Kalendar 2022



Kosmetologi atau Estetika.

Apabila anda berfikir tentang menghadiri Kursus Kecantikan, kemungkinan kosmetologi dan estetika adalah dua program pertama yang terlintas dalam fikiran. Ada sebab yang baik untuk anda berfikir begitu! Menurut Biro Statistik Tenaga Kerja, kerjaya dalam bidang kosmetologi dan estetika telah berkembang merata lebih cepat sejak tahun 2018. Ramai pelajar/peserta kami yang berpotensi tertanya-tanya apa perbezaan antara kosmetologi dan estetika. Walaupun terdapat beberapa persamaan antara apa yang dilakukan oleh ahli kosmetik dan apa yang dilakukan oleh pakar kecantikan, bidang ini sebenarnya sangat berbeza. Tetapkan diri anda sebagai pakar kosmetologi atau pakar estetika bagi menonjolkan kecantikan untuk orang lain. Tenaga pengajar yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun di D'Village Spa Beauty Academy sedia membantu anda mengasah teknik anda dan belajar bagaimana mengubah minat anda menjadi sumber pencarian yang bermanfaat. Temui pelbagai keistimewaan akademi kecantikan kami di Taman Cheng, Baru Melaka, Malaysia hari ini. MELANGKAUI PERMULAAN DENGAN ASAS Lihat apa yang boleh anda lakukan dengan mengikuti kursus kecantikan dari D'Village Spa Beauty Academy. Sama ada matlamat anda adalah memiliki salun atau melakukan rawatan spa di resort, mencari kerjaya dalam bidang kecantikan yang anda gemari semuanya bermula dengan program yang lengkap. Bekerja dengan spa berkualiti tinggi atau produk salun, pelajar perlu memperoleh kemahiran teknikal dan Sijil Pencapaian untuk menjadi seorang profesional berlesen. Anda akan mengikuti kursus di kelas, bekerja pada pelanggan dan banyak lagi. Sekiranya anda tidak pasti program mana yang harus diikuti, teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perbezaannya! Sila baca mengenai KOSMETOLOGI dan ESTETIKA
Hetalia: Axis Powers - Taiwan

Kemahiran dan Sijil


Kadang kala kita sering mendapatkan perkhidmatan rambut, urut, mandian, penjagaan kuku atau rawatan muka samada yang murah atau yang mahal. Ada di antaranya berkembang dan mendapat permintaan yang cukup baik di bandar ataupun di desa. Ada sesetengahnya membuat salon/spa bergerak seperti melakukan rawatan muka atau pun urutan badan. Sebagai usahawan berskala kecil kami amat mengkagumi dengan usaha dan kerajinan anda demi meningkatkan kewangan yang terjamin. Namun, adakah anda mempunyai sijil kecantikan? Untuk makluman anda, untuk menjadi usahawan salun/spa samada dirumah, di premis atau bergerak secara dari rumah kerumah (mobile spa), anda memerlukan sijil dan membuka akaun perniagaan. Dan tanpa perkara asas, anda perlu bersiap sedia kerana ada segelintir pelanggan yang cerewet akan bertanya beberapa soalan kepada anda mengenai
KEMAHIRAN DAN SIJIL dari mana anda perolehi.

Kita sedia maklum ramai usahawan kita terutamanya golongan melayu terutama bab urut, bab berpantang yang masih mengunakan kaedah rawatan yang diwarisi secara turun temurun. Namun, tanpa teknik yang betul akan menyebabkan pelanggan anda kemungkinan menghadapi beberapa risiko yang tidak diingini terutamanya melibatkan dalam bidang urutan, mandian serta rawatan muka.

Kemahiran Asas
Kursus paling asas sebelum memulakan perniagaan kecantikan adalah sekurang-kurangnya boleh mengambil Sijil Kemahiran Malaysia atau Sijil Pencapaian Kemahiran Kecantikan dengan mana-mana Akademi Kecantikan yang bertauliah. Tahap Satu adalah mengetahui ASAS perniagaan, langkah serta teknik yang sewajarnya dalam bidang kecantikan. Tahap Dua dan Tahap Tiga adalah bagi mereka yang berkeinginan secara serius untuk menjadi jurulatih kecantikan, sudah mempunyai pengalaman dalam menguruskan salun/spa dan ingin membuka kelas-kelas latihan sendiri berdasarkan pentauliahan.

Dapatkan Ilmu dan Sijil
Sebelum memulakan sesuatu, kita hendaklah mendapatkan ilmu tentang bidang yang ingin kita ceburi. Belajarlah dari orang yang berpengalaman atau institusi yang berkaitan. Banyak tempat dimana anda boleh belajar dan mendalami perniagaan kecantikan. Saya sendiri, walaupun telah mengikuti pelbagai kursus, tetapi masih lagi berminat untuk belajar . Pendek kata, proses pembelajaran jangan terhenti walaupun kita sudah mengetahuinya dengan lebih meluas. Akan ada teknik-teknik baru serta produk dan peralatan kecantikan terkini yang belum kita pelajari. Memanglah memerlukan wang, tetapi ilmu yang dipelajari akan mendatangkan lebih wang kepada kita.

Mempraktikkan Ilmu
Selepas kita mendapat ilmu, sekarang praktikkan apa yang telah dipelajari. Ada sesetengah orang, selepas belajar, terus notanya disimpan dalam almari. Jadi, ilmu yang dipelajari itu menjadi sia-sia. Cuba buat dengan langkah pertama kepada ahli keluarga anda kemudian saudara mara dan sahabat anda. Dapatkan kritikan yang membina daripada mereka. Mungkin cubaan pertama kurang menjadi. Jangan cepat berputus asa, cuba lagi sehingga anda berpuas hati dengan kemahiran dan teknik anda. Bila kemahiran dan teknik anda semakin meningkat, yang pasti usaha dan mutu perkhidmatan anda dapat memuaskan kepada pelanggan anda. Untuk makluman anda, cara melakukan PROMOSI dari mulut ke mulut adalah sangat berkesan.

Ikuti kisah benar dari peserta yang telah mengikuti kursus kecantikan di D'Village Spa & Beauty Academy:-
1. Seorang peserta saya telah membuka SPA kecantikan tanpa memiliki Sijil dan Kemahiran. Beliau hanya mengharapkan 2 orang pekerja yang hanya digajinya setiap bulan. Akhirnya 2 pekerja beliau membuka salon bergerak dan mengambil semua pelanggan beliau. Namun, pelaburan dan kemahirannya tidak sia-sia kerana beliau kini mengusahakan perniagaan SPAnya sendiri dengan menggunakan kemahiran yang telah dipelajari dan memperolehi Sijil Kemahiran Kecantikan melalui kami.

2. Seorang peserta dari persatuan ibu tunggal. Melakukan rawatan muka dari rumah kerumah. Dengan pendapatan RM15.00 utk setiap rawatan muka yang dilakukan. Produk yang digunakan adalah produk kecantikan jualan langsung (MLM). Beliau pula hanya mendapatkan teknik rawatan muka yang paling asas daripada team leader (jika produk jualan langsung adalah menjadi kebiasaan dalam teknik copy & paste sahaja). Tanpa kemahiran yang mencukupi amat suky ar bagi beliau untuk mendapatkan pelanggan. Kini, dengan kemahiran dan teknik rawatan muka yg telah beliau perolehi daripada kami serta tunjuk ajar yang telah kami berikan, alhamdulillah...... Beliau dapat menjana pendapatan yang lebih baik berbanding sebelumnya. Kini dengan keyakinan diri, beliau menaikkan harga daripada RM15.00 ke RM50.00 untuk setiap rawatan muka.

Jadikan usahawan salun sebagai karier idaman. Wanita yang menyimpan impian mempunyai karier idaman dalam bidang kecantikan dan kesihatan, perniagaan salun salah satu perniagaan yang bagus untuk diterokai. Pernigaan ini mampu berkembang sama ada memperkenalkan produk jenama sendiri, membuka lebih banyak cawangan ataupun menaik taraf salun ke spa.






Sertailah bersama kami dalam program 'REZEKI' melalui 'KECANTIKAN'

Anugerah Pencapaian_Tenaga Pengajar


Antara Sijil-Sijil yang dimiliki :-

Sijil/Akademik/Penghargaan :- 
u    Memperolehi “Professional Certificate” Level SKM I&II di Impress Esteem International Beauty Academy
u     Memperolehi “Professional Certificate” Level SKM III di Impress Esteem International Beauty Academy
u    Memperolehi “Diploma In Beauty Therapy” di SUB International School of Beauty & Makeup
u    Memperolehi “Advanced Diploma In Holistic Therapy” di SUB International School of Beauty Academy
u    Memperolehi Sijil Pencapaian bagi asas Guntingan Rambut Lelaki & Wanita dan Dandanan Rambut di QL Hair Stylish & Beauty Center 
u    Memperoleh Sijil Pencapaian bagi Teknik Advance Guntingan Rambut Lelaki & Wanita di QL Hair Stylish & Beauty Center
u    Memperolehi Sijil Pencapaian bagi Teknik Advance Dandanan Rambut (coloring, kerinting, rebonding) di QL Hair Stylish & Beauty Center.
u    Memperolehi Sijil Penyertaan bagi Kursus Urutan Aromaterapi di Kolej Komuniti Selandar
u    Memperolehi Sijil Penyertaan bagi Kursus Rawatan Muka di Kolej Komuniti Selandar
u    Memperolehi Sijil Penyertaan bagi Kursus Solekan & Terapi Kecantikan di Kolej Komnuti Segamat.
u    Memperolehi Sijil Penyertaan bagi Kursus Dandanan Rambut di Kolej Komuniti Kota Melaka
u    Memperolehi Sijil Penyertaan bagi Kursus Manicure & Pedicure di Kolej Komuniti Kota Melaka
u    Memperolehi Sijil Pencapaian bagi produk Shishen Beauty Facial anjuran Zhulian Taman Tasek Utama, Melaka
u    Memperolehi Sijil Penyertaan bagi solekan dan andaman di WINIZA Touch
u    Memperolehi Sijil Kursus Peragawati (1993 - 1995) dari David Modelling Center
u    Memperolehi Sijil Penyertaan Kursus Pembangunan Usahawan Kosmetik (Berteknologi Tinggi) anjuran PUSMA MARA, Melaka
u    Memperolehi Sijil Penyertaan Pertandingan Bridal Makeup Sempena pertandingan kemahiran terbuka peringkat kebangsaan 2018
 
Penghargaan
u    Sijil Penghargaan sebagai Tenaga Pengajar di Kolej Komuniti Selandar bagi Kursus Spa & Terapi Kecantikan
u    Sijil Penghargaan sebagai Tenaga Pengajar di Kolej Komuniti Bukit Beruang bagi Kursus Rawatan Muka
u    Sijil Penghargaan sebagai Tenaga Pengajar di Zhulian bagi Kursus Rawatan Muka
u    Sijil Penghargaan sebagai Tenaga Pengajar di Secret Cosmetic Sdn Bhd bagi Kursus Solekan
u    Sijil Penghargaan sebagai Tenaga Pengajar di Kolej Komuniti Jasin bagi Kursus Guntingan Rambut Lelaki dan Wanita
u    Sijil Penghargaan sebagai Tenaga Pengajar di KEMAS, Parlimen Tangga Batu bagi Kursus Manicure & Pedicure (Quick Win)
u    Sijil Penghargaan sebagai Tenaga Pengajar di KEMAS, Parlimen Kota Melaka bagi Kursus Guntingan Rambut Lelaki dan Wanita (Quick Win)
u    Sijil Penghargaan sebagai Tenaga Pengajar di Cosway (M) Sdn Bhd bagi Kursus Rawatan Muka
u    Sijil Penghargaan bagi Program Amal Guntingan Rambut di Rumah Seri Kenangan, Cheng Melaka_2018
u    Sijil Penghargaan bagi Program amal Guntingan Rambut “Back To School” Jeparun Pantai Kundur_2018
u    Sijil Penghargaan bagi Kolaborasi Strategik bersama Kolej Komuniti Kota Melaka.
u    Perlantikan sebagai panel bagi akademi kecantikan di sekolah sekolah negeri Melaka
u    Perlantikan sebagai Jawatan Kuasa Penasihat Teknikal (TAC), Kolej Vokasional Muar
u    Perlantikan sebagai Panel Penasihat Program Pengajian Diploma Kosmetologi, Kolej Vokasional Muar
u    Sijil Penghargaan sebagai Tenaga Pengajar bagi Wanita dan Puteri UMNO, Melaka untuk Kursus Rawatan Muka dan Solekan
u    Sijil Penghargaan sebagai Tenaga Pengajar di EXCO Pergerakan Puteri UMNO Malaysia bagi Kursus Rawata Muka, Solekan dan Spa Aromaterapi
u    Sijil Penghargaan sebagai Tenaga Pengajar bagi Kursus Kerjaya Usahawan Mobile Spa. Siri III : Kursus Sulam Bedak anjuran Pertubuhan Wanita, Keusahawanan & Kemasyarakatan Parlimen Tangga Batu
u    Sijil Penghargaan sebagai Tenaga Pengajar bagi Kursus Kosmetologi pelajar Diploma Kolej Vokasional Muar (Kursus SFX_Special Makeup Effects & Solekan Gala Nite

Antara lain :-
Mendapat sokongan bagi Ahli Panel Akademi Kecantikan
- Sekolah-Sekolah Menengah Negeri Melaka






Sertailah bersama kami dalam program 'REZEKI' melalui 'KECANTIKAN'

Visi~Misi~Matlamat


VISI
1. Mewujudkan rangkaian perniagaan kecantikan di setiap negeri termasuk Sabah dan Sarawak yang bernaung dibawah akademi ini. 
2. Memberikan peluang pekerjaan serta peluang perniagaan kepada bakal usahawan
3. Membina kolaborasi strategik bersama rakan usahawan dalam industri kecantikan
4. Melahirkan usahawan kecantikan hingga ketahap professional.
5. Mengutamakan produk kecantikan tempatan sebagai menjana pendapatan 

MISI
1. Keutamaan kami adalah untuk berkongsi peluang kepada sesiapa yang berhasrat menjadikan diri mereka sebagai usahawan yang cemerlang serta melatih pula kepada bakal usahawan yang baru (mentor mentee)
2. Meningkatkan teknik kemahiran mengikut peredaran semasa agar pelajar/peserta lebih berpengetahuan tinggi 
3. Sentiasa menyediakan program atau kursus-kursus kemahiran yang komprehensif, lengkap dan teratur.
4. Memberikan ilmu kemahiran mengikut bidang yang berkaitan dengan mencapai tahap latihan yang maksimum dalam setiap unit kompetensi
5. Merialisasikan impian para peserta/pelajar agar menjadi usahawan yang berjaya, berkemahiran, berkebolehan, berkualiti, mampu berdikari, berani bersaing maju dan lebih pro aktif.

MATLAMAT
Untuk membantu sesiapa yang bermatlamat demi membangun diri dalam dunia perniagaan kecantikan, memastikan mereka menjadi usahawan yang berkualiti tahap profesional. Harapan kami adalah, apa yang diseru oleh kerajaan dapat di realisasikan serta melahirkan rakyat Malaysia yang berkemahiran, berkebolehan dan berkualiti.

Di antara PROSPEK KERJAYA yang boleh diceburi :-
Juru Terapi Spa | Juru Terapi Bidan | Juru Rambut | Pakar Warna Rambut | Penyelia Spa/Salun | Pendandan Rambut Peribadi | Pengurus Spa/Salun | Juru Teknik Kuku | Perunding Kecantikan | Pakar Kecantikan | Juru Perunding Kosmetik | Pengusaha Spa/Salun | Butik Kecantikan | Tenaga Pengajar | Penyelaras Pusat Bertauliah | Pengurus Latihan | Juru latih Kecantikan | Pakar Estetika | Eksekutif 

KUMPULAN SASARAN
Lelaki dan Wanita


Sertailah bersama kami dalam program 'REZEKI' melalui 'KECANTIKAN'

Aktiviti Kursus



Aktiviti Kursus
1. Konsep Teori
Berpandukan nota-nota penerangan dalam 'learning guide' mengikut tajuk-tajuk sukatan yang diedarkan kepada peserta sebagai panduan dalam pembelajaran di bengkel. Merujuk kepada buku rujukan, majalah, rajah-rajah, carta serta risalah penerangan dan tayangan video.

2. Konsep Amali
Sistem praktikal asas menggunakan simulasi (head block) pada peringkat awalan sehingga kecekapan dapat diperolehi. 'Live Model' dikalangan peserta dipraktikkan setelah kemahiran dan kecekapan diuji. Ujian prestasi kemahiran dinilai melalui proses amali peserta mengikut langkah-langkah dalam senarai semakkan. Keputusan diperolehi sehingga semua proses amali dalam senarai semakkan dilakukan dengan betul.

Latihan
Peserta kursus diberi peluang tampil kebolehan, kemahiran serta kecekapan dengan mana-mana perkhidmatan spa kecantikan yang ditawarkan.

Kesimpulan
Didalam kursus ini, setiap peserta akan dapat mempelajari, memahami dan menguasai kemahiran dalam kaedah spa dan kecantikan. Para peserta yang hadir pada kursus ini akan dapat menimba ilmu dari tenaga pengajar yang berpengalaman. Di akhir unit nanti, keberhasilan ilmu tersebut dapat anda kongsi dan curahkan kepada usahawan yang lain.


Sertailah bersama kami dalam program 'REZEKI' melalui 'KECANTIKAN'

Objektif dan Ringkasan



PENDAHULUAN
Kursus Kecantikan ini merupakan satu pelaburan dalam perniagaan dalam industri kecantikan yang semakin berdaya saing . Peserta yang mengikuti kursus kecantikan ini dapat menguasai kemahiran mengikut jurusan yang diminati. Kemahiran ini membolehkan peserta menguruskan perniagaan sendiri atau bekerja dalam bidang ini selepas tamat pengajian.

D'Village Spa & Beauty Academy menggunakan pendekatan modul dalam proses pengajaran yang amat mudah difahami. Konsep pembelajaran ini merupakan satu strategi pembelajaran kendiri. Oleh itu, modul disediakan untuk membentuk peserta menguasai sesuatu kompetensi yang diperlukan.    

Bagi memudahkan pengajaran dan pembelajaran, setiap modul mempunyai pengenalan umum, objektif, kandungan modul, objektif khusus, pencapaian kompetensi (kecekapan), maklumat penting, aktiviti, tugasan, kriteria penilaian kompetensi dan latihan

Objektif Kursus
- Memberikan latihan dalam melahirkan para peserta, beliawanis atau usahawan yang berkemahiran dan berpengetahuan dalam bidang kecantikan.
- Memberi bimbingan dan latihan untuk mencapai kelayakan dalam tahap yang maksimum.
- Menanam semangat berdikari agar menjadi usahawan kecantikan yang berjaya, bersaing maju, berani dan mampu berdikari.
- Menerapkan nilai-nilai murni dan meningkatkan motivasi peserta agar minda lebih terbuka.
- Seterusnya dapat menjana pendapatan serta meningkatkan taraf hidup isi rumah bagi yang berpendapatan rendah.

Ringkasan Kursus
- Penekanan di berikan kepada topik-topik keselamatan, kebersihan diri, Etika dan cara penggunaan peralatan
- Pendedahan kepada analisis, penjagaan dan perawatan muka.
- Orientasi, teori dan latihan secara praktikal serta panduan dalam setiap modul.
- Bimbingan kerjaya, pengurusan perniagaan dan khidmat pelanggan

sebahagian pengisian kursus
- Mengubah mentaliti usahawan dalam berniaga dan etika berniaga
- Cabaran sebagai seorang usahawan berjaya
- Strategi menjadi usahawan sepenuh masa




Sertailah bersama kami dalam program 'REZEKI' melalui 'KECANTIKAN'

Tips melaksanakan urutan badan terhadap pasangan


Sekali sekala, untuk menghangatkan lagi suasana bilik tidur, anda boleh mengurut badan pasangan masing-masing bagi mengurangkan tekanan yang anda berdua peroleh dari dunia luar. Urutan juga boleh merangsangkan nafsu masing-masing selain dapat merapatkan hubungan anda berdua. Menurut kajian, urutan yang dilakukan bersama suami isteri dapat mengeratkan lai perhubungan. Di India, urutan adalah acara yang sering dilakukan pada setiap minggu oleh pasangan suami isteri. Ambillah kesempatan ketika masa terluan untuk merehatkan minda dan badan dengan urutan yang saling berganti dengan pasangan anda. Berikut adalah cara mengurut yang romantic yang ingin kami kongsikan bersama anda.

Cara mudah melakukan urutan badan
Perkara pertama yang perlu anda berdua lakukan adalah, wujudkan atmosfera yang selesa dan tenang untuk diri anda berdua. Dalam bilik yang gelap, anda nyalakan lampu yang malap dan pasangkan lagu yang ‘instrumental’. Semburkan wangian pada persekitaran bilik. Anda juga boleh menggunakan lilin aroma yang mengeluarkan bau harum yang selalu digunakan untuk mewujudkan suasana romantik dan ghairah.

Sebelum memulakan acara, sediakan minyak urut yang lembut dan harum. Seterusnya, salah seorang daripada pasangan anda meniarap dan mulakan urutan dari kepalanya. Kemudian anda gunakan minyak urut jika anda mengurut bahagian belakang badannya. Dari tengkuk, bahu, badan, belikat, pinggang sehingga ke kakinya. Ketika proses mengurut, anda juga boleh meminta pasangan mengurut pada bahagian yang perlu.

Urut secara perlahan tetapi cengkaman dengan kuat supaya boleh melancarkan aliran darah di badan pasangan anda. Pastikan juga tapak tangan menyentuhi permukaan kulit badan. Hal ini bertujuan untuk mengeluarkan ‘angin’ pada badan yang selalu menyebabkan sakit-sakit dan lenguh. Urutan pada bahagian tertentu ini juga memberi kelegaan kepada pasangan anda. Dia akan mula merasakan ‘relaks’.

Gunakan juga jari jemari tangan dengan menekan pada badannya dan sesekali, bergurau dengan pasangan anda dengan mencium dan rangsang bahagian sensitif. Setelah itu posisi juga anda perlu fleksibelkan sama ada meniarap, mengiring atau duduk. Setelah selesai sesi mengurut, pasangan anda pula perlu melakukan kepada anda.

Urutan juga sering dilakukan sebelum tidur. Apabila bangun pada waktu pagi, stamina anda akan stabil dan dapat memulakan hari anda dengan lebih baik.




Sertailah bersama kami dalam program 'REZEKI' melalui 'KECANTIKAN'



Segala yang tercatat diatas adalah Hak Milik D'Village Spa N Beauty Academy