Kalendar 2022



Kosmetologi atau Estetika.

Apabila anda berfikir tentang menghadiri Kursus Kecantikan, kemungkinan kosmetologi dan estetika adalah dua program pertama yang terlintas dalam fikiran. Ada sebab yang baik untuk anda berfikir begitu! Menurut Biro Statistik Tenaga Kerja, kerjaya dalam bidang kosmetologi dan estetika telah berkembang merata lebih cepat sejak tahun 2018. Ramai pelajar/peserta kami yang berpotensi tertanya-tanya apa perbezaan antara kosmetologi dan estetika. Walaupun terdapat beberapa persamaan antara apa yang dilakukan oleh ahli kosmetik dan apa yang dilakukan oleh pakar kecantikan, bidang ini sebenarnya sangat berbeza. Tetapkan diri anda sebagai pakar kosmetologi atau pakar estetika bagi menonjolkan kecantikan untuk orang lain. Tenaga pengajar yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun di D'Village Spa Beauty Academy sedia membantu anda mengasah teknik anda dan belajar bagaimana mengubah minat anda menjadi sumber pencarian yang bermanfaat. Temui pelbagai keistimewaan akademi kecantikan kami di Taman Cheng, Baru Melaka, Malaysia hari ini. MELANGKAUI PERMULAAN DENGAN ASAS Lihat apa yang boleh anda lakukan dengan mengikuti kursus kecantikan dari D'Village Spa Beauty Academy. Sama ada matlamat anda adalah memiliki salun atau melakukan rawatan spa di resort, mencari kerjaya dalam bidang kecantikan yang anda gemari semuanya bermula dengan program yang lengkap. Bekerja dengan spa berkualiti tinggi atau produk salun, pelajar perlu memperoleh kemahiran teknikal dan Sijil Pencapaian untuk menjadi seorang profesional berlesen. Anda akan mengikuti kursus di kelas, bekerja pada pelanggan dan banyak lagi. Sekiranya anda tidak pasti program mana yang harus diikuti, teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perbezaannya! Sila baca mengenai KOSMETOLOGI dan ESTETIKA
Hetalia: Axis Powers - Taiwan

Perkara Tentang Rawatan Wajah

Meskipun ia satu rutin yang penting namun ramai antara kita yang merasakan merawat kulit satu perkara yang remeh untuk dilakukan.
Sebenarnya merawat kulit tidak lah sesukar yang kita fikirkan namun mungkin kerana maklumat yang salah menyebabkan aturan dalam hal penjagaan kecantikan menjadi rumit. Berikut, beberapa mitos dan fakta yang perlu anda ketahui tentang rawatan wajah.

1. Perawatan kulit wajah perlu dilakukan selepas usia 30 tahun
Perawatan kulit wajah merupakan proses membersihkan kotoran di permukaan kulit. Biarpun ia membantu dalam membersihkan wajah, rawatan ini juga turut berfungsi dalam melancarkan peredaran darah.
Justeru, pemilihan produk penting agar sesuai dengan kulit wajah. Bahkan, rawatan kulit wajah ini tidak hanya boleh dilakukan apabila anda sudah memasuki usia 30 tahun. Sebaliknya andai kulit anda memerlukan rawatan tersebut, tidak kira anda baru berusia awal 20-an, tidak ada salahnya jika mahu melakukan rawatan tersebut.

2. Aloe vera baik untuk kulit
Aloe vera atau lidah buaya memiliki beberapa fungsi yang bukan hanya baik untuk kulit tapi juga rambut. Apa yang perlu anda ketahui, menggunakan aloe vera asli atau yang belum diproses pada wajah bukan merupakan pilihan yang tepat.
Bahkan, penggunaan produk berasaskan aloe vera sama ada sebagai pelembap, pembersih wajah dan krim malam juga tidak bermakna kulit anda akan sentiasa cantik dan sihat. Mungkin juga produk tersebut tidak bersesuaian dengan kulit anda dalam memberikan hasil yang diingini.
Oleh itu berhati-hatilah dalam memilih produk yang mengandungi aloe vera di dalamnya. Pastikan anda mendapat saranan pakar terlebih dahulu atau pakar kulit bagi memastikan produk berasaskan aloe vera ini sesuai dengan kulit anda.

3. Melakukan ”waxing” akan mengurangkan bulu pada wajah dan tubuh
Bukan hal yang mustahil untuk menghilangkan bulu pada wajah dan rambut sekiranya anda mencabut hingga ke akarnya. Namun tidak dengan ”waxing”. Melakukan ”waxing” hanya membersihkan bulu pada permukaan dan hanya bersifat sementara. Selain itu, rawatan ini juga akan menyebabkan pertumbuhan bulu yang baru.

4. Melakukan skrub dengan batu apung baik untuk menanggalkan sel-sel kulit mati
Kulit kita memiliki kecenderungan semula jadi dalam menanggalkan selsel kulit mati, memandangkan ia adalah salah satu sistem tetap tubuh. Justeru, membersihkan kulit dengan pembersih normal seperti sabun secara lembut tanpa menggunakan batu apung juga membantu dalam membersihkan tubuh dari kotoran. Ini kerana membersihkan kulit dengan batu apung akan menyebabkan wujudnya masalah pigmentasi.

5. Penggunaan buah dan sayuran tidak mendatangkan kesan negatif
Bahan-bahan seperti lemon, timun, tomato, dan bawang merupakan bahan yang sering digunakan. Meskipun ia dapat membantu namun tidak sepenuhnya. Misalnya menggunakan timun untuk mengatasi masalah lebam bawah mata mungkin akan memberikan hasil yang efektif pada sesetengah orang tetapi mungkin tidak kepada mereka yang mengalami masalah tersebut disebabkan oleh perubahan hormon dalam badan. Justeru, lebih baik andai kita mengetahui terlebih dahulu penyebab utama masalah kulit.
Menggunakan sayuran dan buah-buahan juga boleh menyebabkan punca berlakunya iritasi atau alergi. Sebaliknya, fungsi buah-buahan adalah membantu menyediakan nutrisi yang diperlukan tubuh seperti vitamin, mineral sekali gus membantu meningkatkan kesihatan kulit.

6. Produk guna bahan semula jadi baik untuk kulit
Perkataan semula jadi tidak semestinya ia selamat dan tidak mendatangkan bahaya kepada kulit. Ada beberapa herba yang berbahaya dan mengandungi racun yang boleh memberi kesan buruk pada kulit. Justeru, sebelum meng gunakan bahan-bahan tersebut, periksa terlebih dahulu sama ada sesuai dengan kulit anda, proses pengo lahannya, kualiti dan jenis bahan yang digunakan.

7. Stim baik untuk semua jenis kulit
Melakukan rawatan stim untuk menghilangkan bintik hitam dan bintik putih dapat memberikan hasil yang baik, dengan syarat tidak dilakukan lebih dari satu atau dua minit. Suhu tinggi yang digunakan ketika rawatan boleh menyebabkan kandungan kolagen dan elastin hancur. Malah, ia turut membuka pori-pori yang tidak diperlukan. Selain itu, bukan semua jenis kulit sesuai untuk rawatan stim. Ada jenis kulit yang tidak disarankan untuk melakukan rawatan ini.

8. Rawatan pemutihan akan buat kulit putih
Warna kulit ditentukan oleh jumlah melanin pada tubuh anda dan bukan melalui rawatan pemutihan atau bleaching. Rawatan ini hanya membantu mencerahkan dan memiliki warna yang serasi dengan ton kulit anda sahaja.

9. Produk luar negara lebih baik daripada produk tempatan
Ramai berpendapat, pemilihan produk luar negara lebih berkesan serta memiliki khasiat yang lebih baik daripada produk tempatan. Namun, apa yang penting adalah anda perlu mengetahui jenis produk yang dikeluarkan bagi memastikan ia sesuai dengan kondisi cuaca dan jenis kulit majoriti sesebuah negara. Oleh itu, tidak benar jika ada beranggapan produk keluaran luar negara lebih bermutu dan ber kualiti dari produk tempatan.


Sertailah bersama kami dalam program 'REZEKI' melalui 'KECANTIKAN'

Kekal Muda Tak Kira Usia

Kekal Muda tak kira usia

Ton kulit senada mampu menyuntik seri wajah kusam. Ikuti tip dibawah.


20-an_Mulakan lebih awal. YA.. kulit anda masih tegang dan kurang bermasalah, namun anda perlu menidakkan kemunculan pigmentasi. Mencecah umur 20 tahun, pakar dermatologi percaya tanda-tanda akne, jeragat atau melasma (muncul sewaktu hamil atau kesan daripada pil perancang kehamilan) akan mula kelihatan.

30-an_Hindari stress. Rasa bimbang yang berterusan, baik kerjaya atau keluarga selalunya menjadi penyebab kerosakan kulit. Peringkat umur 30 tahun, hiperpigmentasi berkait rapat dengan tekanan. Tabiat menggaru dan memecah jerawat pula akan meninggalkan tompok hitam atau coklat.

40-an_Atasi masalah kulit. Menjangkau umur 40-an, ramai wanita mengabaikan pil tambahan, apatah lagi rutin kecantikan kerana masa banyak di habiskan bersama anak-anak. Walaupun kestabilan hormone dan melasma di bawah paras normal dan terkawal, peringkat ini semestinya dihabiskan dengan rutin kecantikan. Disarankan anda memilih produk pencerahan yang mengandungi ramuan Pitera dan Ekstrak Yis agar kulit lebih sekata dan menghalang masalah pigmentasi.

50-an_Kembali sinar. Efek menopaus sama buruknya dengan pil perancang kerana menyebabkan masalah hormone tidak seimbang sehingga menjana pigmentasi kulit. Sementelah, kulit juga mulai kering, sensitif dan juga kusam. Saranan kami, ramuan Arbutin, Licorice dan Antioksida membantu menghentikan lebihan melanin langsung menyerikan kulit.

60-an_Be Gentle. Ketika ini, wanita mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami perubahan warna kulit jika anda mengamalkan pengambilan ubat anti hipertensi. Ini juga boleh meningkatkan tahap sentitiviti matahari atau estrogen. Kesimpulannya, doktor menasihatkan agar penggunaan produk tabis suria di pakai setiap hari dengan produk pemitihan anti penuaan yang menenangkan


3 jenis rawatan kecantikan yang tidak wajib anda lakukan jika berumur lebih 40 tahun kerana ia membuatkan penuaan kulit menjadi lebih teruk.

Mencari rutin penjagaan kulit anti-penuaan yang sesuai untuk anda mungkin mengambil sedikit masa, terutamanya dengan begitu banyak produk di pasaran dan rawatan kecantikan serta prosedur kosmetik yang sering dikatakan dapat memelihara kulit menjadi lebih muda.

Sebagai pengasas SalzaR Aesthetic yang banyak berkongsi ilmu bersama pakar kecantikan di SIRIM dan ahli-ahli kosmetik bertauliah, saya juga mengajak anda sama ada yang bakal atau sudah lebih 3 tahun berpengelaman dalam bidang kosmetik untuk kita sama-sama berkongsi pandangan tentang 3 rawatan kecantikan paling popular yang harus di elakkan bagi sesiapa yang berumur lebih dari 40 tahun.

Untuk mengetahui tentang kesan negatifnya terhadap penuaan kulit, baca terus untuk mendapatkan petua dan maklumat berguna.

1. Pengelupasan Kimia Agresif (Chemical Peel)
Prosedur biasa ini, sering dirujuk sebagai hemexfoliation atau dermapeeling bagi memyebabkan trauma atau kecederaan pada lapisan kulit anda dalam usaha untuk mencipta wajah yang lebih muda. Menjalani pengelupasan kimia yang agresif seperti TCA (Trichloroacetic Acid) atau VI Peel (Vitality Institute), ia akan mengganggu penghalang kulit dan kitaran pembaharuan kulit. Jika halangan kulit terus terganggu, kepekaan dan keradangan ini boleh menjadikan kulit kering, warna kulit menjadi tidak sekata dan kelihatan kusam terutamanya, pada warna kulit yang lebih gelap.
“‘Kitaran pembaharuan kulit’ ialah peremajaan diri semula jadi kulit yang mula perlahan pada usia 40-an,” tambah Sethi. "Apabila wanita menghampiri tahap menopaus, keupayaan mereka untuk menghasilkan penghalang kulit lipid secara semula jadi dan kuat semakin berkurangan. Dan di sinilah terjadi apabila peneguhan anti-penuaan bermula."

2. Penurapan Laser Karbon Dioksida (Carbon Dioxide Laser Resurfacing)
Prosedur ini sering digunakan beberapa dekad yang lalu untuk menghilangkan garis halus dan parut jerawat. Ia melibatkan pembakaran seluruh lapisan atas kulit (epidermis) untuk merangsang pengeluaran kulit baru. Selepas rawatan dan ingin menjalani semula rawatan 'laser' jenis ini memerlukan tempoh satu atau dua minggu (bagi memastikan kulit anda kelihatan sembuh seperti mengelupas, berkudis, dll.) Serta melibatkan banyak penjagaan selepas prosedur dan Ini amat menyukarkan kepada sesiapa yang berumur lebih dari 40 tahun.
"Pada usia 40-an, kulit diperbaharui pada kadar yang lebih perlahan dan mempunyai keupayaan yang lebih rendah untuk menghasilkan lipid yang menyelamatkan kulit, menjadikan pemulihan pengelupasan yang agresif lebih lama dan tidak selesa,"
"Semakin lama kulit anda dalam usia 40-an untuk cuba sembuh daripada prosedur, ia akan menjadi lebih sensitif dan ini akan mengganggu proses pembaharuan kulit dan menghalang pembentukan lipid."

3. Fillers To Lift Skin
Saya atau begitu juga anda akui bahawa sesetengah rawatan kecantikan 'filler' mempunyai ruang yang besar dalam bidang estetika, tetapi anda harus gunakan dengan bijak pada orang yang berumur 40 tahun ke atas. "Apabila kulit wajah kelihatan matang, akan berkurangan bentuk keanjalan dan mereka mula perasan rahang dan lipatan yang jelas, terutamanya di sekitar mulut (garisan marionette dan lipatan nasolabial).
"Perubahan ini adalah hasil daripada graviti dan keanjalan kulit yang berkurangan dan pembetulan biasa melibatkan peningkatan kulit (skin lifting). Walau bagaimanapun, jika Rawatan filler digunakan untuk mengangkat kulit dan mengisi kawasan yang kehilangan bentuk anjal, filler sebenarnya boleh membuatkan orang kelihatan terisi dan wajah kelihatan tiruan bukannya lebih muda dan berkontur secara semula jadi.

Klik pautan untuk : Promosi Rawatan Muka











Sertailah bersama kami dalam program 'REZEKI' melalui 'KECANTIKAN'

Mengenai Urutan Wajah

Urutan wajah bukanlah perkara asing di kalangan wanita. Mereka bukan sahaja manu memanjakan tubuh malah wajah juga menjadi ke utamaan. Lantaran tidak hairanlah urutan wajah antara rawatan yang paling popular di spa. Namu kesibukan menyebabkan ramai wanita tidak dapat meluangkan masa memanjakan diri di spa. Selain itu, kos yang tinggi juga antara faktor yang membuatkan wanita terpaksa mengetepikan urutan wajah.

Menyedari perkara ini, kami ingin berkongsi teknik urutan wajah yang dapat di aplikasikan oleh usahawan kecil-kecilan. Urutan wajah ini bukan sahaja mampu menjimatkan kos, malah memberi manfaat kepada kulit. Urutan ini mudah dilakukan dan hanya mengambil masa lima minit atau sepuluh minit. Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, kami menyarankan urutan wajah di lakukan setiap hari sebelum tidur. Sila klik--> Dapatkan langkah demi langkah.

Kebaikan Urutan Wajah :-
-Dapat menghilangkan stress.
-Menegangkan kulit.
-Melancarkan perjalanan darah.
-Mampu melambatkan proses penuaan.
-Member kelegaan kepada penghidap migraine dan hidung tersumbat.
-Mencantikkan dan menyihatkan kulit.

Ketahui Bagaimana Mengatasi Untuk Kulit Berminyak :-
-Bersihkan wajah dua hingga tiga kali sehari menggunakan pencuci bebas minyak.
-Sental wajah dengan lembut agar kulit tidak rosak.
-Cuci wajah menggunakan air suam.
-Kurangkan makanan berminyak dan berlemak.
-Gunakan krim yang mempunyai perlindungan UV.
-Lebihkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran.

Sertailah bersama kami dalam program 'REZEKI' melalui 'KECANTIKAN'

Langkah Demi Langkah Urutan Wajah

Kepada usahawan kecantikan yang tiada kemahiran dan ingin mempraktikan kemahiran, ikuti langkah demi langkah ini yang boleh dijadikan panduan kepada diri sendiri, pelanggan anda samaada dari rumah atau secara bergerak dan juga di salon kecantikan.

Anda boleh gunakan Bio Oil (boleh cari di pharmacy), Rose Hip Oil (produk cosway) atau apa jenis minyak urutan wajah yg dijual dipasaran. Pastikan yang HALAL.

Perkongsian Asas Ilmu Usahawan Kecantikan. Jom pelajari Langkah Demi Langkah Urutan Wajah

Langkah Pertama
Bersihkan wajah terlebih dahulu.





 
 
Langkah Kedua
Titiskan minyak dan calitkan pada tujuh titik di wajah iaitu dahi, bahagian atas dan bawah tulang pipi, hidung, dagu, bahagian kanan serta kiri leher.




 
Langkah Ketiga
Dengan menggunakan jari manis, urut bahagian dahi menghala ke tepi kepala.




Langkah Keempat
Selepas itu, urut di bahagian kiri dan kanan hidung. Urutan menghala ke atas.





 
Langkah Kelima
Kemudian, tarik jari dari bawah pipi ke bahagian tepi kepala.




 
Langkah Keenam
Akhiri urutan di bahagian pipi seperti membentuk nombor 8. Ulang sebanyak tiga kali.




 
Langkah Ketujuh
Gerakkan jari dari hujung dagu sampai hujung kepala di tepi telinga.




 
Langkah Kelapan
Diikuti dengan urutan di bahagian leher






Langkah Kesembilan
Akhir sekali, dengan menggunakan hujung jari tepuk perlahan-lahan bahagian bawah mata







Pesanan :-
Bagi yang kulit berminyak, gunakan hanya dua hingga tiga titis minyak manakala golongan berkulit kering pula, disarankan empat hingga lima titis minyak. Sementara untuk kulit biasa, gunakan tiga hingga empat titis minyak.

Lebihkan titisan minyak untuk urutan di leher kerana bahagian ini sering di pinggirkan. Akibatnya kulit bahagian leher menjadi kering, lantaran ia memerlukan lebih minyak agar kembali lembap.

Urutan mesti menghala ke atas, bukannya ke bawah.
Sertailah bersama kami dalam program 'REZEKI' melalui 'KECANTIKAN'



Segala yang tercatat diatas adalah Hak Milik D'Village Spa N Beauty Academy