Pemegang SKM, DKM, DLKM, TVET-i, TTT Certificate, Diploma in Beauty Therapy (Esthetician), Professional Certificate in Beauty Therapy
~Sekapur sireh Seulas Pinang~
Assalammualaikum. Salam hormat
dan salam penuh kasih sayang buat kalian yang sudi menjengah blog ini. Segala
puji bagi allah SWT tuhan Pencipta sekalian alam dan selawat serta salam ke
atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Sebagai wanita, terdapat banyak keistimewaan
yang diberikan Allah SWT. Seperti mencari rezeki yang halal, mengharapkan
berkat, bermandi peluh serta berjerih demi berkongsi rezeki bersama keluarga,
anak, suami, isteri, diri sendiri, saudara mara, sahabat, kawan serta rakan dan
memastikan kelancaran hidup didunia yang sementara ini. Hamba berserah kepada
mu Ya Allah semua allah mempermurahkan rezeki hamba-hamba-Nya yang telah
berusaha.
Bukan mudah untuk menceburkan diri dalam perniagaan kecantikan dan spa.
Selain ilmu dan kemahiran, seseorang itu juga perlu bijak menerajui perniagaan
agar terus berkembang maju. Hakikat ini diakui kerana meski nampak mudah
REALITInya hanya segelintir sahaja usahawan Bumiputera yang mampu bertahan.
Cetek ilmu dan kurang pengalaman dalam bidang kecantikan serta spa dan juga
selok belok perniagaan adalah punca kegagalan golongan tersebut.
Dalam proses untuk menimba ilmu kecantikan, anda telah berusaha dengan gigih dari
segi meluangkan masa keemasan anda untuk menghadiri pelbagai Kursus Kecantikan
serta melaburkan wang ringgit untuk menghadiri apa jua kursus yang kami
anjurkan demi mempertingkatkan kemahiran serta memantapkan lagi ekonomi anda.
Tidak kurang juga, dengan membeli pelbagai jenis produk-produk kecantikan yang
lengkap untuk gunakan dalam sesi praktikal. Kami berasa bangga kerana anda
telah menunjukkan sikap ingin belajar untuk memperbaiki diri anda. Kami percaya
sikap murni ini merupakan titik permulaan kepada pencapaian yang lebih tinggi
jika anda tidak jemu mencari ilmu. Kini tibalah masa anda menggunakan ilmu yang
telah anda pelajari untuk memperkembangkan perniagaan anda. Oleh itu, kami
berharap anda telah bersedia dengan sebaik-baiknya untuk merancang strategi dan
aktiviti anda didalam bidang kecantikan.
Di ruangan ini kami menawarkan pelbagai jenis kursus kecantikan, produk kecantikan, juga kami kongsikan bersama anda mengenai selok belok produk-produk kecantikan, tips, petua serta info bagi kesihatan, peluang kejayaan dan bagaimana menjadi usahawan yang berjaya dalam industri kecantikan.
~Kecantikan hanyalah kulit luar. Namun yang sangat penting adalah
keseimbangan antara fikiran, tubuh dan jiwa~
Bagaimana menjadi seorang pendidik dalam industri kecantikan?
Perkara Kecil yang paling besar ialah pendidikan yang hebat datang daripada pelajar yang hebat. Lebih kerap kita meletakkan diri kita di tempat duduk pelajar, lebih dekat kita dengan keperluan pelajar. Kandungan dan konteks persekitaran pembelajaran yang cenderung akan menjadi basi jika kita sentiasa berada di hadapan khalayak dan tidak pernah berada di dalamnya.
Sebagai pendidik dalam industri kecantikan, walaupun kelas banyak dimuatkan dengan teori dan amali, ilmu keusahawanan juga perlu diberikan keutamaan. Hati pendidik juga merupakan perkara kecil yang penting dalam peranan ini. Saya telah mendengar petikan ini daripada ramai orang yang berbeza selama bertahun-tahun dan saya benar-benar percaya ianya benar, "Orang ramai tidak peduli apa yang anda tahu sehingga mereka tahu anda mengambil berat." Malangnya, sudah pasti ada tahap narsisisme dalam dunia pendidikan. Sesetengah orang berdiri di hadapan khalayak kerana mereka benar-benar mahu membentuk minda, manakala yang lain berdiri di hadapan khalayak supaya mereka boleh cuba menarik perhatian orang ramai dengan semua perkara menarik yang mereka tahu. Saya tahu bunyinya agak kasar, tetapi ia benar.
Kita semua telah menghadiri kelas yang berbeza antara satu sama lain dan jika anda benar-benar melihat kembali kelas yang tidak dapat dilupakan, ini akan menjadi tentang perasaan anda dalam kelas itu lebih daripada apa yang anda pelajari.
Elemen fizikal dan teori pembelajaran semuanya boleh ada sahaja, tetapi jika kita sebagai pendidik tidak 100% berdedikasi kepada pelajar sebagai keutamaan tertinggi kita, kita telah terlepas peluang untuk membentuk kehidupan berbanding hanya mengajar sesuatu kemahiran
Sebelum itu, kita kenali dulu siapakah Pengasas biasa-biasa ini, walaupun tidak secantik bidadari tetapi 'manis'nya tetap menjadi pujaan..
Pengenalan
Pengasas : PN SALMIE RAZALI (D’Village
Spa & Beauty Academy, Rumah Pantang Melaka, Salun Rambut Wanita, SalzaR Esthetics)
D'Village Spa & Beauty Academy
adalah pusat Kemahiran Kecantikan di MELAKA. Kami juga telah
melahirkan lebih 3000 usahawan kecantikan yang berilmu, berkemahiran, berdisiplin, berdaya saing dan lebih pro aktif. Akademi kecantikan kami telah dikenali
sejak tahun 2006. Banyak berkolaborasi dengan kerajaan, agensi kerajaan, belia
dan swasta. Pengasas telah menceburkan diri dalam bidang kecantikan seawal tahun 1994. Berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang spa dan terapi kecantikan, perbidanan dan bidang dandanan rambut dan guntingan rambut lelaki juga wanita. Mempunyai produk kecantikan SalzaR Aesthetic dengan kerjasama
SIRIM dan MARA.
Selain
menawarkan khidmat kecantikan, akademi ini melatih beliawanis serta bakal usahawan
sebagai perantis dalam bidang latihan kemahiran kecantikan, penampilan diri, khidmat
rundingan dan nasihat, pengurusan dan bimbingan keusahawanan.
Setiap orang yang berjaya pasti ada permulaan yang hebat, cabaran yang besar dan semangat yang kuat yang ada dalam diri mereka.
No. Pendaftaran Perniagaan (SSM) : MA0164133-U
No. Perdaftaran Lesen (PBT) : L6.19899
Sijil | Diploma
1. SKM
2. DKM
3. TVET-i
4. TTT Certificate
5. Diploma in Beauty Therapy (Esthetician)
6. Professional Advance in Beauty Therapy
7. Back
Stage Makeup & Beauty Courses (Cosmetology)
8. QL Hair Academy (Cosmetology)
9. Kolej
Komuniti Kota Melaka (Sijil Guntingan Rambut dan Dandanan Rambut)
Jawatan dalam sukarelawan :-
1. Pengerusi KOSPEN, Tangga Batu Melaka
2. Pengerusi Pertubuhan Wanita, Keusahawanan & Kemasyarakatan
Antara
Bidang TERDAHULU:-
1. Menceburi
bidang Peragawati bersama :-
- David Modelling Center Melaka selama 6 tahun
- Adam Back Stage Melaka selama 3 tahun
2. Menceburi
bidang tarian bersama :-
- David Entertainment & Dancer selama 2 tahun
- Golden Private Dancer Melaka selama 2 tahun
- Bridget
Seni Melaka selama 2 tahun
AS Choreographer for Beauty Pageant-Catwalk:-
1. Miss
China Town Melaka
2. Miss
Tourism Johor
3. Miss
Kebaya Melaka
4. Miss
Merdeka Queen, Emperor Hotel Melaka
5. Miss
Takara Melaka
6. Tesco Melaka (Staff Annual Dinner-Fashion Show)
Perlantikan Terdahulu
1. Tenaga
Pengajar_Kolej Komuniti Selandar Melaka (Spa dan Kecantikan)
2. Tenaga
Pengajar_Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka (Spa dan Kecantikan)
3. Tenaga
Pengajar_Kolej Komuniti Segamat, Johor (Spa dan Kecantikan)
4. Tenaga
Pengajar_Kolej Komuniti Muar, Ledang. (Spa dan Kecantikan)
5. Panel
Penasihat bagi Program Diploma Kosmetologi Kolej Vokasional, Muar
6.
Kolaborasi Strategik Kolej Komuniti Kota Melaka
7.
Kolaborasi Strategik Beauty Galore Kolej Komuniti Tampin
8. Strategic
Partner IBCI_International Beauty Certified Institute (Professional Beauty
Industry)
Berkerjasama dengan Jabatan atau Persatuan :-
1.Jabatan
Pembangunan Wanita
2.Pertubuhan Wanita, Usahawan & Kemasyarakatan
3.Usahanita Negeri
Melaka
4.Kolej
Komuniti Kota Melaka
5.Kolej
Vokasional, Muar
6.International
Beauty Certified Institute
7.KEMAS, Parlimen Tangga Batu, KEMAS Parlimen Kota Melaka
8. KOSPEN
PUAN SALMIE (cekgu kemahiran kecantikan)
Founder, Instructor, Entrepreneurs, Beauty Management Consultant
Certified Certificate, Certified Instructor
Hakcipta terpelihara D'Village Spa & Beauty Academy Melaka Ⓡ
Disediakan oleh : Aidhan Syahaizad
No comments :
Post a Comment