~Kandungan~

BAYARAN KURSUS KEMAHIRAN SECARA ANSURAN


Kini anda boleh bayar kursus pembelajaran kemahiran kecantikan anda secara ansuran

Nak belajar, tapi terhalang dengan kewangan?
 
Nak belajar tapi ada sahaja halangan bab kewangan… memikirkan masalah tersebut, tanpa berfikiran panjang,terpaksa batalkan hasrat itu. Dah tuh sampai bila-bila laa impian anda untuk menjadi usahawan, apatah lagi nak jadi pengusaha kecantikan tidak tercapai. Kiter nengok orang lain tengah giat mengira duit, tapi anda asyik bertangguh nak masuk kelas gara-gara masalah diatas.  
 
Sebenarnya boleh sahaja jika anda benar-benar ingin bangkit dari situasi tersebut kerana kami menyediakan PEMBAYARAN KURSUS KEMAHIRAN KECANTIKAN SECARA ANSURAN. (nengok tuuu… bibir dah mengukir senyuman… nampakkk… nampakkk tak?) 
 
Berikut Adalah Senarai Kursus Yang Kami Tawarkan
Nama Program:
Pensijilan Dandanan & Guntingan Rambut Lelaki dan Wanita,
Pensijilan Spa & Terapi Kecantikan (rawatan muka, esthetician, urutan, manikur, pedikur)
Pensijilan Terapi Bidan,
Pensijilan Solekan,
Pensijilan Manikur dan Pedikur
 
Berumur          : 16 tahun dan keatas
Jantina             : Lelaki dan Wanita
Kemahiran       : Boleh membaca dan menulis
Jadual kelas    : Isnin hingga Ahad
Cuti                  : Jumaat dan cuti umum
 
Syarat Pembayaran
Minimum         : RM200.00 – RM800.00 (mengikut kod kursus)
Bayar dahulu sehingga sudah 80%, kemudian boleh pilih tarikh untuk masuk kelas. Baki kursus perlu dijelaskan semasa hari pertama kelas bermula
 
Jadual kelas    :           10 pagi – 1petang | 2ptg – 5petang (atau tertakluk kepada jadual yang ditetapkan)

Adakah anda masih mempunyai masalah seperti dibawah:

Adakah anda bersekolah sehingga darjah enam Keputusan PMR dan SPM anda kurang memuaskan  Diberhentikan kerja Anda ingin menjadi pengusaha salun, spa atau barber Ingin bekerja di salun atau spa terkemuka Ingin menukar kerjaya Masih bekerja makan gaji tetapi nak santai-santai cari pendapatan hujung minggu anda Jom daftar kursus kemahiran Spa dan Terapi Kecantikan 20% teori dan 80% amali Teknik dan pembelajaran yang amat mudah difahami.

Disini lahirnya usahawan kecantikan. Klik pautan dibawah untuk pertanyaan