Level Usahawan Yang Anda Perlu Tempuh
Sebut mengenai usahawan, pasti kita terbayangkan peniaga yang mempunyai kereta besar dan bisnes yang stabil, sudah mempunyai banyak cawangan dan berjaya. Tetapi sebenarnya banyak tahap yang perlu ditempuhi sebelum usahawan mencapai tahap itu. Berikut adalah stage atau tahap usahawan yang perlu lalui:
1) BEGINNER_Permulaaan
Biasanya beginner adalah orang yang masih bekerja dan mahu menjana pendapatan sampingan. Level ini agak mencabar keimanan seseorang usahawan kerana perlu membahagi kepada dua komitmen.
Dengan ilmu yang tidak mencukupi dan semangat mudah luntur, banyak usahawan tersungkur dijalan ini. Bak kata pepatah, hangat-hangat tahi ayam.
Ada yang mulakan dengan menjadi agen dropship atau bekerja dibawah orang lain. Tengok dan perhatikan cara orang lain bekerja, ianya pengalaman yang sangat berharga dan berguna. Terdapat juga yang masih tercari-cari pekerjaan atau yang mengisi masa menganggur dengan berniaga. Level beginner inilah masa untuk mendapatkan kaedah pemasaran, strategi bisnes, cara mendekati pelanggan dan networking. Cara inilah lebih berkesan untuk menimba ilmu, melalui pengalaman bekerja dengan orang lain atau persendirian.
2) PEMILIK TUNGGAL
Tahap seterusnya adalah pemilik pensendirian. Selepas melepasi tahap beginner, usahawan mula mahu mendaftar nama syarikat sendiri secara sah dan kini mula mahu serius, bukan main-main dan memberikan komitmen sepenuhnya. Semua benda dibuat sendiri daripada memikirkan barang yang mahu dijual, cara marketing dan berhubung dengan pelanggan semua dilakukan berseorangan.
3) BOS
Seterusnya setelah bisnes semakin baik, usahawan mula mahukan pembantu kerana tidak menang tangan. Pembantu akan mengikut arahan bos tetapi bos tidak mencurahkan sepenuh kepercayaan kepada pekerjanya. Semuanya akan dipantau oleh si bos. Tanggungjawab bos kini bertambah, perlu memikirkan hal ehwal pekerja, pengurusan pekerja dan seimbangkan antara sales dengan production.
Bos perlulah menjadi leader yang bagus dan tunjukkan role model yang boleh dicontohi.
4) CEO
Di level ini CEO mula menyerahkan tugas-tugas dan kepercayaan kepada orang bawahannya. Meeting biasanya dilakukan seminggu sekali atau sebulan sekali bagi memantau. Mereka kini tidak lagi secara direct menjalankan perniagaan, tetapi memikirkan cara untuk menambah francais dan cawangan bagi mengembangkan perniagaan. Mereka memikirkan risiko mendatang, melakukan pelaburan dalam bisnes lain dan perancangan masa hadapan syarikat.
5) KORPORAT
Ini tahap tertinggi untuk CEO atau president syarikat akan ambil peluang dan melakukan pelaburan yang tinggi. Mereka tidak lagi memikirkan hal-hal yang kecil tetapi merangka masa depan syarikat bertahun-tahun kehadapan. Peluang yang ada untuk akan diambil walau risikonya besar. Menjual dan membeli bisnes bukan lagi asing bagi tahap korporat.
No comments :
Post a Comment