~Penuhi kehendak orang lain dengan Bisnes Kecantikan~


~Penuhi kehendak orang lain dengan Bisnes Kecantikan~
Assalammualaikum. Salam hormat dan salam penuh kasih sayang buat kalian yang sudi menjengah blog ini. Bukan mudah untuk menceburkan diri dalam perniagaan kecantikan dan spa. Selain ilmu dan kemahiran, seseorang itu juga perlu bijak menerajui perniagaan agar terus berkembang maju. Hakikat ini diakui kerana meski Nampak mudah REALITInya hanya segelintir sahaja usahawan Bumiputera yang mampu bertahan. Cetek ilmu dan kurang pengalaman dalam bidang kecantikan serta spa dan juga selok belok perniagaan adalah punca kegagalan golongan tersebut.

Dalam proses untuk menimba ilmu kecantikan, anda telah berusaha dengan gigih dari segi meluangkan masa keemasan anda untuk menghadiri pelbagai Kursus Kecantikan serta melaburkan wang ringgit untuk menghadiri apa jua kursus yang kami anjurkan demi mempertingkatkan kemahiran serta memantapkan lagi ekonomi anda. Tidak kurang juga, dengan membeli pelbagai jenis produk-produk kecantikan yang lengkap untuk gunakan dalam sesi praktikal. Kami berasa bangga kerana anda telah menunjukkan sikap ingin belajar untuk memperbaiki diri anda. Kami percaya sikap murni ini merupakan titik permulaan kepada pencapaian yang lebih tinggi jika anda tidak jemu mencari ilmu. Kini tibalah masa anda menggunakan ilmu yang telah anda pelajari untuk memperkembangkan perniagaan anda. Oleh itu, kami berharap anda telah bersedia dengan sebaik-baiknya untuk merancang strategi dan aktiviti anda didalam bidang kecantikan.

Biarkan impian anda menjadi kenyataan...

Yakin Boleh!! Anda Pasti BOLEH!!!


Peluang Menceburi Bidang Kecantikan (Kursus serta bengkel) yang disampaikan secara teori dan lebih kepada aspek praktikal ini terbuka kepada :-

- Pelajar lepasan sekolah
Pelajar yang kurang bernasib baik dalam keputusan peperiksaan masih ada peluang bagi menimba ilmu dalam bidang kemahiran dan mengikut sector kerja. Banyak bengkel jangka pendek dan janka panjang yang boleh disertai salah satunya bengkel kecantikan.

- Pelajar lepasan diploma atau ijazah
Walaupun sudah mempunyai diploma dan ijazah, ia bukan menjadi ukuran kita sudah layak mendapat pekerjaan. Bagi mereka yang bertuah, mungkin dikira bernasib baik kerana tidak sempat menjadi penggangur. Lepasan diploma dan ijazah yang masih tercari-cari peluang, sertai mana-mana kursus atau bengkel yang dirasakan sesuai dengan minat dan mahu bina kredibiliti diri dalam dunia perniagaan.

- Usahawan dan bakal pengusaha salun kecantikan
Usahawan yang mewarisi perniagaan keluarga biasanya mempelajari selok belok perniagaan dengan ahli keluarga terdahulu. Bagi mempertajamkan lagi kemahiran yang ada kursus atau bengkel diperingkat Sijil, Diploma serta lanjutan adalah sesuai bagi membuat persediaan dan menambah pengetahuan dalam industri kecantikan dan kesihatan.

- Suri rumah atau Ibu tungal
Suri rumah yang ingin menambah pendapatan boleh mencuba peuang dengan menyertai bengkel kemahiran asas sebagai permulaan. Antara usaha permulaan yang sesuai ialah menjual produk kecantikan secara sambilan, menawarkan perkhidmatan untuk wanita berpantang dan rawatan muka.

- Kakitangan kerajaan dalam skim pencen
Bagi kakitangan kerajaan yang menamatkan perkhidmatan dan masih mahu melakukan perkara-perkara yang boleh mengisi masa terluang, boleh menyertai bengkel kecantikan. Ianya boleh dilakukan secara sambilan. Tetapi sekiranya ingin serius, peluang memulakan perniagaan kecantikan sentiasa terbuka.

-Wanita yang ingin bertukar kerjaya
Bagi mereka yang ingin keluar dari zon makan gaji, memulakan usaha sendiri dalam bidang perniagaan kecantikan ini juga adalah salah satu pilihan. Kita tidak statik dengan hanya bekerja dengan majikan, sekiranya ingin mencuba sesuatu yang baru, industri ini banyak memberi peluang yang luas tidak kira lelaki mahupun wanita.

BUKAN ITU SAHAJA, malah :-
- Pekerja kilang (warga asing)
- Penganggur
- Pertubuhan Bukan Kerajaan
- Warga Emas
- Orang Kurang Upaya


'Salam sayang'
Wanita Semanis Kurma




Kalendar 2015



Kursus Spa Manicure Dan Spa Pedicure_Isnin-Jumaat


SIJIL ASAS SPA MANICURE & SPA PEDICURE
ISNIN HINGGA JUMAAT
Sesi pagi 10:00 pagi – 1:00 petang
Sesi petang 12:00 tengahari – 3:00 petang

PAKEJ STK 17
1 hari Kursus Asas Manicure
Bayaran : RM200.00
Deposit : RM100.00 (bayaran penuh perlu dijelaskan semasa sesi pendaftaran)
MODUL :-
Produk dan bahan akan disediakan – Amalan kebersihan salun – Langkah-langkah keselamatan – Pengetahuan bahan dan alatan manicure – Kenal pasti masalah kulit – Teknik asas merawat kuku tangan (basic Manicure)

PAKEJ STK 18
1 hari Kursus Asas Pedicure
Bayaran : RM250.00
Deposit : RM100.00 (bayaran penuh perlu dijelaskan semasa sesi pendaftaran)
MODUL :-
Produk dan bahan akan disediakan – Amalan kebersihan salun – Langkah-langkah keselamatan – Pengetahuan bahan dan alatan pedicure – Kenal pasti masalah kulit kaki – Teknik asas merawat kuku kaki (basic Pedicure) – Teknik Foot Bath

PAKEJ STK 19
3 hari Kursus Spa Manicure & Pedicure
Bayaran : RM450.00
Deposit : RM200.00 (bayaran penuh perlu dijelaskan semasa sesi pendaftaran)
MODUL :-
Produk dan bahan akan disediakan – Amalan kebersihan salun – Langkah-langkah keselamatan – Pengetahuan bahan dan alatan manicure – Kenal pasti masalah kulit – Teknik merawat kuku tangan (classic Manicure) – Teknik urutan tangan – Teknik merawat kuku kaki (classic Pedicure) – Teknik Foot Massage – Teknik Foot Bath

PAKEJ STK 20
15 hari Kursus Spa Manicure & Pedicure
Bayaran : RM750.00
Deposit : RM200.00 (bayaran penuh perlu dijelaskan semasa sesi pendaftaran)
MODUL :-
Produk dan bahan akan disediakan – Amalan kebersihan salun – Langkah-langkah keselamatan – Pengetahuan alatan dan bahan manicure – Pengetahuan alatan dan bahan pedicure – Kenal pasti masalah kulit – Teknik merawat kuku tangan (advance Manicure) – Mempelajari teknik urutan tangan – Teknik merawat kuku kaki (advance Pedicure) – Mempelajari Foot Massage – Teknik Foot Bath – Nails grooming

Perhatian : Latihan adalah 100% amali. Pembelajaran daan teknik yang mudah di fahami. Sijil penyertaan akan di berikan selepas tamat kursus. Jadual kursus mengikut masa yang sesuai bagi anda. Walau bagaimanapun, kedatangan adalah WAJIB

SERTAI bersama kami dalam program ‘REZEKI’ melalui ‘KECANTIKAN



Sertailah bersama kami dalam program 'REZEKI' melalui 'KECANTIKAN'

No comments :

Hetalia: Axis Powers - Taiwan


Segala yang tercatat diatas adalah Hak Milik D'Village Spa N Beauty Academy