Apakah itu Rawatan Muka
Rawatan muka adalah suatu rawatan penjagaan kulit untuk wajah termasuk wap wajah, pengelupasan (fizikal dan kimia), ekstrasi kulit, krim, losyen, topeng muka, pengelupasan dan urutan. Ia biasanya dilakukan di salun kecantikan, tetapi juga merupakan rawatan kecantikan kulit biasa. Ia digunakan untuk perawatan kulit biasa dan juga adakalanya perawatan bagi keadaan kulit tertentu.
Jenis rawatan muka termasuk rawatan muka eropah, rawatan muka terapi cahaya LED, Hydrafacial dan mini-facial. Di Malaysia, kebanyakan spa kecantikan menggunakan kaedah Rawatan Muka Eropah.
Adakah rawatan muka baik untuk kulit wajah?
Ramai peserta/pelajar, malahan pelanggan kami menanyakan soalan ini setiap kali hadir di akademi kecantikan kami. Terlebih dahulu, kami akan mulakan dengan soalan yang kebanyakkan ramai yang ingin tahu..
"ADAKAH RAWATAN WAJAH SEBENARNYA BAIK UNTUK KULIT ANDA?"
WALAUPUN ANDA TIDAK MENGALAMI HIPERPIGMENTASI ATAU JERAWAT, KULIT ANDA BOLEH MENDAPAT MANFAAT DARI DIMANJAKAN MELALUI RAWATAN MUKA YANG DAPAT MENJAGANYA MENJADI SIHAT, BERSERI DAN MELAMBATKAN PROSES PENUAAN. SELAIN ITU, MENERIMA RAWATAN WAJAH DARIPADA SEORANG YANG PROFESIONAL AKAN MEMBANTU ANDA UNTUK MENDAPATKAN KEFAHAMAN YANG LEBIH DALAM TERHADAP KULIT WAJAH ANDA.
Jadi, kepada bakal atau sebagai Pengusaha Spa anda harus bersedia dengan soalan pelanggan anda sebab, semakin banyak tips yang anda berikan, semakin sayangnya pelanggan anda dengan hasil yang anda lakukan.
Tambahan, tiada siapa yang dapat menafikan kesan sampingan yang menyahkan tekanan. Rawatan muka dapat membantu membersihkan kulit daripada debu kekotoran daripada pencemaran, dapat memperbaiki tekstur dan seratakan tona warna wajah. Rawatan wajah juga membantu meningkatkan aliran peredaran darah pada wajah agar sel-sel menjadi lebih sihat dan banyak oksigen serta nutrient.
Apakah yang dilakukan ketika mendapatkan sesi rawatan Muka?
Pengelupasan, ekstrasi, urutan, wap dan topeng wajah ketika proses rawatan muka ini dilakukan bagi membantu peremajaan kulit atau dengan kata lain, menjadikan kulit yang segar dan seakan di perbaharui. Ia juga membantu meningkatkan penampilan kulit, memberikan kulit yang sihat, berseri dan lebih seimbang.
Terdapat beberapa jenis rawatan muka yang boleh anda ketahui dan tawarkan kepada pelanggan anda.
💆RAWATAN WAJAH KLASIK/EROPAH (classic / Europe facial)
💆RAWATAN WAJAH ANTI PENUAAN (anti aging facial)
💆AKUPUNCTUR FACIAL (acupuncture facial)
💆RAWATAN WAJAH GALVANIC (
💆RAWATAN WAJAH AYURVEDA
💆RAWATAN FREEKUANSI TINGGI (high frequency facial)
💆RAWATAN MENCERAHKAN WAJAH (brightening facial)
💆MENGHIDRATKAN WAJAH (hydrating facial)
Selain itu, terdapat juga pelbagai jenis rawatan wajah dan adalah lebih baik untuk anda sebagai Pengusaha Kecantikan mengetahuinya dengan lebih lanjut. Setiap jenis rawatan, anda boleh syorkan yang terbaik kepada pelanggan anda atau mereka boleh memilih mengikut pakej yang telah anda tawarkan.
Fail Dari Dalam Rawatan Estetika :
Latihan dan Pensijilan Lanjutan dalam Rawatan Muka.
Sebagai ahli estetik berlesen, anda mungkin dibenarkan untuk menyampaikan perkhidmatan laser bukan ablatif seperti perawatan dibawah.
💆MICRODERMABRASION
💆MICRO NEEDLING
💆CRYOTHERAPY FACIAL
💆FACIAL INFUSION THERAPY
💆LASER SKIN RESURFACING
💆CHEMICAL PEELS
💆LASER SKIN REJUVENATION
💆ENVY FACIAL
💆HYDRAFACIAL
💆FRAXEL SKIN RESURFACING
💆IPL PHOTO REJUVENATION
💆IS CLINICAL FIRE & ICE RESURFACING
Adalah menjadi kepentingan terbaik untuk anda menghubungi agensi pelesenan (akademi kecantikan terlatih) negeri untuk memastikan anda beroperasi mengikut Prosedur Operasi Standard bagi lesen pakar estetik anda sebelum menawarkan perkhidmatan Estetika.
Banyak negeri mengklasifikasikan rawatan Estetika sebagai rawatan perubatan dan penggunaannya terhad kepada profesional perubatan seperti pakar dermatologi. Walau bagaimanapun, ini tidak selalu berlaku! Malahan di beberapa negeri, tiada undang-undang yang menyatakan penggunaan rawatan Estetika. Ini menjadikan perawatan tersebut boleh dilakukan oleh pakar estetik dikebanyakan kawasan.
Oleh itu, demi menjada nama baik Bakal atau Pengusaha Kecantikan adalah wajib mempunyai Sijil atau Lesen yang bertauliah dalam perawatan.
#DuniaKecantikan
#UsahawanIndustriKecantikan
#UsahawanKecantikan
#MengenaiSalunKecantikan
#MengenaiSpaKecantikan
#AkademiSalunKecantikan
#AkademiSpaKecantikan
#rawatanmuka
#kursusrawatanmuka
SALMIE RAZALI
Public Figure | Pengasas | Moderator | Cekgu Usahawan Kecantikan
Hakcipta terpelihara D'Village Spa & Beauty Academy Melaka