~Kandungan~

Lensa Program Kursus Terapi Bidan Kemahiran Siti Mahiza_Sebulan Kursus MamaCare

Kursus Kemahiran Kecantikan Spa dalam perbidanan kini menarik minat golongan wanita muda.

Industri kecantikan merupakan satu bidang yang serba boleh dengan mempunyai permintaan tinggi untuk pelbagai sektor pekerjaan. Mereka yang cemerlang dalam prosedur teknikal atau saintifik amat diperlukan sebagai pakar dalam bidang Spa. Menjadi profesional dalam Juruterapi Bidan dalam industri kecantikan boleh menjangkakan tahap fleksibiliti dengan pekerjaan mereka selaras dengan gaji yang kompetitif (berdaya saing).

Pelajar Siti Mahiza binti Abdul Wahid, daripada Port Dickson Negeri Sembilan yang telah mengikuti Kursus Terapi Bidan. Pelajar yang juga sebelum ini pernah bekerja dalam bidang Sales & Marketing mengambil langkah menukar kerjaya dalam bidang kecantikan yang lebih menguntungkan.

Pelajar akan diberikan panduan pembelajaran profesional kecantikan mengikut SOP yang telah ditetapkan :-
📌Garis Panduan Perkhidmatan Spa
📌Manual Latihan Teknikal-Terapi Bidan
📌Prosedur
📌Modul
📌Keselamatan, Kesihatan, Alam Sekitar
📌Sanitasi, Pembasmian Kuman dan
Pensterilan
📌Laporan Kompetensi
📌Sijil Kemahiran Kecantikan

Anda berpeluang mempelajari segala ilmu profesional berkaitan dengan Pengurusan Kecantikan dan Spa secara teori dan praktikal bagi memastikan mereka memperolehi pengetahuan yang mendalam dan sejurusnya memenuhi kehendak industri kecantikan yang pesat berkembang.

Kami berasa bangga kerana peserta telah menunjukkan sikap ingin belajar untuk memajukan diri.




                 


 
    
                                                       








 






No comments:

Post a Comment

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera
Sila tinggalkan comment anda disini