Kalendar 2022



Kosmetologi atau Estetika.

Apabila anda berfikir tentang menghadiri Kursus Kecantikan, kemungkinan kosmetologi dan estetika adalah dua program pertama yang terlintas dalam fikiran. Ada sebab yang baik untuk anda berfikir begitu! Menurut Biro Statistik Tenaga Kerja, kerjaya dalam bidang kosmetologi dan estetika telah berkembang merata lebih cepat sejak tahun 2018. Ramai pelajar/peserta kami yang berpotensi tertanya-tanya apa perbezaan antara kosmetologi dan estetika. Walaupun terdapat beberapa persamaan antara apa yang dilakukan oleh ahli kosmetik dan apa yang dilakukan oleh pakar kecantikan, bidang ini sebenarnya sangat berbeza. Tetapkan diri anda sebagai pakar kosmetologi atau pakar estetika bagi menonjolkan kecantikan untuk orang lain. Tenaga pengajar yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun di D'Village Spa Beauty Academy sedia membantu anda mengasah teknik anda dan belajar bagaimana mengubah minat anda menjadi sumber pencarian yang bermanfaat. Temui pelbagai keistimewaan akademi kecantikan kami di Taman Cheng, Baru Melaka, Malaysia hari ini. MELANGKAUI PERMULAAN DENGAN ASAS Lihat apa yang boleh anda lakukan dengan mengikuti kursus kecantikan dari D'Village Spa Beauty Academy. Sama ada matlamat anda adalah memiliki salun atau melakukan rawatan spa di resort, mencari kerjaya dalam bidang kecantikan yang anda gemari semuanya bermula dengan program yang lengkap. Bekerja dengan spa berkualiti tinggi atau produk salun, pelajar perlu memperoleh kemahiran teknikal dan Sijil Pencapaian untuk menjadi seorang profesional berlesen. Anda akan mengikuti kursus di kelas, bekerja pada pelanggan dan banyak lagi. Sekiranya anda tidak pasti program mana yang harus diikuti, teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perbezaannya! Sila baca mengenai KOSMETOLOGI dan ESTETIKA
Hetalia: Axis Powers - Taiwan

Bahagian 1. Usahawanan Kecantikan


Idea Bisnes
Dunia perniagaan pada hari ini penuh dengan kepelbagaian produk serta barangan yang menarik seperti produk kecantikan, produk makanan, produk percetakan dan sebagainya.
Malah budaya berniaga ini amat ditekankan oleh Nabi Muhammad SAW sebagai pintu rezeki yang utama. Ini selaras dengan sebuah hadis riwayat at-Tirmizi yang bermaksud; “Sembilan daripada persepuluh rezeki datang daripada perniagaan” Penekanan budaya berniaga dalam Islam turut menekankan nilai-nilai baik yang perlu diamalkan menepati prinsip dan matlamat syariah.
Tapi perlu ingat, untuk memulakan sebuah perniagaan kita perlu arif tentang produk yang ingin kita mulakan. Ciri-ciri yang harus di titikberatkan sama ada ingin lakukan untuk sepenuh masa, separuh masa ataupun secara franchise dan yang paling penting ialah modal kos permulaan yang harus kita sediakan.

Tips Memulakan Perkhidmatan Salon Kecantikan
Perniagaan yang berkaitan dengan minat kaum wanita memang tidak pernah membosankan. Selain fesyen, kecantikan merupakan salah satu perniagaan yang berpotensi. Untuk tampil cantik, biasanya kaum wanita tidak akan berkira berbelanja banyak.
Anda sebagai calon usahawan boleh memanfaatkan peluang ini untuk membuka perkhidmatan salon kecantikan. Kelebihan membuka salon kecantikan ialah sentiasa ada, diatas permintaan ramai kerana semua orang perlu menjaga penampilan agar segak dan kemas.
Kelebihan lainnya adalah anda mampu meraih pendapatan daripada pelanggan yang setia. Akan tetapi anda perlu berhati-hati, kerana perniagaan ini tergolong dalam bentuk perkhidmatan, di mana kepuasan pelanggan menjadi KEUTAMAAN.

Ada beberapa hal yang perlu anda tahu sebelum memulai perniagaan salon kecantikan ini, antara lain:

Dalami bidang yang ingin anda ceburi
Anda perlu terlebih dahulu berminat mempelajari tentang kecantikan; adakah anda biasa berdandan? Walaupun anda seorang pemilik perniagaan, anda perlu mempunyai visi yang jelas tentang matlamat perniagaan.

Kaji selidik tentang persaingan dalam perniagaan
Kaji selidik amat penting untuk menentukan kelebihan salon anda berbanding dengan salon-salon yang lain. Kaji apa saja kelebihan dan kekurangan salon di sekitar tempat anda merancang untuk membuka perniagaan. Ini perlu dibuat supaya perniagaan anda unik daripada salon-salon lain.

Kenali pelanggan salon anda
Anda perlu mengetahui keperluan pelanggan anda, daripada jenis rawatan salon yang mereka perlukan dan harga yang bersesuaian dengan perkhidmatan yang ditawarkan.

Pelajari setiap hal yang berkaitan dengan kecantikan
Meskipun anda meminati bidang kecantikan, bukan bererti anda harus terburu-buru untuk membuka perniagaan ini tanpa pengetahuan yang cukup. Anda boleh belajar di tempat kursus kecantikan yang sesuai dengan jadual anda dan mengikut kemampuan. Carilah informasi dari sumber lain, seperti bahan bacaan dan seminar. Dan yang tak kurang pentingnya, meskipun anda hanya ingin berada di balik tabir perniagaan, anda juga harus memiliki pengetahuan asas dan pengetahuan dalam pengurusan salon. Anda amat digalakkan untuk mendapatkan pengiktirafan atas kemahiran yang dimiliki melalui proses pensijilan kerana dengan demikian, secara lansung kemampuan anda diakui dan di iktiraf.

Banyakkan Berlatih
Kerana perniagaan ini mengutamakan kemahiran, maka anda harus banyak berlatih. Anda boleh bekerja dahulu di salon lain, atau mengikuti kursus dan latihan salon kecantikan.

Salon yang bersih dan selesa untuk pelanggan
Bagi sesetengah orang, lawatan ke salon bukan sekadar untuk merawat diri tetapi juga untuk bersantai dan melepaskan kepenatan. Salon yang selesa dan bersih sangat penting untuk memastikan keperluan tersebut.

Promosi
Jika anda membuka perusahaan dalam bidang apa pun, satu daripada perkara utama ialah melakukan promosi. Jika hanya menunggu pelanggan datang dan mewar-warkan perniagaan anda, alamatnya mungkin gulung tikar tidak lama lagi. Promosi boleh dilakukan dengan banyak cara, seperti: mulut ke mulut (word of mouth), iklan di suratkhabar, pengedaran risalah, atau promosi online.

Beri nama yang unik
Nama salon kecantikan anda sebaiknya ringkas atau sesuaikan dengan nama persekitaran perniagaan anda. Selain itu, pilihlah nama salon yang unik dan mudah diingat.

Variasikan perkhidmatan
Perkhidmatan seboleh-bolehnya divariasikan, lebih dari satu jenis, supaya dapat menarik lebih banyak pelanggan. Misalnya mulakan dengan perkhidmatan gunting rambut, rebonding, smoothing dan sebagainya.

Gunakan produk dan peralatan yang baik
Anda harus selalu menggunakan peralatan dan bahan-bahan kecantikan sesuai dengan standard; jangan gunakan bahan dan alat yang berbahaya, kerana ini akan mempengaruhi nama baik anda dan salon anda.

Sentiasa Sabar dan Tekun
Dalam apa usaha sekalipun anda harus mempunyai kesabaran dan ketekunan. Hal inilah yang akan membuat anda semakin matang dalam perniagaan.
Demikianlah beberapa tips dan cara memulai perniagaan salon kecantikan. Semoga berguna dan memberikan inspirasi untuk kejayaan perkhidmatan salon kecantikan anda.


Sertailah bersama kami dalam program 'REZEKI' melalui 'KECANTIKAN'

No comments :



Segala yang tercatat diatas adalah Hak Milik D'Village Spa N Beauty Academy