Tujuan penjagaan rambut dan kulit kepala adalah untuk membersih dan merawat bagi mengekalkan kesihatan rambut dan kulit kepala. Ia juga dapat mengelakkan keguguran rambut yang serius dan botak. Menggosok rambut merupakan langkah utama dan penjagaan rambut dan kulit kepala.
Mensyampu adalah perkhidmatan asas dalam bidang dandanan rambut yang melibatkan proses pembersihan rambut dan kulit kepala. Mensyampu dapat menghilangkan kotoran, minyak dan bahan-bahan lain tanpa mengganggu keadaan kulit kepala. Rambut berminyak perlu kerap di syampu jika dibandingkan dengan rambut biasa dan rambut kering
Objektif Khusus :
Menyenaraikan alatan dan bahan
Memilih berus rambut yang sesuai
Prosedur mensyampu rambut
menyenaraikan ciri syampu yang baik
Mengamalkan langkah kebersihan, keselamatan
Diakhir kursus ini, peserta akan dapat mensyampu, mengurut kulit kepala, merapi, manipulasi kulit kepala dan mendandan rambut