Skill•Innovation•Workshop
Bagaimana memulakan perniagaan dalam bidang kecantikan?
Kursus-kursus kemahiran kecantikan merupakan satu pelaburan perniagaan dalam Industri Kecantikan yang semakin berdaya saing. Pelajar yang mengikuti kursus-kursus kecantikan ini dapat menguasai ilmu kemahiran mengikut jurusan yang diminati.
Pelajar akan diberikan PERCUMA manual latihan yang merangkumi :-
📚 Garis Panduan Perkhidmatan
📚 Manual Latihan Teknikal
📚 Langkah Keselamatan dan Langkah Kebersihan
📚 Prosedur
📚 Modul Latihan
📚 Kertas Penerangan, LPP
📚 Laporan Kompetensi
📚 Sijil Kemahiran Kecantikan Tahap I, II atau III
Belajar melalui akademi industri kecantikan professional dan berlatih seberapa banyak yang anda boleh dan perlukan semasa tempoh latihan anda. Jadilah pakar dalam perkara yang anda lakukan untuk membuat perubahan dalam kehidupan orang ramai dengan kemahiran yang anda sudah miliki.
D'Village Spa & Beauty Academy adalah sebuah akademi yang berdaftar menggunakan pendekatan modul dalam proses pengajaran yang amat mudah difahami. Konsep pembelajaran ini merupakan satu strategi pembelajaran secara kendiri. Oleh itu, modul disediakan untuk membentuk pelajar menguasai kompetensi yang diperlukan.
Anda juga boleh memilih daripada pelbagai kursus yang kami tawarkan. Kemahiran ini membolehkan pelajar menguruskan perniagaan sendiri atau bekerja dalam bidang ini selepas tamat pengajian di akademi kami.
D'Village Spa & Beauty Academy yang terletak di Taman Cheng Baru, Melaka merupakan sebuah akademi kecantikan yang telah menarik minat orang ramai dari seluruh negara terutama Indonesia, Singapura, Brunei, China.