Kalendar 2024



Kosmetologi atau Estetika.

Apabila anda berfikir tentang menghadiri Kursus Kecantikan, kemungkinan kosmetologi dan estetika adalah dua program pertama yang terlintas dalam fikiran. Ada sebab yang baik untuk anda berfikir begitu! Menurut Biro Statistik Tenaga Kerja, kerjaya dalam bidang kosmetologi dan estetika telah berkembang merata lebih cepat sejak tahun 2018. Ramai pelajar/peserta kami yang berpotensi tertanya-tanya apa perbezaan antara kosmetologi dan estetika. Walaupun terdapat beberapa persamaan antara apa yang dilakukan oleh ahli kosmetik dan apa yang dilakukan oleh pakar kecantikan, bidang ini sebenarnya sangat berbeza. Tetapkan diri anda sebagai pakar kosmetologi atau pakar estetika bagi menonjolkan kecantikan untuk orang lain. Tenaga pengajar yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun di D'Village Spa Beauty Academy sedia membantu anda mengasah teknik anda dan belajar bagaimana mengubah minat anda menjadi sumber pencarian yang bermanfaat. Temui pelbagai keistimewaan akademi kecantikan kami di Taman Cheng, Baru Melaka, Malaysia hari ini. MELANGKAUI PERMULAAN DENGAN ASAS Lihat apa yang boleh anda lakukan dengan mengikuti kursus kecantikan dari D'Village Spa Beauty Academy. Sama ada matlamat anda adalah memiliki salun atau melakukan rawatan spa di resort, mencari kerjaya dalam bidang kecantikan yang anda gemari semuanya bermula dengan program yang lengkap. Bekerja dengan spa berkualiti tinggi atau produk salun, pelajar perlu memperoleh kemahiran teknikal dan Sijil Pencapaian untuk menjadi seorang profesional berlesen. Anda akan mengikuti kursus di kelas, bekerja pada pelanggan dan banyak lagi. Sekiranya anda tidak pasti program mana yang harus diikuti, teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perbezaannya! Sila baca mengenai KOSMETOLOGI dan ESTETIKA
Hetalia: Axis Powers - Taiwan

Bagaimanakah Cara Untuk Membuka Perniagaan Salun Rambut


BACA ARTIKAL INI TERLEBIH DULU! | 12 Langkah panduan untuk membuka perniagaan salun rambut.

Mulakan perniagaan salun rambut anda yang menguntungkan dengan cepat dan mudah.

Adakah anda seorang pendandan rambut berpengalaman, juru rambut atau pengurus salun rambut? Jika ya, ini mungkin masa yang sesuai untuk anda mempertimbangkan untuk membuka salun rambut milik anda sendiri.
Industri kecantikan dijangka berkembang kepada $11 bilion menjelang 2018 tanpa tanda-tanda peniagaan merundum. Kami telah bekerjasama dengan kebanyakan pemilik salun rambut tempatan bagi membantu menyenaraikan langkah-langkah bagaimana membuka perniagaan salun rambut dengan topik yang terdiri daripada perkhidmatan salun kecantikan kepada rancangan pemasaran salun dan sudah tentu keperluan untuk membuka salun rambut.

Tidak dinafikan bahawa industri kecantikan ini amat meluas. Perkara yang menarik tentang salun rambut ialah peluang mengekalkan pelanggan, memasarkan perkhidmatan dan produk anda.
"Sebagai seorang wanita, anda hanya memerlukan sekurang-kurangnya 3-4 kali setahun untuk memotong rambut dan mendapatkan khidmat warna rambut 3-4 kali sesi warna setahun"

Apa yang lebih hebat, Pemilik salun rambut boleh membayar gajinya sendiri melebihi $70,000 setahun (bergantung kepada negeri atau bandar tempat anda mengusahakan salun, itu sudah tentu!) Itu tidak mengira potensi pendapatan jika anda juga menggayakan rambut di salun anda.

Sebelum kita mulakan 10 langkah tersebut, adalah penting untuk saya menyatakan perkara yang jelas: memiliki mana-mana perniagaan (terutamanya yang memberi tumpuan kepada pelanggan seperti salun rambut) memerlukan banyak kerja. Ia tidak mudah dan kebanyakan 80% perniagaan kecil gagal dalam 18 bulan pertama. Ini memang amat mengejutkan. Sebab-sebab kegagalan salun rambut berpunca daripada kesilapan berikut:

i. Lemah, Kaku atau Kurang Perancangan Perniagaan.
Apa sahaja jenis perniagaan sekiranya kekurangan menetapkan perancangan asas yang kukuh untuk kelestarian dan pertumbuhan perniagaan akan menjadi kritikal. Lakukan perubahan peningkatan, menambah baik dan mengoptimumkan sistem amat diperlukan

ii. Kekurangan Dana Permulaan.
Sesetengah perniagaan bermula dengan 'rizab tunai sifar' dan bergantung sepenuhnya pada aliran tunai. Itu amat menakutkan apabila terdapat hari-hari di mana anda menerima kurang pelanggan dan menerima hasil yang rendah. Adalah penting jika anda mempunyai dana bagi memulakan salun rambut dan mengendalikan salun rambut dengan landasan sebanyak mungkin, sekurang-kurangnya 6 bulan pertama untuk memastikan salun anda mempunyai peluang untuk kekal dan gerak berkembang.

iii. Kekurangan Pemasaran dan Penyelidikan Pelanggan.
Pemasaran adalah 50% pengiraan dan 50% penyelidikan serta analisis. Ia juga KRITIKAL untuk memperoleh pelanggan baharu (mana-mana dalam nadi perniagaan). Tanpa pemahaman yang tepat tentang demografi pelanggan anda, anda mungkin akan membuat keputusan yang kurang optimum pada 'kempen pemasaran' sehinggalah kepada penetapan harga yang salah. Sebagai contoh: Jika demografi tempatan anda hanya memperoleh RM30K/tahun, anda benar-benar tidak mahu mengenakan 'harga perdana'. Perkara yang menakutkan ialah anda tidak akan tahu perkara ini tanpa pemasaran dan penyelidikan pelanggan.

Oleh itu, saya di sini untuk membantu anda mengelakkan daripada perangkap tersebut. Seperti kata pepatah: "Mengetahui adalah separuh daripada pertempuran."

Langkah 1: Ketahui Bagaimana Salun Rambut Berfungsi
Ya, anda sudah mempunyai semangat untuk penggayaan rambut atau asas rambut secara umum. Tetapi anda juga perlu belajar tentang selok belok perniagaan, operasi dan perkara di belakang tabir. Cara terbaik untuk anda memahami cara salun berfungsi adalah dengan bekerja di salun. Walaupun ada seorang Pengusaha Salun, tidak semestinya anda 'duduk goyang kaki'.

Anda perlu belajar, menganalisis dan menjawab aspek-aspek berikut dalam menjalankan perniagaan salun rambut:
- Sumber vendor dan katalog
- Ikuti perkembangan trend rambut terkini dan menghadiri pameran dagangan
- Penuhkan inventori, penyimpanan, penghantaran
- Perbelanjaan menjalankan salun rambut
- Penjadualan pekerja dan sistem POS
- Mengupah Rakan Jualan Bersekutu (associate,stokis,agent,dropship) dan pembantu
- Polisi dan prosedur pekerja
- Sistem kedai dan kualiti standard
- Kos barangan dan margin keuntungan
- Petua dan komisen untuk penggaya rambut
- Kelebihan daya saing salun- apakah itu?
- Kelemahan - apakah yang tidak berfungsi dan mengapa?
- Masalah, bagaimana cara ia ditangani dan cara untuk dielakkan pada masa hadapan
- Pemasaran, jenis taktik pemasaran yang digunakan dan berkesan (dan sama pentingnya: tidak berkesan)
- Apakah perkhidmatan yang ditawarkan di salun rambut
- Apakah jenis warna rambut yang terbaik
- Di mana untuk membeli peralatan salun rambut
- Di mana untuk membeli bekalan salun rambut
- Di mana anda boleh menderma, menyimpan atau membuang rambut pelanggan yang sudah dipotong?
- Berapa banyak yang perlu di bayar untuk menyewa kedai

Senarai itu berterusan dari masa ke semasa.

Perkara terbesar yang tidak pernah di perkatakan oleh sesiapa ialah bagaimana melatih pekerja anda. Itu adalah sesuatu perkara yang selalu saya lihat di anggap sebagai jalan mudah. Tidak semua stylist akan masuk ke arena ini dan terus menjadi bintang rock. Ada yang hebat dan ada yang biasa-biasa sahaja tetapi mereka semua perlu melakukan kerja mengikut cara anda. Anda perlu memikirkan cara anda dahulu sebelum orang lain boleh mempelajarinya melalui anda. Dan cara terbaik untuk melakukannya adalah dengan mengkaji perniagaan dari dalaman.

Langkah 2: Buat Rancangan Perniagaan untuk Salun Rambut anda
Mula-mula, mari kita bincangkan tentang apa sebenarnya rancangan perniagaan. Analogi terbaik untuk menerangkan rancangan perniagaan ialah membuat pelan tindakan untuk keseluruhan perniagaan anda. Ibarat seorang arkitek akan mencipta untuk sebuah bangunan baru yang sedang direka dan dibina.
Anda perlu mengatur semua aspek perniagaan anda untuk memastikannya beroperasi dan menyediakan rancangan untuk skala pertumbuhan dengan baik Untuk Salun Rambut anda, bahagian utama rancangan perniagaan anda hendaklah termasuk:

a) Maklumat Ringkasan Salun Rambut Anda.
Ini ialah gambaran ringkas 1-2 halaman salun rambut anda yang mungkin menyentuh aspek unik perniagaan anda yang akan ditakrifkan dengan lebih terperinci kemudian. Adalah penting untuk memastikan SUPER ini ringkas lagi menarik. Ia adalah perkara pertama yang dilihat oleh pelabur atau pemberi pinjaman.

b) Produk dan Perkhidmatan yang akan anda tawarkan.
Tentukan bagaimana cara untuk menghasilkan pendapatan seperti perkhidmatan, produk dan harga yang akan anda kenakan. Termasuk senarai nama-nama pembekal yang akan digunakan juga.

c) Lokasi Sasaran dan Pasaran.
- Di mana anda bercadang untuk membuka salon rambut anda?
- Berapa banyak persaingan yang ada?
- Apakah kategori sasaran pelanggan anda dan pendapatan mereka dilokasi anda?

Tentukan avatar pelanggan anda, kemudian demografi pelanggan anda secara keseluruhan. Di sinilah pelbagai penyelidikan perlu dilakukan dan benar-benar menghabiskan masa untuk disemak bagi mendapatkan pelbagai sumber.

d) Rancangan Pemasaran.
Pelabur atau pemberi pinjaman tahu bahawa pemasaran adalah seperti nafas kepada perniagaan dan begitu juga dengan salun rambut, tiada bezanya! Di sinilah kreativiti amat diperlukan. Serlahkan diri anda daripada kebisingan dengan mengadakan kempen, buat secara talian atau siaran secara langsung, reka bentuk, matlamat, garis masa dan setiap kos menjalankan kempen dan ROI (pulangan pelaburan) yang anda harapkan.

e) Pencapaian dan KPI (key perfomance index)
- Bagaimanakah salun anda akan dilancarkan?
- Apakah langkah yang akan anda lakukan untuk memastikan anda mendapat keuntungan?
- Apakah KPI (Petunjuk Prestasi Utama) pecahan yang akan anda lihat untuk butiran pendapatan?

f) Pasukan Pengurusan.
- Siapakah golongan dalam pasukan anda dan apakah kehebatan kemahiran yang mereka miliki?
- Berapa tahun pengalaman yang mereka ada dan apakah pengkhususan yang mereka miliki?
- Pasarkan kebolehan kemahiran pasukan anda (dalam lampiran) berikan pautan, cara kerja mereka dan foto, sebarang anugerah serta pengiktirafan yang akan menjadi nilai tambah yang hebat.
Ini amat penting kerana dapat meningkatkan hasil pendapatan perniagaan

g) Pelan Kewangan Salun Anda.
- Berapakah jumlah wang yang ingin anda kumpulkan?
- Bagaimana anda akan membelanjakan wang itu?
- Berapakah kos untuk menjalankan perniagaan anda?
- Apakah hasil yang anda perlukan untuk pulangan modal dan apakah yang diperlukan untuk mendapatkan keuntungan?
Bahagian ini adalah sangat kritikal dan mungkin memerlukan bantuan akauntan dan beberapa perisian perakaunan yang tepat dan lengkap.

h) Bahan Lampiran
Anda perlu memastikan logo anda dicipta untuk digunakan dalam rancangan perniagaan salun kecantikan. Semua foto, pautan dan penyelidikan luar hendaklah disertakan dalam bahagian terakhir dalam kertas kerja rancangan perniagaan anda. Memastikan tersusun rapi supaya mudah dicari sebagai rujukan perniagaan samaada digunakan untuk pelabur dan pemberi pinjaman.

Nota : Menulis rancangan perniagaan bukanlah mudah dan kami sedia membantu anda. Jika anda benar-benar berminat dengan langkah ini dan kesempurnaan dalam rancangan perniagaan salun rambut anda, di akhir kursus nanti kami akan kongsikan tips serta penyelesaian yang akan memudahkan anda.

Langkah 3: Temui Potensi Pendapatan
Soalan yang kami dengar sepanjang mengendalikan kursus, "Berapa Banyak Wang Yang Dihasilkan Pemilik Salun Rambut?" Sebenarnya, sesetengah pemilik salon akan mendapat keuntungan lebih daripada pemilik salun yang lain kerana faktor lokasi dan demografi. Walaubagaimanapun, potensi pendapatan untuk pemilik salon rambut pasti ada.

Hasil pemilik salun antara RM46,000 dan RM70,000 setiap tahun tidak termasuk sebarang pendapatan daripada penggayaan rambut untuk pelanggan.

Untuk mengetahui jumlah yang anda boleh buat, tentukan kos setiap perkhidmatan. Kemudian fikirkan bagaimana cara anda boleh mendapat lebih banyak hasil daripada setiap lawatan. Itu adalah gambaran tentang jumlah yang boleh dibawa masuk ke salun anda.

Beberapa petua yang kami cadangkan untuk meningkatkan hasil :

1) Latihan jualan untuk kakitangan
Mengajar mereka cara meningkatkan jualan agar boleh menerima komisyen

2) Produk percuma
Memberikan sampel kepada pelanggan membuatkan mereka berasa disayangi dan membuatkan mereka kembali ke salun anda

3) Perkhidmatan tambahan percuma
Memberikan tawaran percuma kepada pelanggan anda seperti rawatan rambut atau mensyampu rambut dan blow out pada hari lahir mereka. Tawarkan servis yang pantas dan agak murah - membuat perubahan yang besar tanpa mengira dengan pelanggan anda

4) Sijil Hadiah – Sijil hadiah sangat bagus kerana pelanggan anda akan membayar terlebih dahulu untuk mendapatkan rawatan yang ditawarkan samada mereka mungkin gunakan dikemudian hari atau mungkin tidak. Sebaik sahaja pelanggan membayar Sijil Hadiah, mereka perlu kembali untuk menggunakan Sijil tersebut sebelum tarikh luput. Ini akan memberikan peluang kepada anda untuk menjual produk dan perkhidmatan anda. Kesimpulannya, sentiasa ada pelanggan yang keluar dan masuk di salun anda

5) Program kesetiaan pelanggan - Ini akan mengalami sedikit kerugian apabila tidak dilakukan secara betul. Anda mungkin kehilangan wang pada program kesetiaan lebih daripada faedah. Pastikan anda mengira kos dengan tepat sebelum menawarkan program kesetiaan. Anda boleh namakan apa sahaja jenis program. Anda boleh menyediakan 'Loyalty Card' :
i. Dapatkan khidmat 10Xkali guntingan rambut dan Percuma 1X guntingan rambut.
ii. Dengan Pembelian Set Rawatan Rambut + 10XRawatan Rambut dan Percuma 2XRawatan Rambut (bagi khidmat dandanan rambut pastikan setiap kali mereka hadir, bawa set pembelian yang telah mereka beli daripada anda. Sekiranya mereka terlupa bawa set tersebut, boleh gunakan set di salun anda tetapi tetapkan harga perkhidmatan anda lebih rendah dari Harga Perdana)

6) Program rujukan - program ini adalah kaedah terbaik dimana anda memperolehi pelanggan atas pelanggan ataupun lebih mudah 'kenalan dikenalkan kepada kenalan yang lain pula. Anda menyediakan perkhidmatan penggayaan yang sangat baik kepada pelanggan pertama. Tanpa disedari anda mendapat pelanggan baru! Ini disebakan kerana perkhidmatan anda telah mendapat perhatian dari kenalan sebelumnya secara mulut ke mulut.
adalah baik anda merujuk kepada pelanggan pertama tersebut dengan memberikan kad ucapan terima kasih dan mungkin anda bolen memberikan perkhidmatan tambahan percuma apabila mereka berkunjung di salun anda.
Berikan sesuatu yang tidak akan menyebabkan perniagaan anda kerugian.

7) Kad Temujanji
Minta pelanggan membuat janji yang seterusnya sebelum mereka berlalu pergi - Isikan tarikh dan masa bagi memastikan mereka kembali ke salun anda. Teknik yang sangat hebat dan berkesan!

8) Perkhidmatan pelanggan - Fokus pada bahagian ini. Dengan layanan dan kemesraan anda terhadap pelanggan seperti berasa disayangi dan sentiasa dialu-alukan, mereka tidak akan mencari tempat lain untuk merapikan rambut mereka!

Langkah 4: Tetapkan Belanjawan
Jadi, berapakah kos untuk membuka salon rambut?
Ia berbeza-beza bergantung pada jenis salun yang anda mahu buka dan perkhidmatan yang akan anda tawarkan. Pasti anda tertanya-tanya 'jenis salun' sedangkan difikiran anda hanya terbanyakkan ingin bukan salun rambut sudah memadai. Terdapat Unisex Salon, Muslimah Salun, Barber Salun, Pusat Guntingan Rambut Wanita. Itu belum lagi ditambah dengan konsep salun tersebut. Pastikan anda membuat rancangan kewangan salun rambut untuk memberikan asas yang baik kepada diri anda. Pastikan jenis salun dan konsep anda nampak selari.

Baca terus untuk butiran lanjut.

Kos yang perlu dipertimbangkan termasuk:
1. Sewa/Pajakan
2. Gaji
3. Lesen
4. Peralatan yang lengkap
5. Bahan dan Bekalan
6. Insurans
7. Utiliti
8. Faedah (jika anda meminjam atau mengambil pembiayaan)
9. Promosi
10. Yuran francais (jika berkenaan)

Jika anda menjalankan perniagaan di kawasan rumah anda untuk bermula, anda boleh mengeluarkan modal dengan harga sekitar RM5,000. Anda hanya perlu melabur dalam peralatan dan bekalan yang berkualiti dan membelanjakan sedikit untuk kad perniagaan.

Jika anda menjalankan perniagaan salun rambut dengan menyewa premis, anda boleh mengeluarkan modal dari RM25,000 - RM40,000

Jika anda memulakan perniagaan salun secara francais, ia boleh dijalankan di mana-mana sahaja dengan modal dari RM75,000–RM290,000. Terdapat kebaikan dan keburukan untuk hal seperti itu. Anda akan mengeluarkan modal yang banyak, tetapi itu akan membuatkan orang ramai mempercayai kedai anda dengan serta-merta, selain anda akan muncul dahulu di web Google.

Tetapi bagaimana membuka salun rambut milik anda sendiri? Itu boleh menelan kos dari RM60,000 hingga ke atas $200,000 dan menjadikan anda sangat hebat dan salun anda kelihatan megah.

Perkara yang paling penting ialah mengurangkan kos dan anda boleh melakukannya dengan cara:
1. Mempunyai rancangan perniagaan
2. Sumber peralatan yang digunakan jika boleh
3. Pertimbangkan untuk berkongsi bersama ruang kerja
4. Semak harga pembekal anda jika perbelanjaan yang meningkat
5. Pertimbangkan bonus dan anugerah untuk pekerja dan bukannya kenaikan gaji
6. Jawatan pentadbiran seperti penyambut tetamu dikosongkan sementara jika boleh (gunakan sistem janji temu secara dalam talian dimana anda dan jururambut yang mengendalikan sahaja)

Ia juga penting untuk mempertimbangkan cara anda membiayai operasi anda, matlamat hasil perniagaan anda dan dari mana defisit anda datang.

Mengatur Unjuran Aliran Tunai anda
Menggunakan fail excel atau fail google, labelkan lajur mengikut Hari, Bulan dan tahunan. Kemudian, mula mengkategorikan sumber hasil pernigaan anda untuk baris. Ini adalah contoh yang kami ada:
- Sumber Hasil
- Jualan daripada Perkhidmatan
- Jualan daripada Produk

Nota: Untuk helaian unjuran anda, anda harus memecahkan jualan anda mengikut jenis perkhidmatan juga, supaya anda boleh memahami dengan baik perkhidmatan mana yang memacu PALING BANYAK mendatangkan hasil . Dengan cara itu, anda boleh melabur lebih banyak modal ke dalam perkhidmatan berpendapatan tinggi tersebut.

Kemudian, tambahkan dua lagi kategori: Perbelanjaan tetap (perbelanjaan yang kekal) dan perbelanjaan turun naik (seperti kos barang dagangan dan kempen pemasaran). Untuk contoh ini, kami menggunakan :
1. Perbelanjaan Tetap:
- Sewa
- Utiliti
- Gaji
- Insurans
2. Perbelanjaan yang turun naik:
- Produk
- Bekalan
- Pemasaran
- Lain-lain
atau anda boleh menambah nama kategori bagi memudahkan anda menguruskan perbelanjaan

Jika anda mula melihat defisit dalam keuntungan anda, lembaran kerja aliran tunai ini akan memberi anda gambaran samaada matlamat perniagaan anda tercapai dengan jayanya atau mengalami kegagalan.

Langkah 5: Tentukan Produk/Perkhidmatan Yang Akan Ditawarkan
Produk dan perkhidmatan yang anda tawarkan di salun anda membantu menetapkan imej anda. Jika anda boleh melakukan sesuatu yang lebih baik daripada orang lain, pelanggan akan datang kepada anda...Terutama untuk rambut mereka

Terdapat lebih banyak salun khususnya di mana mereka hanya melakukan blow out, tiada potongan rambut, tiada warna rambut, hanya syampu, blow out dan penggayaan.

Di Sebalik itu, adakah anda pernah pergi kepada seseorang yang merosakkan warna rambut anda? Atau siapa yang mengambil terlalu banyak potongan rambut anda? Tidak sudah tentu tidak.

Jadi jangan tawarkan apa-apa yang anda tidak boleh sediakan!

Jika anda sedang mencari contoh, berikut ialah beberapa tawaran biasa dan harga puratanya, serta bergantung pada panjang rambut:
- Potong Rambut (wanita) RM35-RM120
- Potong Rambut (Lelaki) RM17-RM48
- Potong Rambut (kanak-kanak) RM7-RM20
- Warna Rambut (kepala penuh) RM100 (hourly rate)
- Warna Pembetulan RM135 (hourly rate)
- Bleaching RM120 (hourly rate)
- Highlights (half) RM50 (hourly rate)
- Highlights (full) RM80 (hourly rate)
- Updo RM25-RM150
- Blow in/out/curling thong/curling iron/set rambut/flat iron RM10-RM45
- Ombre RM95-RM300
- Balayage RM150-RM400
- Keriting RM40-RM150
- Penyambungan rambut RM150-RM2,000
- Rawatan Keratin RM250-RM400
- Rebonding RM100-RM200

Mempromosikan set pelengkap percubaan dan perkhidmatan ialah cara terbaik untuk meningkatkan hasil di salun anda. Ini sangat penting kerana ia boleh membawa salon anda ke titik pulangan modal dengan lebih cepat.

Diantara produk pelengkap untuk di jual di salun Anda:
- Syampu
- Perapi
- Rawatan Rambut
- Minyak penggayaan, krim, losyen dan balm
- Alat penggayaan
- Rawatan Rambut selepas Warna
- Pengilat kuku
- Berus

Semakin lama anda berkecimpung dalam perniagaan ini, untuk seketika anda boleh melihat produk mana yang paling laris dan mana-mana produk yang tidak laku atau kurang permintaan perlu di keluarkan dari senarai Salun anda. Tetapi anda perlu mencipta idea untuk mendapatkan produk baru yang lebih trending

Ingatlah untuk bertanya kepada diri sendiri, "mengapa pelanggan harus sentiasa datang ke salun? Fikirkan perkara terbaik yang anda lakukan dan fokus tentang ini!

Langkah 6: Tentukan Lokasi
Di sinilah keseluruhan idea membantu belanjawan anda. Begitu juga dengan memahami potensi pendapatan di salun anda.

Lokasi yang hebat dapat melakukan pelbagai perkara. Ini memberikan anda ruang untuk memiliki perniagaan anda tetapi juga merupakan aset untuk membawakan lebih banyak hasil. Anda perlukan gabungan antara keseimbangan dan realti yang premium.

'Walk-In Customer' adalah penting melainkan anda menerima secara temu janji. Anda perlukan suasana salun yang terang dan menarik perhatian agar pelanggan berasa selesa dan ingin selalu berkunjung. Cuba mencari keseimbangan yang baik antara kos sewa dan potensi pendapatan di kawasan yang anda sukai.

Anda inginkan pekerja bersemangat untuk datang bekerja dan berada di kawasan yang menarik dan sejuk adalah bagus untuk itu. Tetapi lebih bagus berada di kawasan yang menarik dan sejuk adalah berada di tempat yang menjana banyak keuntungan. Jadi pilih dengan bijak dan rancang lebih awal!
Pilih lokasi dengan pemikiran yang pintar bukan hanya berdasarkan pada reaksi emosi sekadar menyukai bangunan atau pemandangan.

Beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan selain daripada menyewa, memilih lokasi adalah :-
- Tempat letak kenderaan
- Pencahayaan (tiada siapa yang mahu datang ke sulon di lorong yang menakutkan)
- Trafik pejalan kaki
- Pemandangan (membolehkan pelanggan anda melihat pemandangan luar)

Membuka salun adalah kerja yang sukar jadi permudahkan dengan memilih lokasi yang bagus.

Langkah 7: Cari Pembekal
Setelah anda memilih lokasi, set anggaran belanjawan bagi produk dan perkhidmatan kini anda perlu mencari pembekal. Anda boleh melakukan ini secara dalam talian atau di pameran perdagangan atau mencari pengedar.
Tetapi bandingkan kos dan kualiti dengan pelbagai pembekal jangan hanya menggunakan satu pilihan sahaja. Fikirkan bekalan yang anda perlukan serta tempat terbaik untuk mendapatkannya bagi memastikan perniagaan anda bersedia dan berjaya.

Jadi apakah peralatan yang anda perlukan untuk membuka salun rambut?
- Stesen salun (RM300-RM1000)
- Kerusi salun (RM150-RM300)
- Alat penggayaan haba (RM150-RM1000)
- Telefon (RM50-RM150)
- Peralatan dobi (RM1000-RM2000)
- Gunting rambut+Clipper (RM100-RM500)
- Troli (RM50-RM300)
- Meja penyambut tetamu (RM400-RM2000)
- Kerusi ruang menunggu (RM50-RM250)
- Pengering hud (RM50-RM200)
- Stesen Mencuci Rambut (RM500-RM1000)
- Ruang Pantri (RM500-RM1000)

Selain itu, anda memerlukan bekalan pejabat dan peti pertolongan cemas. Anda juga mungkin memerlukan peti sejuk mini yang diisi dengan air tin, air botol atau penapis air yang ada suhu panas dan sejuk. Menyediakan kemudahan itu tidak mahal manapun tetapi membuatkan pelanggan menghargai layanan kemewahan anda walaupun dengan sebotol air yang sejuk. Apatah lagi hidangan secawan teh cina panas kepada pelanggan yang mendapatkan khidmat anda seawal pagi.

Langkah 8: Buat Rancangan Pemasaran Salon
Anda mempunyai sebuah salun terbaik dan tercantik di dunia tetapi jika anda tidak mempunyai pelanggan tetap, perniagaan anda akan gagal. Di sini kami kongsikan dan menerangkan cara untuk membuat rancangan pemasaran salun rambut anda. Mempromosikan salun rambut anda amat diperlukan untuk mengekalkan perniagaan anda.

Walaupun sebagai sebuah salun yang ditubuhkan anda masih perlu sentiasa menambah pelanggan baharu ke pangkalan pelanggan anda. Terdapat banyak cara untuk melakukan ini, tetapi memfokuskan pada pemasaran tempatan adalah teknik paling berkesan untuk perniagaan yang bergantung pada perkhidmatan fizikal. Tidak ada faedahnya untuk mempromosikan perniagaan salun anda kepada penduduk Kuala Lumpur jika salun anda berada di Melaka.

Berikut ialah beberapa promosi tempatan yang hebat yang boleh anda gunakan :-
1. Pengiklanan Facebook – terutamanya menggunakan iklan kesedaran tempatan
2. Risalah – serahkannya secara peribadi kepada wanita yang anda percaya akan menjadi pelanggan hebat anda
3. Hadiah Peraduan – jangan takut untuk memberikan sesuatu untuk mendapatkan pelanggan baru ke salun anda.
4. Iklan YouTube – anda boleh menyasarkannya pada orang tertentu dan paling berkesan memasang iklan dengan video yang dikaitkan dengan penjagaan rambut
5. Pemasaran E-mel untuk Pelanggan Sedia Ada – maklumkan kepada pelanggan anda tentang tawaran istimewa atau diskaun yang anda tawarkan untuk mereka datang kembali ke salun anda!
6. Papan tanda – Bagi orang yang berjalan kaki yang tercari-cari salun kecantikan, mungkin mereka tidak tahu salun anda berada di sana. Jadi papan tanda salun anda boleh memberi perhatian kepada mereka secara langsung anda menerima pelanggan baru.
7. Buku Telefon – Sesetengah orang masih menggunakan buku telefon untuk menulis nombor telefon pelanggan.
8. Iklan Yelp – Yang ini amat meluas! Ramai orang menggunakan Yelp untuk segala-galanya dan iklan mereka akan menampilkan anda terlebih dahulu apabila seseorang mencari salun atau penjagaan rambut
9. Google Ads/Google Maps – Sama seperti Yelp, orang akan mencari salun di Google dan jika anda melanggan untuk ditampilkan, salun anda akan muncul dipaparan terlebih dahulu
10. Rujukan – dengan mudah alat pemasaran terkuat yang anda boleh miliki! Pelanggan yang berpuas hati mengesyorkan anda kepada lebih ramai orang ialah pujian tertinggi yang boleh diterima oleh salun anda!

Langkah 9: Buat Rancangan Perjawatan
Mengupah pekerja yang salah atau mempunyai pekerja yang betul dalam kedudukan jawatan yang salah boleh menjejaskan perniagaan anda.
Anda perlu mempercayai pekerja anda untuk menjalankan salun walaupun (terutamanya jika) anda tidak boleh berada di sana.

Anda perlu tahu bukan sahaja bilangan kakitangan yang anda perlukan, tetapi jenis orang yang sesuai dengan jawatan mereka. Anda boleh melindungi diri anda dengan meminta pekerja berpotensi menunjukkan kebolehan mereka dan juga dengan menemu bual dengan soalan yang akan mengesahkan kesesuaian budaya kerja mereka.

Di samping itu, anda juga mesti menyusun program latihan stylist anda. Semua penggaya anda harus mengetahui jumlah masa yang mereka ada untuk setiap perkhidmatan dan jumlah produk untuk digunakan setiap kalimelakukan khidmat syampu/perapian/warna dan sebagainya. Pekerja tidak pernah menyedari pembaziran sehingga anda menunjukkan kepada mereka cara mengambil berat tentangnya. Bukan wang mereka yang mereka bazirkan, ini kerana ia milik ANDA.

Lindungi pelaburan anda, dan pastikan anda mempunyai polisi/prosedur operasi standard untuk segala-galanya.

Langkah 10: Tentukan Gaya/Reka Bentuk
Ini adalah bahagian yang menyeronokkan, tetapi sangat ekslusif. Memutuskan gaya serta rekabentuk bagi salun anda boleh menjadi satu cabaran. Salun perlu mewakili keperibadian anda, tetapi jangan sampai menakutkan pelanggan yang mungkin rasa kekok untuk berkunjung ke salun anda.


Klik pautan ini : Peserta kami daripada Seremban yang telah membuka Salun Kecantikan


Daripada meneka dengan apa yang bakal pelanggan anda mahu lihat citarasa potensi anda, TANYA! Anda boleh melakukan beberapa tinjauan di pusat membeli-belah tempatan atau restoran, tanya dan dapatkan tips serta pandangan mereka apa yang kurang. Anda boleh membuat tinjauan dalam talian dan di facebook dengan sasaran tempatan yang mudah.

Bagi logo, pilih pereka yang mahir. Nyatakan personaliti sesuai dengan salun anda dan biarkan pereka membuat beberapa reka bentuk yang boleh anda pilih.

Bagi sebuah salun, tidak kira apa gaya yang di perlu seperti kelihatan santai, mengujakan, Tenang dan yang paling penting sentiasa nampak teratur dan BERSIH. Pelanggan terutama wanita pergi ke salun untuk di manjakan. Berikan mereka ruang yang cantik, tempat duduk yang selesa dan banyak cahaya semula jadi yang indah untuk mengagumi kerja keras penggayaan anda.

Ada sesetengah salun terutama yang menjalankan mini salun atau salun dari rumah ini mempunyai ruang yang kecil tetapi tahukah anda betapa cantiknya mereka memaksimumkan ruang persegi tersebut. Ini adalah pengalaman saya, ketika melawat mini salun peserta saya. Saya akan kongsikan kreativiti hasil salun mereka.

Klik pautan ini : Dimiliki oleh Abu Bakar yang membuka barbershop dihadapan rumahnya


Bercakap tentang penjenamaan, anda memerlukan beberapa kad perniagaan yang kelihatan cantik.

Langkah 11: Buat Pelan Perakaunan

Perisian perakaunan untuk salun rambut

Mempunyai sistem perakaunan yang sedia ada akan menjadi penyumbang penting kepada kejayaan salun rambut anda. Perisian perakaunan boleh membantu anda memastikan nombor siri anda teratur dan akan menjimatkan banyak masa apabila musim cukai berganti. Anda juga dapat memastikan tiada apa-apa yang hilang daripada inventori anda dengan menggunakan sistem perakaunan yang baik.

Langkah 12: Sertai Komuniti Pengusaha Salun
Login/Daftar masuk :-
Group Usahawan Kecantikan

Jangan teragak-agak untuk terlibat sacara dalam talian melalui Facebook. Ikuti group di Facebook dengan pemilik salun lain untuk mendapatkan idea tentang produk dan perkhidmatan baru untuk ditawarkan, dan cara yang lebih cekap untuk menjalankan perniagaan anda!

Garisan bawah
Permulaannya : Membuka (dan menjalankan) perniagaan salun adalah kerja yang banyak. Tetapi jika anda melakukannya dengan betul ia bukan sahaja bermanfaat malah sangat menyeronokkan.


Walaupun saya mempunyai perniagaan sendiri dan berjawatan 'bos' saya tetap mengingatkan diri saya adalah seorang 'pekerja'. Saya menjalankan perniagaan yang boleh membantu dengan ikhlas untuk melahirkan ramai usahawan dalam industri kecantikan. Tetapkan keikhlasan dihati, Insha Allah.. apa yang saya lakukan dapat menceriakan kehidupan orang ramai.
Mudah-mudahan, artikel ini akan memberi anda gambaran tentang apa yang diperlukan untuk membuka perniagaan salun rambut.

Pastikan anda Follow dan Like kami di Facebook https://www.facebook.com/BeautyAcademyMelaka/


SALMIE RAZALI
Public Figure | Pengasas | Moderator | Cekgu Usahawan Kecantikan
Certifice Certificate, Certified Instructor
Hakcipta terpelihara D'Village Spa & Beauty Academy Melaka

#beautyacademymelaka
#thebestacademy
#topranking
#cekgukemahirankecantikan
#kursusguntingrambutmelaka
#kursusguntingrambutlelaki
#guntinganrambutmelaka
#kursusguntingrambutmelaka
#kursusguntinganrambutwanita
#kursuspakejmuslimahsalun
#kursuspakejunisexsalun
#teknikbalayage
#teknikombre
#teknikguntingrambutbob
#teknikrebonding
#teknikperm
#haircuteducation
#haircuttingeducation
#haircolor
#hairdye
#kursuswarnarambut
#kursusrebondingrambut
#kursuskerintingrambut
#kursusrawatanrambut
#sijilguntingrambut
#ilmukemahiranrambut
#kursusbarbersalun
#kursusbarber
#usahawansalun
#trending
#branding

Sertailah bersama kami dalam program 'REZEKI' melalui 'KECANTIKAN'

No comments :



Segala yang tercatat diatas adalah Hak Milik D'Village Spa N Beauty Academy