Kalendar 2022



Kosmetologi atau Estetika.

Apabila anda berfikir tentang menghadiri Kursus Kecantikan, kemungkinan kosmetologi dan estetika adalah dua program pertama yang terlintas dalam fikiran. Ada sebab yang baik untuk anda berfikir begitu! Menurut Biro Statistik Tenaga Kerja, kerjaya dalam bidang kosmetologi dan estetika telah berkembang merata lebih cepat sejak tahun 2018. Ramai pelajar/peserta kami yang berpotensi tertanya-tanya apa perbezaan antara kosmetologi dan estetika. Walaupun terdapat beberapa persamaan antara apa yang dilakukan oleh ahli kosmetik dan apa yang dilakukan oleh pakar kecantikan, bidang ini sebenarnya sangat berbeza. Tetapkan diri anda sebagai pakar kosmetologi atau pakar estetika bagi menonjolkan kecantikan untuk orang lain. Tenaga pengajar yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun di D'Village Spa Beauty Academy sedia membantu anda mengasah teknik anda dan belajar bagaimana mengubah minat anda menjadi sumber pencarian yang bermanfaat. Temui pelbagai keistimewaan akademi kecantikan kami di Taman Cheng, Baru Melaka, Malaysia hari ini. MELANGKAUI PERMULAAN DENGAN ASAS Lihat apa yang boleh anda lakukan dengan mengikuti kursus kecantikan dari D'Village Spa Beauty Academy. Sama ada matlamat anda adalah memiliki salun atau melakukan rawatan spa di resort, mencari kerjaya dalam bidang kecantikan yang anda gemari semuanya bermula dengan program yang lengkap. Bekerja dengan spa berkualiti tinggi atau produk salun, pelajar perlu memperoleh kemahiran teknikal dan Sijil Pencapaian untuk menjadi seorang profesional berlesen. Anda akan mengikuti kursus di kelas, bekerja pada pelanggan dan banyak lagi. Sekiranya anda tidak pasti program mana yang harus diikuti, teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perbezaannya! Sila baca mengenai KOSMETOLOGI dan ESTETIKA
Hetalia: Axis Powers - Taiwan

GALERI_Siti Mahiza_Sebulan Kursus MamaCare

30 hari Kursus MamaCare_Penjagaan Wanita Dalam Berpantang yang disertai oleh Puan Siti Mahiza Binti Abdul Wahid daripada Port Dickson, Negeri Sembilan yang kini mengambil kursus lengkap MamaCare. Puan Mahiza yang pernah bekerja dalam bidang Sales & Marketing mengambil langkah menukar kerjaya dalam bidang kecantikan yang lebih memguntungkan.

Kami berasa bangga kerana peserta telah menunjukkan sikap ingin belajar untuk memajukan diri.





                 
Hari Pertama

                   
 







 


   
Hari kedua




Sertailah bersama kami dalam program 'REZEKI' melalui 'KECANTIKAN'

GALERI_Siti Aisyah_Sebulan Kursus Rawatan Muka

30 hari Kursus Rawatan Muka yang disertai oleh Puan Siti Aisyah Bt Mahayuddin daripada Bukit Rambai, Melaka yang kini mengambil kursus lengkap rawatan muka. Puan Aisyah mengambil sesi pagi kerana peserta bekerja. Peserta memasarkan produk Primadona iaitu produk Dato Sarimah

Kami berasa bangga kerana peserta telah menunjukkan sikap ingin belajar untuk memajukan diri.

Hari pertama 
 



 

Hari kedua
 


 

 

Hari ketiga





Sertailah bersama kami dalam program 'REZEKI' melalui 'KECANTIKAN'

GALERI_Kemahiran_Kerinting Rambut

Kursus Mengerinting Rambut. Anda akan di ajar cara mengerinting rambut dengan pelbagai teknik, Jommm daftar kursus anda dengan segera.








Sertailah bersama kami dalam program 'REZEKI' melalui 'KECANTIKAN'

Peserta Fazlinda_Kursus Rawatan Muka


Puan Fazlinda Bt Razali daripada Tangga Batu Perdana, Melaka yang mengambil Kursus Rawatan Muka. Didalam modul ini, peserta akan menjalan praktikal rawatan muka. Peserta yang pada mulanya aktif didalam bidang pemakanan dengan mengendalikan kedai Steamboat miliknya selama 2 tahun di Plaza Sungai Udang Melaka kini beralih kedalam bidang kecantikan. Peserta kini aktif dalam bidang kecantikan bagi memasarkan produk kecantikan seperti pemakanan, pelansingan serta kosmetik. Disamping berminat untuk menyertai pelbagai kursus yang ingin di ikuti seperti urutan serta mandian yang telah kami anjurkan. Tujuan peserta ingin menyertai kurus rawatan muka ini untuk memantap perniagaan kecantikan dimana peserta ingin mahirkan diri didalam perkhidmatan dan ingin mendapatkan ilmu pengetahuan serta meluaskan rangkaian bagi produk kecantikan yang digunakan. Peserta kini telah membuka spa kecantikan di El'Myra, Plaza Sungai Udang Melaka.

Keseluruhan maklum balas program dari peserta kepada tenaga  pengajar adalah CEMERLANG - Dapat mempelajari teknik asas rawatan muka dengan betul - Pembelajaran dan tunjuk ajar daripada tenaga pengajar yang sempurna serta lengkap dan senang difahami - meliputi keseluruhan subjek -

Kami berasa bangga kerana peserta telah menunjukkan sikap ingin belajar untuk memajukan diri.




















Sertailah bersama kami dalam program 'REZEKI' melalui 'KECANTIKAN'

Kaedah Rawatan Rambut

Penjagaan rambut bermula dari kulit kepala hinggan ke hujung rambut, kerana ia ibarat mahkota yang tidak ternilai tidak kira wanita bertudung atau lelaki. Ini kerana rambut memerlukan penjagaan yang konsistent termasuk bahagian kulit kepala yang terlindung disebalik helaian rambut

Seiring gaya hidup dan kesibukan masa, rawatan rambut di salon tetap menjadi pilihan. Meskipun banyak salon rambut menawarkan rawatan khusus kulit kepala, tidak ramai sedar akan kepentingan dan disini menjadi cabaran anda mencadangkan kepada pelanggan anda itu sendiri.

Justeru, Akademi Kecantikan Melaka menawarkan Kursus Rawatan Rambut yang akan dipelajari seperi rawatan rambut biasa, kering, bermasalah, penggunaan hair mask, scalp, toning, serum, keratin, mengendalikan alatan HF rambut, teknik membilas rambut dengan betul, cara mendandan rambut serta banyak lagi silibus mengenai rambut.

Peserta : Izzaty 

Peserta : Kamsina

Melakukan teknik urutan kulit kepala (urut usap, urut tekan, getaran, urut tepuk)

Membilas rambut dengan bersih

Menyapu krim rawatan mengikut jenis rambut

Krim rawatan perlu disapukan dengan teknik yang betul

Mendedahkan rambut pada alat pengewap rambut

Menggunakan alat frekuensi tinggi (Elektrod Kaca)

Kebaikan rawatan rambut
📌 Merangsang peredaran darah
📌 Menggalakkan keadaan fisiologi rambut supaya sentiasa normal
📌 Merehatkan kepala dan badan
📌 Menggalakkan pertumbuhan rambut sihat
📌 Merangsang pengeluaran sebum yang mencukupi
📌 Mengaktifkan semula kelenjar sebum dan menghasilkan sebum yang mencukupi untuk melembapkan rambut. 





Sertailah bersama kami dalam program 'REZEKI' melalui 'KECANTIKAN'



Segala yang tercatat diatas adalah Hak Milik D'Village Spa N Beauty Academy