Saya ingin membantu dan memberi anda maklumat yang anda perlukan untuk membolehkan perniagaan kecil anda beroperasi, berjalan dengan baik dan berkembang maju. Ini adalah pengalaman yang pernah saya lalui.
”Saya harap saya mengetahuinya sebelum memulakan perniagaan kecil secara bebas” tetapi..
Memulakan perniagaan kecil-kecilan ini adakalanya sukar. Terdapat banyak salah tanggapan dengan perkara yang mungkin kita tidak sedar, namun harapan saya akan dapat menjelaskan beberapa perkara untuk anda.
Saya harap saya boleh mengatasi perkara ini sebelum bermula, tetapi, sejujurnya, cara terbaik untuk mempelajari sesuatu perkara adalah dengan 'melompat terlebih dahulu kedalamnya dan membiarkan kaki anda dibasahi dan rasai samada kehangatan atau kedinginan.'
Anda akan memenangi beberapa perkara dan anda juga kehilangan beberapa perkara dan terdapat beberapa perkara yang anda perlu belajar dengan cara yang sukar, tetapi kadang-kadang cara yang sukar itulah cara yang lebih baik.
1. Anda tidak akan pernah bersedia.
Saya memulakan perniagaan saya apabila saya mempunyai lebihan wang. Saya tunggu untuk mendapatkan sedikit masa dalam jadual saya dan kemudian saya akan melakukannya lagi. Itulah cara pemikiran saya ketika mula berniaga. Malahan, setiap orang memiliki pemikiran seperti itu.
Tetapi anda fikir apa? Tidak ada yang bersedia... Akan sentiasa ada satu perkara lagi yang akan menghalang anda.
Jika ada beberapa peristiwa besar dalam hidup sedang berlaku dan anda benar-benar tidak mempunyai wang atau masa, saya benar-benar memahaminya tetapi jika anda tidak mengalami situasi seperti itu atau anda tidak pernah berasa bersedia untuk mengambil risiko, maka anda sudah bersedia!
Dari situ, anda boleh membaca setiap buku dan merancang keseluruhan strategi anda tetapi sehingga anda benar-benar memahami dan merasainya seperti anda membasahi kaki. Anda tidak akan maju jika tidak mengembangkan perniagaan anda.
Sama ada masa, wang, kemahiran atau pengetahuan yang anda rasa kurang anda akan memperolehinya semasa anda pergi tanpa menoleh kebelakang dan bergerak kehadapan.
Jangan terlalu memikirkannya!
2. Anda memerlukan pelan misi.
Memulakan perniagaan dan memasuki dunia bebas adalah sukar. Anda akan banyak meragui diri sendiri dan lupa mengapa anda melakukan apa yang anda lakukan. Kadang yakin, kadang tidak.
Dan itulah sebabnya anda memerlukan pelan misi. Sebelum anda mula, anda perlu menentukan arah tujuan anda, prestasi dan memikirkan langkah yang perlu anda ambil untuk sampai ke tahap yang anda inginkan.
Tuliskannya kedalam nota dan apabila anda meragui diri sendiri, lihat ke belakang dan ingat mengapa anda perlu mulakan dan lakukan.
3. Ia suatu proses yang perlahan.
Semua yang terbaik bermula di mana anda berada. Memulakan perniagaan terasa menjadi glamor apabila melihat dir anda dari luar ke dalam tetapi apabila anda benar-benar sudah bersedia. Anda akan menyedari bahawa anda sebenarnya bermula dari segi empat tepat dan tiada siapa yang tahu siapa anda. Sukar, terutamanya pada tahap permulaan, tetapi percayalah bahawa semua orang bermula pada tahap tersebut. Masih ramai yang sebegitu.
Dan ramai yang berputus asa sekiranya impian mereka tidak tercapai. Tolong lah, jangan jadi salah seorang daripada mereka! Jika sesuatu perkara yang anda lakukan tidak berjaya, maka ubahnya, sesuaikan, belajar daripadanya, dan kembangkannya. Cuma jangan berhenti!
Ingatlah.. terutama kepada usahawan beragama Islam, Allah SWT sentiasa permudahkan segala urusan hambanya. Yang perlu anda lakukan solat 5 waktu dan berdoa kepada Tuhan.
4. Ketahui Nilai Diri Anda.
Ramai usahawan (termasuk saya sendiri) memulai sebagai 'chronic underchargers'
Ianya nampak sukar dan pastikan terdapat garis panduan. Apabila anda menjual perkhidmatan anda, anda tahu bahawa anda boleh memberikan nilai daripada kemahiran anda tetapi pelanggan masih belum mengetahuinya. Mereka hanya mahukan yang berkualiti, harga mampu milik dan kelihatan vouge macam artis.
Pernah terjadi, hingga saya mendapatkan harga perkhidmatan 'paras di bawah ikat pinggang saya', dimana tarif saya cukup rendah namun saya tidak kecewa tentang hal itu. Itu adalah suatu pengalaman yang membolehkan saya belajar selok belok tentang harga perkhidmatan, mendapatkan testimonial, cara mengendalikan ragam pelanggan dan kesabaran. Kerana dengan sedikit pendapatan yang saya terima boleh membantu saya kembangkan bisnes untuk keesokkan harinya.
Jadi, apa yang perlu anda lakukan, Ketahui kadar harga dalam industri kecantikan dan mula dari harga sebenar dan turunkan sedikit tetapi jangan sampai merendahkan harga ibarat kemahiran anda tidak berkualiti. Ketahui keupayaan anda dan pasarkan kemahiran anda dengan sewajarnya.
"Kualiti Kemahiran Amat Berharga"
5. Tetapkan diri anda sebagai pakar, walaupun anda belum lagi
Secara umum, salah tanggapan tentang 'bagaimana memulakan perniagaan' ialah anda perlu menjadi pakar terlebih dahulu.
Jawapan anda, pastinya tidak. Selagi anda menambah nilai diri dan jujur dalam perkhidmatan dan keupayaan anda, jangan takut untuk memulakan.
6. Jangan cemburu dengan mereka yang telah berjaya
Ramai yang berkata, Belajar lah daripada mereka yang telah berjaya.
"Jika anda adalah orang yang paling bijak di dalam bilik itu, maka anda berada di bilik yang salah."
Saya suka dengan petikan diatas dan ini adalah peringatan yang baik bahawa kita harus sentiasa berusaha untuk belajar daripada orang lain. Kadang-kadang saya melihat orang lain yang sama bidang dengan saya dapat melakukannya dengan lebih baik daripada saya, tetapi kemudian saya mengingatkan diri saya bahawa mereka bertahun-tahun lebih jauh berpengalaman daripada saya.
Dan kemudian saya melihat apa yang mereka lakukan. Saya menggunakan tapak web mereka sabagai inspirasi, mencipta hadiah percuma serta ikut e-mel yang serupa dan melihat aktiviti atau info yang mereka siarkan di media sosial untuk mendapatkan idea yang lebih baik tentang aktiviti perniagaan yang perlu saya siarkan. Saya mengikuti kursus-kursus yang berkaitan bagi menambah ilmu pengetahuan. secara langsung saya mendapat rangkaian baru.
Ketahui lah, semakin banyak ilmu yang kita dapat, semakin banyak juga kita tidak tahu. Jadi, jangan sesekali anda memikirkan anda paling bijak, walhal anda juga berada dalam bilik yang sama. Sebaiknya sentiasa bersikap positif dalam berkongsi idea, cadangan dan pengalaman.
Jangan rasa irihati dan jangan cuba meniru 100% kreativiti mereka. Lihat sahaja apa yang mereka lakukan dan cuba belajar daripada mereka
7. Anda perlu melabur dalam diri anda dan perniagaan anda
Untuk benar-benar mengembangkan perniagaan anda, anda perlu membelanjakan sedikit wang sebagai modal perniagaan. Belajar untuk mengenali bila anda perlu membelanjakan wang untuk keperluan dan sentiasa lakukan penyelidikan terlebih dahulu untuk memastikan keuntungan.
Jika anda telah melaburkan wang anda dengan betul, harapan anda ialah anda akan memperolehinya semula sepuluh kali ganda daripada apa yang anda modalkan sebelum itu.
Tetapi, jangan takut untuk membelanjakan sedikit wang untuk mendapatkan lebih banyak masa dalam kehidupan anda kerana bidang yang anda lakukan akan bertambah baik.
8. Jadilah Diri Sendiri dan Profesional
Terdapat garis panduan di sini. Anda mahu kelihatan santai dengan penampilan yang menarik tetapi anda juga mahu kelihatan profesional. Anda perlu memikirkan keseimbangan diri.
Bagi diri saya, baru-baru ini saya memutuskan untuk menukar gambar profil Instagram/FB kepada diri saya dan bukannya logo saya dan saya menambahkan nama serta nama perniagaan pada profile saya.
Jangan takut untuk menunjukkan wajah anda. Orang ramai akan membayar anda berdua kerana mereka tahu mereka memerlukan anda dan kerana mereka menyukai anda.
Kerana, terdapat sesuatu mengenai diri anda akan menarik perhatian mereka. Bahkan teringat sesuatu pada diri anda akan mengimbaukan mereka. Kerana mereka tahu anda adalah orang yang sebenar untuk berurusan dan sebab itulah mereka terus mendapatkan perkhidmatan anda.
9. Jangan pernah berhenti belajar!
Saya telah menyentuh perkara ini sedikit lebih awal, tetapi sebenarnya anda layak mendapat bahagian sendiri
Jangan berhenti belajar! Berazam pada diri anda untuk mempelajari semua yang anda boleh lakukan tentang bagaimana menjalankan perniagaan anda dan kembangkan bidang anda.
Orang ramai menyukai seseorang yang bersemangat tentang apa yang mereka lakukan dan itu merupakan faktor besar mendapatkan seseorang untuk mengupah anda.
Teruja tentang perniagaan anda dan jangan takut untuk memberitahu orang ramai!
Dan lebih dari segalanya, teruskan belajar. Ketahui cara melakukan kerja anda dengan lebih baik, pelajari cara mengembangkan perniagaan anda dan jangan sesekali berhenti
10. Wang = masalah + penyelesaian.
Anda benar-benar rasa mendidih apabila sesetengah orang membayar anda tidak mengikut harga yang telah ditetapkan kerana mereka menghadapi masalah dan sebaliknya anda menawarkan penyelesaian kepada mereka (Pro & Cons). Sebaik sahaja anda memahami perkara itu dan memasarkan penyelesaian anda dengan berkesan dan itu tandanya anda akan berada dalam perjalanan menuju perniagaan yang berkembang maju.
11. Laman web profesional adalah WAJIB.
Cadangan terbesar saya untuk menunjukkan kepada usahawan betapa pekanya anda dan sejauh mana anda mengambil berat tentang perniagaan anda melalui tapak web profesional.
12. Ia memerlukan banyak masa.
Mungkin rasanya memulakan perniagaan anda untuk waktu berkerja 9–5 dan akhirnya mendapat lebih banyak masa dalam hidup anda, itu adalah tidak benar.
Apabila anda bekerja 9–5, anda akan dibayar mengikut jam, projek, dsb. Tetapi apabila anda bekerja secara bebas, anda dibayar hanya berdasarkan prestasi anda. Anda yang menentukan masa kerja, cipta suasana kerja yang ideal.
Selebihnya, anda perlu makan, tidur dan bernafas dalam perniagaan ini jika anda ingin berjaya dan capai status kebebasan kewangan
18. Dokumen dan rekod simpanan
Mempunyai rekod simpanan kewangan wang anda, database pelanggan anda dan semua perkara lain yang mungkin anda fikirkan.
Anda tidak akan tahu bila anda memerlukannya.
19. Bina Rangkaian dan hubungan!
Pelanggan baru anda yang terbaik ialah pelanggan lama anda. Maksudnya walaupun mereka pelanggan lama sama ada masih kenal atau tidak, pelanggan tetap, dan apatah lagi pelanggan yang baru anda baru kenal, mereka tetap 'Pelanggan Baru' anda. Harus memberikan layanan VVIP.
Saya telah membina beberapa hubungan persahabatan yang berkekalan dengan rakan-rakan, pekerja lama dan beberapa pelanggan terdahulu (dan kini masih menjadi pelanggan saya!). Dengan berkawan dengan orang lain di landasan yang sama ia akan menjadi lebih mudah berbanding sebaliknya.
Selain itu, berusaha untuk membina hubungan dengan pelanggan anda. Jadilah profesional dan bersikap mesra.
”Pelanggan terbaik anda adalah yang selalu membeli dan mendapatkan perkhidmatan di tempat anda. Kekal berhubung dan terus menceriakan mereka!"
20. Jangan takut untuk belajar daripada kesilapan anda.
Adakalanya anda akan rasa meracau. Buat apa pun, semuanya tidak sempurna. Ketahui apa yang anda boleh lakukan dan teruskan. Teruskan.. terus berkembang dan jangan berhenti.
Saya tahu anda boleh melakukannya!

bonus on your Sosial Media 20 HASHTAGS for small businesses
#ShopLocal+ Your City
#SmallBusiness + Your City
#SmallAndMightyBusiness #SmallBusinessLove
#SmallBusinessSaturday
#ShopSmall Business
#ShopSmall
#CommunityOverCompetition
#Success Mindset
#Business Growth
#Entrepreneur Spirit
#EntrepreneurLifestyle
#Create YourHappy
#BeYourOwnBoss
#BuildYourEmpire
#CalledToCreate
#Online Business
#Business Owners
#BusinessPassion
#EntrepreneursOfInstagram

SALMIE RAZALI
Public Figure | Pengasas | Moderator | Cekgu Usahawan Kecantikan
Hakcipta terpelihara D'Village Spa & Beauty Academy Melaka
No comments :
Post a Comment