~Kandungan~

Promosi Rawatan Muka




Klik pautan dibawah untuk mendapatkan perkhidmatan rawatan muka 

Hasil penggunaan SalzaR Aesthetic
- 50% (permulaan minggu 1-3) dapat membantu mengurangkan melanin iaitu punca kulit kelihatan gelap dan kusam, dapat mengurangi masalah jeragat dan jerawat, membantu mengecilkan pori-pori wajah
- 80% (pertengahan minggu 4-7) dapat membantu mengurangkan tompok-tompok jeragat/jerawat dan bintik-bintik hitam
- 97% (penggunaan berterusan) membantu peningkatan keanjalan dan kepadatan kulit, menjadikan kulit lebih cerah serata, sihat, terpelihara lembut.

"Your client doesn't care how much you know.....
                                               Until they know how much you care"






GIFT VOUCHER - Rawatan Kecantikan Teknologi Tinggi


Kepada pelanggan yang amat kami hargai.

Kami menawarkan Rawatan Kecantikan Teknologi Tinggi hanya RM10.00 sahaja dengan setiap rawatan. 
πŸ’† Rawatan Cryotherapy
πŸ’† Rawatan Skin Laser

Bagaimana untuk mendapakan Gift Voucher RM10.00 ini?
D Village Spa & Beauty Academy amat menyukai maklum balas anda. 
Langkah pertama :
Tuliskan ulasan -->  gambar anda --> berikan penilaian 5 bintang anda ke profil kami. 
Sila klik pautan tersebut : Google Maps

Langkah kedua :
Selepas selesai memberikan maklum balas di Google Maps, anda dikehendaki membuat screenshot dan hantar ke http://www.wasap.my/60129911207/GiftVoucherRawatanKecantikan

Sertakan sekali maklumat anda ke WhatsApp kami:-
Nama penghantar :
Rawatan (sila pilih satu rawatan sahaja) : 

πŸ“ŒKami akan hantar Voucher Original melalui WhatsApp untuk anda mendapatkan perkhidmatan Cryotherapy ATAU Skin Laser hanya RM10.00 sahaja.

TERMA DAN SYARAT
πŸ“Œ Baucar ini tidak boleh ditebus dengan wang tunai.
πŸ“Œ Satu Baucar untuk seorang dan satu rawatan sahaja
πŸ“Œ TIADA HARGA-HARGA TERSEMBUNYI. Hanya RM10.00 sahaja setiap rawatan
πŸ“Œ Berkuatkuasa 2 Mac 2022

 



#Promosirawatanmuka
#RawatanCryotherapy
#NanoNeedle
#SkinLaser


Mengenai Keratin Rambut

Apakah itu perawatan rambut keratin? Apakah perawatan rambut keratin sama seperti meluruskan rambut secara kimia (hair rebonding)?

Tidak sama dan ianya kaedah yang berbeza. Perawatan rambut keratin bersifat sementara manakala meluruskan rambut adalah bersifat kekal. Kedua-dua rawatan atau perkhidmatan ini juga menggunakan bahan kimia yang berbeza dan berfungsi secara berbeza. Ada sesetengahnya menyatakan rawatan keratin juga dikenali sebagai pelurus rambut atau rawatan keratin.

Terdapat banyak versi rawatan rambut keratin yang tersedia. Disini kami berikan beberapa jenis rawatan rambut keratin yang perlu anda ketahui dan pelajari.

πŸ“Ž Brazillian Blowout
πŸ“Ž Cezanne
πŸ“Ž Trisolla dan Trisolla Plus
πŸ“Ž Keratin Express
πŸ“Ž Japzilian Keratin

Penggulung kimia menggunakan natrium hidroksida, litium hidroksida, kalium hidroksida atau guanidin hidroksida untuk memecahkan dan menyusun semula ikatan dalam rambut ikal atau keriting. Ini menjadikan rambut lemah dan lurus. 

Sebaliknya, rawatan rambut keratin tidak mengubah komposisi kimia rambut tetapi hanya menjadikan rambut lebih licin kerana protein disuntik ke bahagian liang rambut. Rawatan rambut keratin adalah proses kimia di mana Juru rambut melapisi rambut anda dengan protein untuk menjadikan rambut halus dan berkilau. 

Menariknya, keratin tidak boleh meluruskan rambut keriting bertahan lama; ini kerana fungsi ditinggalkan untuk 'formaldehyde' dalam formula untuk menyelesaikan proses tersebut. Bahan kimia ini berfungsi bagi mengunci rantai keratin ke dalam garis lurus. Sesetengah bahan mengandungi lebih 'formaldehyde' berbanding produk yang lain dan sesetengahnya mengandungi alternatif yang kurang berbahaya. Penggunaan yang membimbangkan kerana 'formaldehyde' ia adalah 'carcinogen'. Walaupun jumlah 'formaldehyde' yang dikeluarkan dalam rawatan keratin adalah sangat berkurangan, adalah lebih baik untuk memilih rawatan bebas 'formaldehyde'.

Tetapi kini, rawatan keratin yang terbaru adalah bebas daripada 'formaldehyde' dan sebaliknya menggunakan 'glyoxylic acid'. Produk yang menjadi trend dan pilihan yang lebih baik bagi kegunaan Salun Kecantikan dari segi keselamatan dan kecekapan dalam merawat rambut pelanggan. 

Hasil rawatan rambut rambut keratin boleh bertahan sehingga enam bulan sekiranya jururambut mahir mencampurkan formula yang bersesuaian mengikut jenis dan keperluan rambut anda. Rawatan keratin mengambil masa dua hingga empat jam bergantung pada panjang rambut, ketebalan rambut, tekstur rambut dan formula rawatan yang digunakan.    

1. Syampu rambut
Rambut disyampu dengan syampu penjernih untuk menghilangkan semua kesan minyak, kotoran dan sisa dari rambut.

2. Keringkan rambut secara 'towel dry'

3. Sapukan larutan (hair solution)
Membuat 4 pembahagian rambut. Sapukan bahan pada rambut lapisan demi lapisa. Rawatan itu digunakan dalam bahagian yang sangat nipis dan rambut perlu di sikat lurus.

4. Keringkan rambut sepenuhnya dan gunakan 'flat iron'
Setelah rambut ditiup kering sepenuhnya, ia mesti diseterika rata untuk menggabungkan larutan dalam rambut.
πŸ“ŒSemasa rambut lurus, hujungnya dipotong

5. Bilas Rambut. Kenapa rambut perlu dibilas? Anda tahu mengapa? Saya tertanya-tanya juga. Rambut kelihatan sangat cantik jadi mengapa di bilas? Jawapan saya ialah, itulah yang dikatakan arahan mengikut produk yang dikeluarkan oleh pengeluar, jadi itulah yang saya lakukan termasuk cikgu saya yang terdahulu serta pakar-pakar bahagian rambut. Saya tidak tahu apa yang akan berlaku jika anda tidak mengambil langkah atau arahan ini dan saya tidak mahu mengandaikan untuk mengetahuinya, jadi sekarang mari kita teruskan ke langkah 6. Anda akan lihat rambut selepas dibilas sepenuhnya dengan air. Perhatikan betapa lurusnya rambut pelanggan anda?

6. Keringkan dan gayakan
Kali ini hanya mengambil masa kira-kira sepuluh minit untuk mengeringkan rambut bebas yang lebih santai ini selepas larutan Brazilian Blowout dibilas dari rambut.

Petua : Rawatan keratin adalah pilihan yang baik jika anda menggayakan rambut lurus setiap hari

Keratin Rambut 1

Keratin Rambut 2

Keratin Rambut 3


#rawatanrambut
#rawatankeratin
#kelasrawatanrambut

SALMIE RAZALI
Public Figure | Pengasas | Moderator | Cekgu Usahawan Kecantikan
Hakcipta terpelihara D'Village Spa & Beauty Academy Melaka

Program Kerjaya Usahawan Kecantikan


Dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Melaka dan PWKK, Parlimen Tangga Batu di bawah Peruntukan Khas Perbendaharaan  Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam menyediakan pelbagai program dalam industri kecantikan.

Objektif program
πŸ’₯Menaiktaraf kemahiran dengan teknologi terkini
πŸ’₯Menerapkan teknik kemahiran, tips, penggunaan bahan dan alatan
πŸ’₯Memberikan pendedahan dalam strategi berniaga mengikut trend semasa (platform e-commerce
πŸ’₯Melahirkan usahawan kecantikan yang berilmu, berdaya saing dan berani mencuba sesuatu yang terbaru, berdisiplin dan lebih pro aktif.

Sasaran 
Penyertaan ini terbuka kepada bakal atau pengusaha spa atau salon, keluarga berpendapatan rendah, ibu tunggal, wanita miskin bandar/luar bandar.

Kelebihan menyertai program ini
πŸ’₯Teori dan 100% hands on praktikal
πŸ’₯Bahan dan alatan asas bernilai RM350.00 akan diberikan
πŸ’₯Nota bergambar, video secara e-book 
πŸ’₯Sijil Pencapaian 
πŸ’₯Makan dan Minum

Klik pautan bagi mengetahui jadual Program Kerjaya Usahawan Kecantikan

Majlis perasmian dan penutupan serta penyampaian Sijil Pencapaian kepada usahawan kecantikan oleh Yang Berbahagia Puan Nurul Huda Binti Kamarul Zahari, Pengarah Pejabat Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Melaka

Turut hadir En Fairus, Timbalan Pengarah Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Melaka

Peserta kursus nano infusion therapy 1/1/2022

Peserta kursus nano infusion therapy 3/1/2022

Peserta kursus nano infusion therapy 30/1/2022




Aktiviti peserta dalam melaksanakan proses Rawatan Muka Teknologi Tinggi
Kursus Nano Needle Infusion Therapy