~Kandungan~

GALERI_Hayati Md Zin_Bengkel Rawatan Muka_27/12/14

Bengkel Asas Rawatan Muka yang disertai oleh Puan Hayati Bt Md Zin daripada Sg Petai Alor Gajah, Melaka. Peserta seorang surirumah tangga. Pernah bekerja sebagai Engineer disalah sebuah syarikat swasta. Peserta kini aktif dalam bidang MLM bagi produk Herbalife. Tujuan peserta ingin menyertai bengkel asas rawatan muka ini untuk perniagaan kecantikan bagi produk Herbalife dan ingin mendapatkan ilmu pengetahuan serta meluaskan rangkaian bagi produk kecantikan yang digunakan. Peserta ingin membuat perniagaan  yang bermula dari rumah. Lokasi bengkel diadakan di kediaman peserta.

Keseluruhan maklum balas program dari peserta kepada tenaga  pengajar adalah CEMERLANG - Dapat mempelajari teknik asas rawatan muka dengan betul - Pembelajaran dan tunjuk ajar daripada tenaga pengajar yang sempurna serta lengkap dan senang difahami.

Kami berasa bangga kerana peserta telah menunjukkan sikap ingin belajar untuk memajukan diri.