangkan terus kesan lingkaran hitam berkenaan. Cara sapuan krim juga tidak boleh terlalu agresif dan kuat kerana amalan menyapu sebarang krim pada mata terlalu kuat boleh menyebabkan kulit cepat berkedut dan bergaris.
Penggunaan penutup cela (concealer) dan alas bedak pula hanya penyelesaian sementara dan ia tidak boleh merawat permasalahan lingkaran hitam bawah mata.
Bagi yang inginkan perubahan drastik dan sanggup melabur lebih, rawatan laser adalah rawatan yang paling berkesan dan cepat. Namun jika memilih kaedah rawatan itu pastikan ia dilakukan di pusat rawatan kecantikan bertauliah dan dilakukan oleh doctor pakar dalam bidang berkenaan.
Untuk masalah kantung mata yang membuat mata bengkak, kaedah rawatan pembedahan di belakang kelopak mata boleh di lakukan. Ia bertujuan untuk mengangkat lemak tanpa merosakkan kulit dan otot. Namun rawatan pembedahan sudah pasti ada risiko tersendiri.
Cara TRADISIONAL
Timun_Letakkan hirisan timun di kedua-dua belah mata. Pejamkan mata. Waktu yang paling sesuai ialah pada waktu pagi ataupun ketika mata dalam keadaan tertekan. Lakukan setiap hari selama 10 minit.
Uncang Teh_Biarkan sejuk dan kemudian letakkan di kedua belah mata. Biarkan selama 10 minit. Boleh dilakukan setiap hari.
Ais Kiub_Balutkan ais dengan kain dan kemudian tuamkan di atas mata. Mampu melegakan dan menyegarkan mata yang letih.
Kentang_Untuk merehatkan mata, potong tipis kentang dan letakkan di atas mata selama beberapa minit. Kentang mengandungi enzim dan pigmen pencerah kulit yang juga dapat mengurangkan lingkaran hitam di sekitar mata.
Minyak Sapi_Ambil sedikit minyak sapid an sapukan pada bawah mata perlahan-lahan. Bermula dari kanan ke kiri. Kemudian biarkan 15 hingga 20 minit. Lakukannya pada sebelah malam sebelum hendak tidur.
Tomato_Hiriskan tomato dan tekapkan pada kedua-dua belah mata anda selama beberapa minit. Anda juga boleh tekapkannya semalaman sebelum masuk tidur.
No comments :
Post a Comment