Bengkel Asas Rawatan Muka yang disertai oleh Puan Sharifah Zakiah Bt S.Mustakim
daripada Cheng, Melaka. Peserta seorang surirumah tangga. Tujuan
peserta ingin menyertai bengkel asas rawatan muka ini kerana amat berminat dengan bidang kecantikan. Peserta ingin membuat
perniagaan sambilan dalam bidang kecantikan yg bermula dari rumah. Lokasi bengkel diadakan di kediaman peserta.
Keseluruhan maklum balas
program dari peserta kepada tenaga pengajar adalah CEMERLANG - Dapat
mempelajari teknik asas rawatan muka dengan betul - Pembelajaran dan tunjuk
ajar daripada tenaga pengajar yang sempurna serta lengkap mengenai rawatan muka.
Kami
berasa bangga kerana peserta telah menunjukkan sikap ingin belajar untuk
memajukan diri.
~Kandungan~
▼
Penjagaan Ibu Berpantang_Herba Tradisional
Herba tradisional yang digunakan ibu selepas bersalin
Sepang Kederang
-Sepang Kederang atau Sepang (Caesalpinia Sappan L) adalah sejenis tumbuhan tempatan.
-Boleh diperolehi di kebanyakan negara Nusantara, tumbuhan liar ini adalah dari kategori pokok renek berduri dan pokoknya berwarna merah.
-Kandungan kimia yang terdapat dalam tumbuhan ini termasuk brasilin, tanin dan minyak terbang (volatile oil).
-Ia sering digunakan masyarakat Melayu khususnya dalam proses rawatan selepas bersalin.
-Kandungan kimianya menggalakkan proses penyembuhan luka dalaman lebih cepat selepas bersalin.
-Kayu sepang direbus bersama air hingga mendidih dan diminum setiap pagi ketika berpantang.
-Selain itu, ia juga berupaya melancarkan kitar haid selepas bersalin selain mengurangkan bengkak dan lebam.
Serapat
-Serapat (Parameria Polyneura) boleh ditemui di kawasan 1,500 meter dari aras laut di hutan Malaysia dan Indonesia.
-Ia digunakan secara tradisional oleh wanita selepas bersalin untuk memulihkan semula sistem peranakan. Semua bahagian tumbuhan ini mempunyai kegunaan.
Manjakani
-Manjakani (Quercus Infectoria Oliv) digunakan secara meluas dalam rawatan tradisional. Kandungan tanin yang tinggi membantu menegangkan bahagian intim selepas melahirkan anak. Sifat antiseptik semulajadinya berupaya mencegah jangkitan bakteria, kulat dan yis yang menjadi punca utama kegatalan dan bau kurang menyenangkan pada bahagian intim wanita.
Serai Wangi
-Serai wangi (Cymbopogon Nardus) dari segi ubatan tradisional digunakan untuk rawatan selepas bersalin dan pening kepala. Caranya adalah dengan menggunakan air rebusan serai wangi dan dicampur beberapa herba lain seperti daun sirih sebagai mandian atau dibasahkan kepala dan dilapkan pada seluruh badan. Kandungan citral didalam serai amat berkesan dalam membantu proses pencernaan, melegakan kekejangan, ketegangan otot, sengal-sengal dan sakit kepala. Antara lain, tonik yang ada juga boleh merangsangkan sistem badan. Malah turut membantu anda menurunkan berat badan.
Kurma
-Kajian membuktikan kurma adalah antara makanan yang paling bagus semasa berpantang bagi membekalkan tenaga. Selepas bersalin, anda perlu menggabungkan pelbagai jenis makanan untuk menggantikan tenaga dan darah yang berkurangan, jadi kurma adalah pilihan yang sesuai. Selain itu, ia turut kaya dengan unsur zat besi dan kalsium bagi merangsang penghasilan susu ibu.
Lada Hitam
-Lada hitam terkenal sebagai ubat dalaman kerana ia berupaya mengeluarkan angin dari perut dan usus serta bermanfaat untuk memanaskan badan. Selain itu, ia juga dapat melancarkan aliran darah, mengatasi kembung perut dan mengubati sakit serta pening kepala.
Bawang Putih
-Bawang putih tinggi karbohidrat, sedikit protein, serat serta lemak. Selain itu, vitamin dan bahan galian yang penting untuk kesihatan seperti vitamin C, zat besi dan potasium banyak terkandung di dalamnya. Lantaran itu ia sangat baik untuk menyembuhkan luka. Amalan memakan bawang putih sangat elok kerana ia menjadikan anda kekal bertenaga.
Halia
-Ia mengandungi atsiri, damar, mineral sineol, vitamin A, B1, C dan protein menjadikannya baik untuk mengubati luka luar dan dalam, merawat kegatalan, merangsang kelenjar pencernaan dan membangkit selera makan. Rasa dan aroma pedasnya pula dapat menghangatkan tubuh dan mengeluarkan peluh dengan berkesan.
Kunyit (ibu kunyit)
-Kunyit dapat membersihkan perut, melepaskan lebihan gas pada usus, menghentikan pendarahan, melancarkan aliran darah dan mencegah pengumpulan darah.
Lengkuas
-Lengkuas berkhasiat dalam membantu membersihkan darah, menghalang gangguan perut dan merangsang otot.
Kemahiran dan Sijil
Kita sedia maklum ramai usahawan kita terutamanya golongan melayu terutama bab urut, bab berpantang yang masih mengunakan kaedah rawatan yang diwarisi secara turun temurun. Namun, tanpa teknik yang betul akan menyebabkan pelanggan anda kemungkinan menghadapi beberapa risiko yang tidak diingini terutamanya melibatkan dalam bidang urutan, mandian serta rawatan muka.
Kemahiran Asas
Kursus paling asas sebelum memulakan perniagaan kecantikan adalah sekurang-kurangnya boleh mengambil Sijil Kemahiran Malaysia atau Sijil Pencapaian Kemahiran Kecantikan dengan mana-mana Akademi Kecantikan yang bertauliah. Tahap Satu adalah mengetahui ASAS perniagaan, langkah serta teknik yang sewajarnya dalam bidang kecantikan. Tahap Dua dan Tahap Tiga adalah bagi mereka yang berkeinginan secara serius untuk menjadi jurulatih kecantikan, sudah mempunyai pengalaman dalam menguruskan salun/spa dan ingin membuka kelas-kelas latihan sendiri berdasarkan pentauliahan.
Dapatkan Ilmu dan Sijil
Sebelum memulakan sesuatu, kita hendaklah mendapatkan ilmu tentang bidang yang ingin kita ceburi. Belajarlah dari orang yang berpengalaman atau institusi yang berkaitan. Banyak tempat dimana anda boleh belajar dan mendalami perniagaan kecantikan. Saya sendiri, walaupun telah mengikuti pelbagai kursus, tetapi masih lagi berminat untuk belajar . Pendek kata, proses pembelajaran jangan terhenti walaupun kita sudah mengetahuinya dengan lebih meluas. Akan ada teknik-teknik baru serta produk dan peralatan kecantikan terkini yang belum kita pelajari. Memanglah memerlukan wang, tetapi ilmu yang dipelajari akan mendatangkan lebih wang kepada kita.
Mempraktikkan Ilmu
Selepas kita mendapat ilmu, sekarang praktikkan apa yang telah dipelajari. Ada sesetengah orang, selepas belajar, terus notanya disimpan dalam almari. Jadi, ilmu yang dipelajari itu menjadi sia-sia. Cuba buat dengan langkah pertama kepada ahli keluarga anda kemudian saudara mara dan sahabat anda. Dapatkan kritikan yang membina daripada mereka. Mungkin cubaan pertama kurang menjadi. Jangan cepat berputus asa, cuba lagi sehingga anda berpuas hati dengan kemahiran dan teknik anda. Bila kemahiran dan teknik anda semakin meningkat, yang pasti usaha dan mutu perkhidmatan anda dapat memuaskan kepada pelanggan anda. Untuk makluman anda, cara melakukan PROMOSI dari mulut ke mulut adalah sangat berkesan.
Ikuti kisah benar dari peserta yang telah mengikuti kursus kecantikan di D'Village Spa & Beauty Academy:-
1. Seorang peserta saya telah membuka SPA kecantikan tanpa memiliki Sijil dan Kemahiran. Beliau hanya mengharapkan 2 orang pekerja yang hanya digajinya setiap bulan. Akhirnya 2 pekerja beliau membuka salon bergerak dan mengambil semua pelanggan beliau. Namun, pelaburan dan kemahirannya tidak sia-sia kerana beliau kini mengusahakan perniagaan SPAnya sendiri dengan menggunakan kemahiran yang telah dipelajari dan memperolehi Sijil Kemahiran Kecantikan melalui kami.
2. Seorang peserta dari persatuan ibu tunggal. Melakukan rawatan muka dari rumah kerumah. Dengan pendapatan RM15.00 utk setiap rawatan muka yang dilakukan. Produk yang digunakan adalah produk kecantikan jualan langsung (MLM). Beliau pula hanya mendapatkan teknik rawatan muka yang paling asas daripada team leader (jika produk jualan langsung adalah menjadi kebiasaan dalam teknik copy & paste sahaja). Tanpa kemahiran yang mencukupi amat suky ar bagi beliau untuk mendapatkan pelanggan. Kini, dengan kemahiran dan teknik rawatan muka yg telah beliau perolehi daripada kami serta tunjuk ajar yang telah kami berikan, alhamdulillah...... Beliau dapat menjana pendapatan yang lebih baik berbanding sebelumnya. Kini dengan keyakinan diri, beliau menaikkan harga daripada RM15.00 ke RM50.00 untuk setiap rawatan muka.
Jadikan usahawan salun sebagai karier idaman. Wanita yang menyimpan impian mempunyai karier idaman dalam bidang kecantikan dan kesihatan, perniagaan salun salah satu perniagaan yang bagus untuk diterokai. Pernigaan ini mampu berkembang sama ada memperkenalkan produk jenama sendiri, membuka lebih banyak cawangan ataupun menaik taraf salun ke spa.
Anugerah Pencapaian_Tenaga Pengajar
Sijil/Akademik/Penghargaan :-
u Memperolehi
“Professional Certificate” Level SKM I&II di Impress Esteem International
Beauty Academy
u Memperolehi “Professional Certificate” Level
SKM III di Impress Esteem International Beauty Academy
u Memperolehi
“Diploma In Beauty Therapy” di SUB International School of Beauty & Makeup
u Memperolehi
“Advanced Diploma In Holistic Therapy” di SUB International School of Beauty
Academy
u Memperolehi
Sijil Pencapaian bagi asas Guntingan Rambut Lelaki & Wanita dan Dandanan
Rambut di QL Hair Stylish & Beauty Center
u Memperoleh
Sijil Pencapaian bagi Teknik Advance Guntingan Rambut Lelaki & Wanita di QL
Hair Stylish & Beauty Center
u Memperolehi
Sijil Pencapaian bagi Teknik Advance Dandanan Rambut (coloring, kerinting, rebonding)
di QL Hair Stylish & Beauty Center.
u Memperolehi
Sijil Penyertaan bagi Kursus Urutan Aromaterapi di Kolej Komuniti Selandar
u Memperolehi
Sijil Penyertaan bagi Kursus Rawatan Muka di Kolej Komuniti Selandar
u Memperolehi
Sijil Penyertaan bagi Kursus Solekan & Terapi Kecantikan di Kolej Komnuti
Segamat.
u Memperolehi
Sijil Penyertaan bagi Kursus Dandanan Rambut di Kolej Komuniti Kota Melaka
u Memperolehi
Sijil Penyertaan bagi Kursus Manicure & Pedicure di Kolej Komuniti Kota
Melaka
u Memperolehi
Sijil Pencapaian bagi produk Shishen Beauty Facial anjuran Zhulian Taman Tasek
Utama, Melaka
u Memperolehi
Sijil Penyertaan bagi solekan dan andaman di WINIZA Touch
u Memperolehi
Sijil Kursus Peragawati (1993 - 1995) dari David Modelling Center
u Memperolehi
Sijil Penyertaan Kursus Pembangunan Usahawan Kosmetik (Berteknologi Tinggi)
anjuran PUSMA MARA, Melaka
u Memperolehi
Sijil Penyertaan Pertandingan Bridal Makeup Sempena pertandingan kemahiran
terbuka peringkat kebangsaan 2018
Penghargaan
u Sijil
Penghargaan sebagai Tenaga Pengajar di Kolej Komuniti Selandar bagi Kursus Spa
& Terapi Kecantikan
u Sijil
Penghargaan sebagai Tenaga Pengajar di Kolej Komuniti Bukit Beruang bagi Kursus
Rawatan Muka
u Sijil
Penghargaan sebagai Tenaga Pengajar di Zhulian bagi Kursus Rawatan Muka
u Sijil
Penghargaan sebagai Tenaga Pengajar di Secret Cosmetic Sdn Bhd bagi Kursus
Solekan
u Sijil
Penghargaan sebagai Tenaga Pengajar di Kolej Komuniti Jasin bagi Kursus
Guntingan Rambut Lelaki dan Wanita
u Sijil
Penghargaan sebagai Tenaga Pengajar di KEMAS, Parlimen Tangga Batu bagi Kursus
Manicure & Pedicure (Quick Win)
u Sijil
Penghargaan sebagai Tenaga Pengajar di KEMAS, Parlimen Kota Melaka bagi Kursus
Guntingan Rambut Lelaki dan Wanita (Quick Win)
u Sijil
Penghargaan sebagai Tenaga Pengajar di Cosway (M) Sdn Bhd bagi Kursus Rawatan
Muka
u Sijil
Penghargaan bagi Program Amal Guntingan Rambut di Rumah Seri Kenangan, Cheng
Melaka_2018
u Sijil
Penghargaan bagi Program amal Guntingan Rambut “Back To School” Jeparun Pantai
Kundur_2018
u Sijil
Penghargaan bagi Kolaborasi Strategik bersama Kolej Komuniti Kota Melaka.
u Perlantikan
sebagai panel bagi akademi kecantikan di sekolah sekolah negeri Melaka
u Perlantikan
sebagai Jawatan Kuasa Penasihat Teknikal (TAC), Kolej Vokasional Muar
u Perlantikan
sebagai Panel Penasihat Program Pengajian Diploma Kosmetologi, Kolej Vokasional
Muar
u Sijil
Penghargaan sebagai Tenaga Pengajar bagi Wanita dan Puteri UMNO, Melaka untuk Kursus
Rawatan Muka dan Solekan
u Sijil
Penghargaan sebagai Tenaga Pengajar di EXCO Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
bagi Kursus Rawata Muka, Solekan dan Spa Aromaterapi
u Sijil
Penghargaan sebagai Tenaga Pengajar bagi Kursus Kerjaya Usahawan Mobile Spa.
Siri III : Kursus Sulam Bedak anjuran Pertubuhan Wanita, Keusahawanan &
Kemasyarakatan Parlimen Tangga Batu
u Sijil
Penghargaan sebagai Tenaga Pengajar bagi Kursus Kosmetologi pelajar Diploma Kolej
Vokasional Muar (Kursus SFX_Special Makeup Effects & Solekan Gala Nite
Antara lain :-
Mendapat sokongan bagi Ahli Panel Akademi Kecantikan
- Sekolah-Sekolah Menengah Negeri Melaka
Visi~Misi~Matlamat
VISI
1. Mewujudkan rangkaian perniagaan kecantikan di setiap negeri termasuk Sabah dan Sarawak yang bernaung dibawah akademi ini.
1. Mewujudkan rangkaian perniagaan kecantikan di setiap negeri termasuk Sabah dan Sarawak yang bernaung dibawah akademi ini.
2. Memberikan peluang pekerjaan serta peluang perniagaan kepada bakal usahawan
3. Membina kolaborasi strategik bersama rakan usahawan dalam industri kecantikan
4. Melahirkan usahawan kecantikan hingga ketahap professional.
5. Mengutamakan produk kecantikan tempatan sebagai menjana pendapatan
MISI
1. Keutamaan kami adalah untuk berkongsi peluang kepada sesiapa yang berhasrat menjadikan diri mereka sebagai usahawan yang cemerlang serta melatih pula kepada bakal usahawan yang baru (mentor mentee)

2. Meningkatkan teknik kemahiran mengikut peredaran semasa agar pelajar/peserta lebih berpengetahuan tinggi
3. Sentiasa menyediakan program atau kursus-kursus kemahiran yang komprehensif, lengkap dan teratur.
4. Memberikan ilmu kemahiran mengikut bidang yang berkaitan dengan mencapai tahap latihan yang maksimum dalam setiap unit kompetensi
5. Merialisasikan impian para peserta/pelajar agar menjadi usahawan yang berjaya, berkemahiran, berkebolehan, berkualiti, mampu berdikari, berani bersaing maju dan lebih pro aktif.
MATLAMAT
Untuk membantu sesiapa yang bermatlamat demi membangun diri dalam dunia perniagaan kecantikan, memastikan mereka menjadi usahawan yang berkualiti tahap profesional. Harapan kami adalah, apa yang diseru oleh kerajaan dapat di realisasikan serta melahirkan rakyat Malaysia yang berkemahiran, berkebolehan dan berkualiti.
Di antara PROSPEK KERJAYA yang boleh diceburi :-

Juru Terapi Spa | Juru Terapi Bidan | Juru Rambut | Pakar Warna Rambut | Penyelia Spa/Salun | Pendandan Rambut Peribadi | Pengurus Spa/Salun | Juru Teknik Kuku | Perunding Kecantikan | Pakar Kecantikan | Juru Perunding Kosmetik | Pengusaha Spa/Salun | Butik Kecantikan | Tenaga Pengajar | Penyelaras Pusat Bertauliah | Pengurus Latihan | Juru latih Kecantikan | Pakar Estetika | Eksekutif
KUMPULAN SASARAN
Lelaki dan Wanita
Lelaki dan Wanita
Aktiviti Kursus
Aktiviti Kursus
1. Konsep Teori
Berpandukan nota-nota penerangan dalam 'learning guide' mengikut tajuk-tajuk sukatan yang diedarkan kepada peserta sebagai panduan dalam pembelajaran di bengkel. Merujuk kepada buku rujukan, majalah, rajah-rajah, carta serta risalah penerangan dan tayangan video.
2. Konsep Amali
Sistem praktikal asas menggunakan simulasi (head block) pada peringkat awalan sehingga kecekapan dapat diperolehi. 'Live Model' dikalangan peserta dipraktikkan setelah kemahiran dan kecekapan diuji. Ujian prestasi kemahiran dinilai melalui proses amali peserta mengikut langkah-langkah dalam senarai semakkan. Keputusan diperolehi sehingga semua proses amali dalam senarai semakkan dilakukan dengan betul.
Latihan
Peserta kursus diberi peluang tampil kebolehan, kemahiran serta kecekapan dengan mana-mana perkhidmatan spa kecantikan yang ditawarkan.
Kesimpulan
Didalam kursus ini, setiap peserta akan dapat mempelajari, memahami dan menguasai kemahiran dalam kaedah spa dan kecantikan. Para peserta yang hadir pada kursus ini akan dapat menimba ilmu dari tenaga pengajar yang berpengalaman. Di akhir unit nanti, keberhasilan ilmu tersebut dapat anda kongsi dan curahkan kepada usahawan yang lain.

Objektif dan Ringkasan
PENDAHULUAN
Kursus Kecantikan ini merupakan satu pelaburan dalam perniagaan dalam industri kecantikan yang semakin berdaya saing . Peserta yang mengikuti kursus kecantikan ini dapat menguasai kemahiran mengikut jurusan yang diminati. Kemahiran ini membolehkan peserta menguruskan perniagaan sendiri atau bekerja dalam bidang ini selepas tamat pengajian.
D'Village Spa & Beauty Academy menggunakan pendekatan modul dalam proses pengajaran yang amat mudah difahami. Konsep pembelajaran ini merupakan satu strategi pembelajaran kendiri. Oleh itu, modul disediakan untuk membentuk peserta menguasai sesuatu kompetensi yang diperlukan.
Bagi memudahkan pengajaran dan pembelajaran, setiap modul mempunyai pengenalan umum, objektif, kandungan modul, objektif khusus, pencapaian kompetensi (kecekapan), maklumat penting, aktiviti, tugasan, kriteria penilaian kompetensi dan latihan
Objektif Kursus
- Memberikan latihan dalam melahirkan para peserta, beliawanis atau usahawan yang berkemahiran dan berpengetahuan dalam bidang kecantikan.
- Memberi bimbingan dan latihan untuk mencapai kelayakan dalam tahap yang maksimum.
- Menanam semangat berdikari agar menjadi usahawan kecantikan yang berjaya, bersaing maju, berani dan mampu berdikari.
- Menerapkan nilai-nilai murni dan meningkatkan motivasi peserta agar minda lebih terbuka.
- Seterusnya dapat menjana pendapatan serta meningkatkan taraf hidup isi rumah bagi yang berpendapatan rendah.
Ringkasan Kursus
- Penekanan di berikan kepada topik-topik keselamatan, kebersihan diri, Etika dan cara penggunaan peralatan
- Pendedahan kepada analisis, penjagaan dan perawatan muka.
- Orientasi, teori dan latihan secara praktikal serta panduan dalam setiap modul.
- Bimbingan kerjaya, pengurusan perniagaan dan khidmat pelanggan

sebahagian pengisian kursus
- Mengubah mentaliti usahawan dalam berniaga dan etika berniaga
- Mengubah mentaliti usahawan dalam berniaga dan etika berniaga
- Cabaran sebagai seorang usahawan berjaya
- Strategi menjadi usahawan sepenuh masa
Tips melaksanakan urutan badan terhadap pasangan
Sekali sekala, untuk menghangatkan lagi suasana bilik tidur, anda boleh mengurut badan pasangan masing-masing bagi mengurangkan tekanan yang anda berdua peroleh dari dunia luar. Urutan juga boleh merangsangkan nafsu masing-masing selain dapat merapatkan hubungan anda berdua. Menurut kajian, urutan yang dilakukan bersama suami isteri dapat mengeratkan lai perhubungan. Di India, urutan adalah acara yang sering dilakukan pada setiap minggu oleh pasangan suami isteri. Ambillah kesempatan ketika masa terluan untuk merehatkan minda dan badan dengan urutan yang saling berganti dengan pasangan anda. Berikut adalah cara mengurut yang romantic yang ingin kami kongsikan bersama anda.
Cara mudah melakukan urutan badan
Perkara pertama yang perlu anda berdua lakukan adalah, wujudkan atmosfera yang selesa dan tenang untuk diri anda berdua. Dalam bilik yang gelap, anda nyalakan lampu yang malap dan pasangkan lagu yang ‘instrumental’. Semburkan wangian pada persekitaran bilik. Anda juga boleh menggunakan lilin aroma yang mengeluarkan bau harum yang selalu digunakan untuk mewujudkan suasana romantik dan ghairah.
Sebelum memulakan acara, sediakan minyak urut yang lembut dan harum. Seterusnya, salah seorang daripada pasangan anda meniarap dan mulakan urutan dari kepalanya. Kemudian anda gunakan minyak urut jika anda mengurut bahagian belakang badannya. Dari tengkuk, bahu, badan, belikat, pinggang sehingga ke kakinya. Ketika proses mengurut, anda juga boleh meminta pasangan mengurut pada bahagian yang perlu.
Urut secara perlahan tetapi cengkaman dengan kuat supaya boleh melancarkan aliran darah di badan pasangan anda. Pastikan juga tapak tangan menyentuhi permukaan kulit badan. Hal ini bertujuan untuk mengeluarkan ‘angin’ pada badan yang selalu menyebabkan sakit-sakit dan lenguh. Urutan pada bahagian tertentu ini juga memberi kelegaan kepada pasangan anda. Dia akan mula merasakan ‘relaks’.
Gunakan juga jari jemari tangan dengan menekan pada badannya dan sesekali, bergurau dengan pasangan anda dengan mencium dan rangsang bahagian sensitif. Setelah itu posisi juga anda perlu fleksibelkan sama ada meniarap, mengiring atau duduk. Setelah selesai sesi mengurut, pasangan anda pula perlu melakukan kepada anda.
Urutan juga sering dilakukan sebelum tidur. Apabila bangun pada waktu pagi, stamina anda akan stabil dan dapat memulakan hari anda dengan lebih baik.