Apakah itu perawatan rambut keratin? Apakah perawatan rambut keratin sama seperti meluruskan rambut secara kimia (hair rebonding)?
Tidak sama dan ianya kaedah yang berbeza. Perawatan rambut keratin bersifat sementara manakala meluruskan rambut adalah bersifat kekal. Kedua-dua rawatan atau perkhidmatan ini juga menggunakan bahan kimia yang berbeza dan berfungsi secara berbeza. Ada sesetengahnya menyatakan rawatan keratin juga dikenali sebagai pelurus rambut atau rawatan keratin.
Terdapat banyak versi rawatan rambut keratin yang tersedia. Disini kami berikan beberapa jenis rawatan rambut keratin yang perlu anda ketahui dan pelajari.
📎 Brazillian Blowout
📎 Cezanne
📎 Trisolla dan Trisolla Plus
📎 Keratin Express
📎 Japzilian Keratin
Penggulung kimia menggunakan natrium hidroksida, litium hidroksida, kalium hidroksida atau guanidin hidroksida untuk memecahkan dan menyusun semula ikatan dalam rambut ikal atau keriting. Ini menjadikan rambut lemah dan lurus.
Sebaliknya, rawatan rambut keratin tidak mengubah komposisi kimia rambut tetapi hanya menjadikan rambut lebih licin kerana protein disuntik ke bahagian liang rambut. Rawatan rambut keratin adalah proses kimia di mana Juru rambut melapisi rambut anda dengan protein untuk menjadikan rambut halus dan berkilau.
Menariknya, keratin tidak boleh meluruskan rambut keriting bertahan lama; ini kerana fungsi ditinggalkan untuk 'formaldehyde' dalam formula untuk menyelesaikan proses tersebut. Bahan kimia ini berfungsi bagi mengunci rantai keratin ke dalam garis lurus. Sesetengah bahan mengandungi lebih 'formaldehyde' berbanding produk yang lain dan sesetengahnya mengandungi alternatif yang kurang berbahaya. Penggunaan yang membimbangkan kerana 'formaldehyde' ia adalah 'carcinogen'. Walaupun jumlah 'formaldehyde' yang dikeluarkan dalam rawatan keratin adalah sangat berkurangan, adalah lebih baik untuk memilih rawatan bebas 'formaldehyde'.
Tetapi kini, rawatan keratin yang terbaru adalah bebas daripada 'formaldehyde' dan sebaliknya menggunakan 'glyoxylic acid'. Produk yang menjadi trend dan pilihan yang lebih baik bagi kegunaan Salun Kecantikan dari segi keselamatan dan kecekapan dalam merawat rambut pelanggan.
Hasil rawatan rambut rambut keratin boleh bertahan sehingga enam bulan sekiranya jururambut mahir mencampurkan formula yang bersesuaian mengikut jenis dan keperluan rambut anda. Rawatan keratin mengambil masa dua hingga empat jam bergantung pada panjang rambut, ketebalan rambut, tekstur rambut dan formula rawatan yang digunakan.
1. Syampu rambut
Rambut disyampu dengan syampu penjernih untuk menghilangkan semua kesan minyak, kotoran dan sisa dari rambut.
2. Keringkan rambut secara 'towel dry'
3. Sapukan larutan (hair solution)
Membuat 4 pembahagian rambut. Sapukan bahan pada rambut lapisan demi lapisa. Rawatan itu digunakan dalam bahagian yang sangat nipis dan rambut perlu di sikat lurus.
4. Keringkan rambut sepenuhnya dan gunakan 'flat iron'
Setelah rambut ditiup kering sepenuhnya, ia mesti diseterika rata untuk menggabungkan larutan dalam rambut.
📌Semasa rambut lurus, hujungnya dipotong
5. Bilas Rambut. Kenapa rambut perlu dibilas? Anda tahu mengapa? Saya tertanya-tanya juga. Rambut kelihatan sangat cantik jadi mengapa di bilas? Jawapan saya ialah, itulah yang dikatakan arahan mengikut produk yang dikeluarkan oleh pengeluar, jadi itulah yang saya lakukan termasuk cikgu saya yang terdahulu serta pakar-pakar bahagian rambut. Saya tidak tahu apa yang akan berlaku jika anda tidak mengambil langkah atau arahan ini dan saya tidak mahu mengandaikan untuk mengetahuinya, jadi sekarang mari kita teruskan ke langkah 6. Anda akan lihat rambut selepas dibilas sepenuhnya dengan air. Perhatikan betapa lurusnya rambut pelanggan anda?
6. Keringkan dan gayakan
Kali ini hanya mengambil masa kira-kira sepuluh minit untuk mengeringkan rambut bebas yang lebih santai ini selepas larutan Brazilian Blowout dibilas dari rambut.
Petua : Rawatan keratin adalah pilihan yang baik jika anda menggayakan rambut lurus setiap hari
|
Keratin Rambut 1 |
|
Keratin Rambut 2 |
|
Keratin Rambut 3 |
#rawatanrambut
#rawatankeratin
#kelasrawatanrambut
SALMIE RAZALI
Public Figure | Pengasas | Moderator | Cekgu Usahawan Kecantikan
Hakcipta terpelihara D'Village Spa & Beauty Academy Melaka
Sertailah bersama kami dalam program 'REZEKI' melalui 'KECANTIKAN'