Kita sedia maklum ramai usahawan kita terutamanya golongan melayu terutama bab urut, bab berpantang yang masih mengunakan kaedah rawatan yang diwarisi secara turun temurun. Namun, tanpa teknik yang betul akan menyebabkan pelanggan anda kemungkinan menghadapi beberapa risiko yang tidak diingini terutamanya melibatkan dalam bidang urutan, mandian serta rawatan muka.
Kemahiran Asas
Kursus paling asas sebelum memulakan perniagaan kecantikan adalah sekurang-kurangnya boleh mengambil Sijil Kemahiran Malaysia atau Sijil Pencapaian Kemahiran Kecantikan dengan mana-mana Akademi Kecantikan yang bertauliah. Tahap Satu adalah mengetahui ASAS perniagaan, langkah serta teknik yang sewajarnya dalam bidang kecantikan. Tahap Dua dan Tahap Tiga adalah bagi mereka yang berkeinginan secara serius untuk menjadi jurulatih kecantikan, sudah mempunyai pengalaman dalam menguruskan salun/spa dan ingin membuka kelas-kelas latihan sendiri berdasarkan pentauliahan.
Dapatkan Ilmu dan Sijil
Sebelum memulakan sesuatu, kita hendaklah mendapatkan ilmu tentang bidang yang ingin kita ceburi. Belajarlah dari orang yang berpengalaman atau institusi yang berkaitan. Banyak tempat dimana anda boleh belajar dan mendalami perniagaan kecantikan. Saya sendiri, walaupun telah mengikuti pelbagai kursus, tetapi masih lagi berminat untuk belajar . Pendek kata, proses pembelajaran jangan terhenti walaupun kita sudah mengetahuinya dengan lebih meluas. Akan ada teknik-teknik baru serta produk dan peralatan kecantikan terkini yang belum kita pelajari. Memanglah memerlukan wang, tetapi ilmu yang dipelajari akan mendatangkan lebih wang kepada kita.
Mempraktikkan Ilmu
Selepas kita mendapat ilmu, sekarang praktikkan apa yang telah dipelajari. Ada sesetengah orang, selepas belajar, terus notanya disimpan dalam almari. Jadi, ilmu yang dipelajari itu menjadi sia-sia. Cuba buat dengan langkah pertama kepada ahli keluarga anda kemudian saudara mara dan sahabat anda. Dapatkan kritikan yang membina daripada mereka. Mungkin cubaan pertama kurang menjadi. Jangan cepat berputus asa, cuba lagi sehingga anda berpuas hati dengan kemahiran dan teknik anda. Bila kemahiran dan teknik anda semakin meningkat, yang pasti usaha dan mutu perkhidmatan anda dapat memuaskan kepada pelanggan anda. Untuk makluman anda, cara melakukan PROMOSI dari mulut ke mulut adalah sangat berkesan.
Ikuti kisah benar dari peserta yang telah mengikuti kursus kecantikan di D'Village Spa & Beauty Academy:-
1. Seorang peserta saya telah membuka SPA kecantikan tanpa memiliki Sijil dan Kemahiran. Beliau hanya mengharapkan 2 orang pekerja yang hanya digajinya setiap bulan. Akhirnya 2 pekerja beliau membuka salon bergerak dan mengambil semua pelanggan beliau. Namun, pelaburan dan kemahirannya tidak sia-sia kerana beliau kini mengusahakan perniagaan SPAnya sendiri dengan menggunakan kemahiran yang telah dipelajari dan memperolehi Sijil Kemahiran Kecantikan melalui kami.
2. Seorang peserta dari persatuan ibu tunggal. Melakukan rawatan muka dari rumah kerumah. Dengan pendapatan RM15.00 utk setiap rawatan muka yang dilakukan. Produk yang digunakan adalah produk kecantikan jualan langsung (MLM). Beliau pula hanya mendapatkan teknik rawatan muka yang paling asas daripada team leader (jika produk jualan langsung adalah menjadi kebiasaan dalam teknik copy & paste sahaja). Tanpa kemahiran yang mencukupi amat suky ar bagi beliau untuk mendapatkan pelanggan. Kini, dengan kemahiran dan teknik rawatan muka yg telah beliau perolehi daripada kami serta tunjuk ajar yang telah kami berikan, alhamdulillah...... Beliau dapat menjana pendapatan yang lebih baik berbanding sebelumnya. Kini dengan keyakinan diri, beliau menaikkan harga daripada RM15.00 ke RM50.00 untuk setiap rawatan muka.
Jadikan usahawan salun sebagai karier idaman. Wanita yang menyimpan impian mempunyai karier idaman dalam bidang kecantikan dan kesihatan, perniagaan salun salah satu perniagaan yang bagus untuk diterokai. Pernigaan ini mampu berkembang sama ada memperkenalkan produk jenama sendiri, membuka lebih banyak cawangan ataupun menaik taraf salun ke spa.
No comments :
Post a Comment